BAB 46

Romance Series 30122

HUJAN lebat turun ke Bumi dan tidak meninggalkan tanda-tanda untuk berhenti. Rayyan duduk di ruang tamu mula tidak sedap hati setelah Melinda masih belum balik walaupun Bumi sudah beberapa jam dibasahi air hujan.

Zuhaira menuruni tangga lalu memandang ke arah wajah anak menantunya. Matanya melirik seketika jam yang melekat di dinding.

“Rayyan, mana Mel ni?” soal Zuhaira dengan risau dengan anak perempuannya itu.

Rayyan menoleh ke arah Zuhaira. Dia menggeleng kepala.

“Abang…” Zuhaira menarik lengan Mirza. Mirza mengangkat bahunya.

“Rayyan pergi cari dia, pa.” Rayyan bangun dari tempat duduknya. Zuhaira dan Mirza mengangguk kepala.

“Hati-hati tau, Rayyan,” pesan Mirza. Rayyan mengangguk kepalanya. Dia mencapai kunci motosikal lalu keluar dari rumah tersebut.

Rayyan duduk di atas motosikal. Dia mendail nombor Melinda beberapa kali. Namun, semua panggilannya itu tidak dibalas langsung oleh Melinda. Dia mendengus kasar. Pantas dia menghidupkan enjin kereta lalu membonceng motosikal untuk mencari dimanakah keberadaan Melinda.

SUDAH beberapa minit dia membonceng motosikal untuk mencari Melinda namun usahanya menjadi sia-sia sahaja. Rayyan menghentikan motosikalnya di bahu jalan. Dia membuka helmet dan hanya membiarkan air hujan membasahi kepalanya. Enjin motosikal dibiarkan hidup.

“Mel … kau dekat mana ni? Janganlah macam gini.”

Rayyan meraup wajahnya. Kata-kata yang keluar dari mulutnya dan dilemparkan kepada gadis itu mula terngiang-ngiang di telinganya. Kepaanya digeleng beberapa kali.

“Kenapa aku cakap macam tu dekat dia?” Rayyan menggeleng kepalanya. Dia mula menyesal apabila menyedari kata-kata yang dilemparkan kepada isterinya sendiri telah menyakiti hati gadis tersebut. Dia tidak berniat pun untuk mengatakan sebegitu. Tetapi, amarah telah mengawal dirinya setelah Kamilah dipecat oleh Melinda tanpa alasan yang muhasabah.

“Kalau kau bagitahu aku kenapa kau pecat dia?”

Rayyan memakai helmetnya. Dia membonceng semula motosikalnya untuk mencari Melinda cepat mungkin.

“Melinda!!” laung Rayyan dengan kuat dalam hujan.

Melinda terus melangkah tanpa memikir apa-apa terjadi di sekeliling. Hati dan jiwanya begitu kosong. Dia sakit dipermainkan oleh perasaan sendiri. Bibirnya pucat kerana kesejukan dek air hujan yang membasahi tubuhnya.

Matanya menangkap sebuah susuk tubuh yang sedang berjalan mereda hujan. Motosikal dibonceng laju memotong Melinda. Dia menghentikan motosikal betul-betul di hadapan Melinda. Rayyan pantas turun lalu mendapatkan gadis itu.

“Mel! Kau pergi mana tadi? Buat aku risau tahu tak?!” Rayyan memegang bahu gadis itu. Melinda mengangkat anak matanya memandang ke arah Rayyan.

“Ri ... risau?”

Melinda menepis tangan Rayyan. Dia cuba untuk mencari jalan untuk melepasi lelaki tersebut.

“Melinda...”

Rayyan menangkap tangan Melinda sebelum digenggam kuat tangan tersebut.

“Tolong jangan kacau aku lagi. Kau tak perlu risau tentang aku. Aku okey,” ujar Melinda dengan lemah. Rayyan menggeleng kepalanya.

“Jom balik rumah!” tegas Rayyan namun Melinda masih enggan mengikuti dirinya.

“Mel, jom balik.”

Melinda menggeleng kepalanya. Rayyan berdiri tegak di hadapan Melinda.

Hujan semakin lebat turun ke Bumi. Walaupun bunyi petir menyambar Bumi semakin kuat, namun dua insan masih berdiri tegak memandang antara satu sama lain.

Terima kasih, harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience