BAB 48

Romance Series 30122

RAYYAN cuba menahan perasaannya yang membuak-buak. Dia cuba menenangkan dirinya.

“Sabar Rayyan. Sabar...”

Rayyan memandang ke arah Melinda yang sedang mencari baju. Tubuh tersebut pantas didekati.

“Mak kau hijau!!” latah Melinda apabila tiba-tiba tubuhnya tiba-tiba sahaja terapung. Matanya memandang ke arah Rayyan yang selamba mengangkatnya.

“Rayyan!”

Tubuh Melinda diletakkan ke atas katil. Melinda terkejut dengan perubahan Rayyan. Mengapa tiba-tiba sahaja Rayyan bersikap sebegini? Adakah dia sudah disampuk syaitan?

“Rayyan! Apa ni?” Tangannya beberapa kali cuba menepis tangan Rayyan namun lelaki itu masih tidak mengalah.

“Melinda...”

Mata Melinda bertemu dengan mata Rayyan. Melinda mula faham. Kepalanya perlahan-lahan angguk-angguk.

Rayyan membisikkan sesuatu kepada Melinda.

“Aku nak ada nyawa di dalam badan kau.”

Rayyan memandang ke arah anak mata. Meminta kepastian sekali lagi.

Melinda mengangguk kepala. Rayyan tersenyum. Tangan gadis itu digenggam dengan erat seperti tidak ingin dilepaskan.

LENA Rayyan mula terganggu apabila mendengar namanya dipanggil beberapa kali oleh seseorang. Tangannya menggosok-gosok matanya yang masih terpejam.

“Rayyan! Bangun!!”

Rayyan membuka kelopak matanya. Wajah Melinda pertama sekali menerpa kornea matanya. Melihat wajah gadis tersebut, kejadian malam semalam menerpa otaknya. Rasa bersalah mula menyerang jiwanya.

“Mel…”

Melinda menepuk dada Rayyan.

“Bangun! Mandi.”

Rayyan mengangguk kepala. Dia bangun lalu memandang Melinda yang sudah bersiap. Kain bercorak bunga yang terikat di leher Melinda dipandang. Rayyan mengerutkan dahinya.

“Kau nak bunuh diri ke pakai macam tu?” soal Rayyan menegur kain tersebut. Melinda menyentuh kain tersebut.

“Tak, aku Cuma nak tutup.”

“Tutup apa? Buka jelah.”

Melinda perlahan membuka kain tersebut. Mata Rayyan melirik ke arah bekas lebam di leher itu. Pantas tangannya naik menggaru tengkuknya.

“Err … pakai lah balik!”

Rayyan mencapai tuala lalu berlari ke dalam bilik air. Wajah Melinda sempat dipandang seketika. Semakin menggunung rasa bersalah didadanya.

Selepas selesai mengenakan baju dan seluar di tubuhnya, matanya memandang ke arah Melinda yang bersolek di hadapan meja solek. Melinda kelihatan berusaha menutup bekas lebam di lehernya itu dengan solekan.

“Mel…”

Melinda menoleh ke belakang sambil tersenyum. Dia bangun lalu mencapai beg tangannya.

“Jom! Jom!”

Tangan lelaki itu ditarik oleh Melinda untuk keluar dari bilik itu. Rayyan hanya mengikuti langkah Melinda dari belakang.

“Woi, sabar. Kau ni dah kenapa?” soal Rayyan. Melinda tergelak.

“Cepatlah! Jangan lambat!”

Melinda dan Rayyan serentak masuk ke dalam perut kereta. Kepala Rayyan ditoleh ke arah Melinda.

“Nak buat apa ni? Nak pergi mana?”

Melinda ketawa. Dia pantas menghidupkan enjin kereta.

“Jalan-jalan!”

Melinda memandu laju kereta keluar dari perkarangan rumah itu. Rayyan pula gelabah lalu memakai seatbelt dengan laju. Melinda tertawa melihat aksi suaminya itu.

Terima kasih, harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience