BAB 41

Romance Series 30122

KAMILAH melangkah masuk ke bangunan Food Mega sambil memeluk beberapa dokumen-dokumen penting dengan erat. Dia lengkap memakai tudung labuh menutupi dada dan bajunya menutup aurat. Perlahan-lahan dia mendekati Rayyan yang sedang duduk di kerusi rehat sambil mengusir perasaan gemuruhnya memandangkan hari ini adalah hari pertamanya kerja.

“Assalamualikum. Maaf ganggu. Saya nak tanya sikit. Errr ... cik Melinda boss sini ke?” soal Kamilah kepada Rayyan. Rayyan mendongakkan kepalanya memandang Kamilah.

“Err … ye,” jawab Rayyan dengan pendek.

“Dimana dia sekarang? Saya nak jumpa dia,” ujar Kamilah dengan suara lembut. Rayyan memandang Kamilah dari atas sehingga bawah. Dia tersenyum tipis.

“Ouh … dia ada. Dalam bilik dia.”

“Boleh tunjukkan bilik dia dimana?”

Rayyan mengangguk kepala.

“Sila ikut saya.” Rayyan memberikan senyuman yang terlebih manis kepada Kamilah. Kamilah hanya mengikuti Rayyan dari belakang.

Rayyan berjalan ke bilik Melinda.

“Ini dia, cik. Kalau ada apa-apa, cik boleh panggil saya.”

Kamilah mengangguk kepala. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik Melinda.

Melinda mengangkat wajahnya. Laju dia membetulkan posisi rambut yang serabut akibat usikan nakal tangannya tadi.

“Masuk!” jerit Melinda dari dalam bilik.

Daun pintu bilik Melinda ditolak oleh Kamilah. Dia masuk ke dalam bilik tersebut.

KAMILAH keluar dari bilik Melinda lalu menurun tangga. Dia mencari-cari kelibat pekerja yang lain.

“Errr ... encik.” Kamilah memandang ke arah Rayyan. Rayyan mendongakkan wajahnya sambil tersenyum.

“Ye? Ada apa saya boleh bantu?”

“Saya pekerja baru di sini. Jadi, Cik Melinda bagi saya tugas untuk hantar makanan di alamat ini,” ujar Kamilah sambil menunjukkan kertas yang diberikan oleh Melinda tadi kepadanya.

“Awak kerja sini?” Rayyan memandang Kamilah dari atas sehingga ke bawah sekali lagi. Kamilah hanya mengangguk kepalanya.

“Macam tak kena je.”

“Eh? Kenapa pula? Saya kerja sini sebab nak tolong mak saya. Encik boleh tolong tunjuk mana motor yang boleh saya guna?”

“Ohh … boleh.” Rayyan berjalan ke satu motosikal.

“Ini dia, cik.”

“Oh, terima kasih. Kunci motor?” Rayyan menghulurkan kunci motosikal kepada Kamilah.

“Ini dia.”

Tanpa sengaja, tangan mereka berdua bersentuhan. Rayyan laju menarik tangannya lalu tersenyum manis. Kamilah menyedari perkara itu hanya tertunduk malu.

“Saya minta maaf, encik. Saya pergi dulu.” Kamilah laju menghidupkan enjin motosikal lalu memecut laju keluar dari perkarangan bangunan Food Mega. Rayyan yang melihat hanya terkebil-kebil.

“Kenapa dengan dia tu?” soal Rayyan sendiri sebelum menyorokkan senyuman itu. Rayyan menggaru-garu kepalanya.

“Manis...” Dia tergelak kecil. Rayyan melangkah masuk ke dalam pejabat semula lalu menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Tanpa disedari oleh dirinya, dia sudah diperhatikan dari jauh oleh sepasang mata dari tingkat atas bangunan Food Mega tersebut.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience