BAB 23

Romance Series 30122

MELINDA menarik sebuah senyuman melihat para pekerja bekerja dengan lebih tekun. Dia sangat berpuas hati melihat prestasi semua pekerjanya yang baik semenjak tiada gangguan yang datang ke pejabat ini. Melinda bersyukur apabila sudah hampir dua minggu Omar tidak munculkan diri di sini.

“Yo, Rayyan! Macam biasa.” Ivy menghulurkan sebuah kotak yang berbentuk segi empat sama kepada Rayyan. Rayyan mengangguk kepala tanda faham.

“Dan, ini alamat pelanggan. Good luck!”

“Okey…”

Baru sahaja dia ingin melangkah untuk keluar ke garaj motosikal, matanya menangkap sosok tubuh Melinda yang sedang berdiri betul-betul di hadapan besi penghadang di tingkat atas bangunan itu. Mata Rayyan cuba disepetkan untuk melihat adakah betul kelibat yang dilihatnya itu.

Melinda tersenyum apabila Rayyan akhirnya memandang ke arahnya. Kedua tangannya naik ke udara lalu membentuk sebuah ‘love’ khas untuk Rayyan. Rayyan masih diam dan memandang tajam sebelum membuat muka kerek.

“Eeeeiiiii!”

Rayyan berlari laju keluar dari bangunan tersebut. Melinda mengepal penumbuknya. Panas hatinya apabila Rayyan selamba menolak ‘love’ tersebut. Bibirnya diketap kuat.

“Tak guna punya Rayyan!”

Melinda menarik sebuah nafasnya. Sebuah senyuman tiba-tiba terukir di bibir gadis itu.

“Okey tak apa. Tunggu malam ini, Rayyan Rahman.”

MELINDA menepuk-nepuk tilamnya untuk melarikan habuk yang hinggap di atas tilam itu. Matanya terpandang susuk tubuh Rayyan yang perlahan keluar dari bilik air. Bibirnya tersenyum manis ke arah Rayyan.

“Rayyan, jom ki…”

Ayat Melinda terhenti apabila melihat Rayyan merampas bantal lalu dibaling ke lantai. Rayyan merebahkan tubuhnya dengan perlahan di atas lantai.

“Rayyan!!”

“Apa?” soal Rayyan yang tidak berminat. Matanya dipejamkan.

BUKK!!

“Aduhhhh!!”

Rayyan mengadu sakit apabila perutnya dihimpit kuat oleh Melinda. Melinda ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Rayyan selepas beberapa kali mengambil posisi di atas katil untuk berguling-guling jatuh ke tubuh Rayyan yang berada di atas lantai.

“Apa kau ni?” Rayyan menolak Melinda dengan kasar. Melinda mengesat air matanya yang mengalir akibat tidak henti-henti ketawa.

“Jomlah. Tidur atas katil.”

Rayyan menggeleng kepalanya.

“Rayyan Bin Rahman.”

“Taknak!” jawab Rayyan dengan pendek.

“Jom!”

“Taknak!”

“Jomlah. Bukan ada apa pun!”

“Aku taknak!”

“Jomlah! Jomlah! Jomlah!”

“Taknak! Taknak! Taknak!”

“Aku kiss kau ni karang!”

Rayyan pantas menolak Melinda ke tepi. Dia perlahan memanjat katil lalu merebahkan tubuhnya. Selimut ditarik untuk menyelubunyi seluruh tubuh badannya. Melinda tersenyum.

“Rayyannnn…”

Rayyan menekup kedua belah telinganya. Dia tidak mahu mendengar suara tersebut.

“Oi! Buka selimut ni.”

“Tak payahlah!” marah Rayyan. Bibirnya diketap dengan kuat. Sakit hatinya melayan perangai Melinda tersebut.

“Rayyan, bukalah!”

Rayyan tidak menjawab. Dia terus memejam matanya dengan begitu rapat.

Melinda mencebik. Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di sebelah Rayyan yang diselubunyi dengan selimut. Dia terpaksa memeluk tubuhnya akibat selimut di atas katil itu telah dirampas sepenuh oleh Rayyan. Dia mencapai remote pendingin hawa lalu meningkat suhu pendingin hawa di bilik tersebut supaya dia tidak kesejukan.

Sebuah keluhan dilepaskan. Pada malam itu, Melinda terpaksa tidur tanpa beralaskan selimut.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience