BAB 42

Romance Series 30122

MATANYA disepetkan untuk memandang wajah gembira Rayyan itu. Dia tidak pernah melihat reaksi wajah itu menyerikan wajah Rayyan apabila berbicara dengan wanita. Rayyan pun tidak pernah ikhlas memberikan senyuman kepadanya. Apatah senyuman manis. Adakah ini disebabkan Kamilah?

“Kenapa…”

Melinda terdiam seketika.

“Aku tak pernah nampak dia senyum macam tu,” ujar Melinda. Tangannya dikepal kuat. Wajah Rayyan tidak lepas dari pandangan wajahnya.

“Kenapa dia boleh senyum dekat perempuan tu? Kenapa tak pernah sekali dia bagi senyuman sebegitu kepada aku?”

Mata Melinda turun untuk memandang diri sendiri.

“Sebab dia pakai tutup aurat? Aku tak?” Hati Melinda mula terusik. Melihat penampilan Kamilah dan dibezakan kepada dirinya, sememangnya dia menang kerana dapat menamba hati semua lelaki yang bermata keranjang. Namun dia tidak berjaya untuk mengatasi Kamilah yang berjaya menamba hati dengan memakai baju menutup aurat.

Tudung dilabuhkan untuk menutup bahagian dada. Walaupun memakai baju berlengan pendek, namun hand shock dipakai untuk menutup bahagian lengan yang terdedah. Baju kelihatan tidak ketat menampakkan bentuk tubuh badan dan labuh sehingga menutup bahagian punggung menyerikan lagi penampilan Kamilah. Stokin juga tidak lupa untuk menutupi kaki yang juga aurat seorang wanita.

“Oh, yeke? Sebab itu?”

Sebuah perasaan mula terdetik di hatinya. Melinda pantas memasuki biliknya. Kunci kereta yang diletakkan di atas meja dicapai lalu melangkah ke tangga.

“Rayyan!”

Melinda pantas menuruni tangga sebelum mendekati Rayyan.

“Ikut aku!”

Rayyan terkebil-kebil.

“Huh? Gi mana?” Rayyan terpaksa bangun apabila tangannya ditarik oleh Rayyan.

“Cepat!”

Rayyan hanya mengikuti langkah gadis itu dari belakang. Mereka berdua keluar dari pejabat Food Mega lalu mendekati kereta Melinda.

“Kita nak pergi mana ni?” Rayyan masih terpinga-pinga.

Mereka masuk ke dalam perut kereta. Melinda menghidupkan enjin kereta.

“Huh? Kita nak gi mana ni?” soal Rayyan. Melinda menoleh ke arah Rayyan.

“Shopping mall!”

MELINDA menarik tangan Rayyan masuk ke sebuah kedai tudung. Hal ini menyebabkan Rayyan masih kebingungan dan tercengang.

“Kau nak buat apa masuk sini?” soal Rayyan. Melinda tidak mengendahkan lelaki itu. pantas tangannya mengambil sehelai shawl berwarna hitam.

“Ini okey?” soal Melinda.

“Huh?” Rayyan memandang shawl itu. Melinda melilit shawl itu di kepalanya.

“Kau nak buat apa dengan shawl ni?”

“Pakailah. Takkanlah nak rebus pula.”

Melinda mengambil lagi shawl berwarna merah lalu dililit ke kepalanya.

“Ni? Okey? Cantik?”

“Erk … kau. Kau nak pakai tudung ke?” soal Rayyan. Melinda mengangguk kepala. Shawl berwarna merah jambu dan emas dicapai.

“Ini?”

“Ini?”

Melinda menunjukkan semua shawl kepada Rayyan. Rayyan menahan gelak lalu memandang tempat lain.

“Ouh … kau pilihlah mana-mana.”

“Huh? Aku tak pandai pilih tudung. Tolonglah,” rayu Melinda. Rayyan menoleh ke arah gadis tersebut.

“Ermmm…”

Rayyan mengambil sehelai shawl berwarna merah jambu lalu dililit ke kepala Melinda.

“Okay…” Rayyan tersenyum.

Melinda mengangguk kepala. Dia mengambil shawl dari tangan Rayyan tersebut.

“Okey, lagi?”

“Hmmm … amik jelah semua. Semua tudung sama je. Pakai je.”

Melinda mengangguk kepala. Dia mengambil shawl berwarna hitam, bawal berwarna hitam dan shawl berwarna merah lalu diletakkan di dalam bakul.

“Kejap, aku bayar.” Semua bakul dipenuhi shawl dan bakul dibawa ke kaunter. Dia mengambil kad untuk membayar shawl dan tudung yang dibeli.

Rayyan hanya menunggu Melinda. Dia hairan dengan perubahan sikap gadis itu.

Melinda membimbit beg plastik lalu mendekati Rayyan. Bibirnya mengukir senyuman manis kepada suaminya.

“Okey, jom!”

Rayyan hanya mengikuti langkah Melinda. Mereka berdua berjalan beriringan seperti pasangan yang lain berada di shopping mall ini.

“Rayyan … kau pandai tak pakaikan aku tudung?” soal Melinda lalu memandang wajah lelaki tersebut.

“Pakaikan? Entahlah. Aku laki. Bukan bapok.”

Melinda hanya ketawa.

“Ouhhhhh … okey!”

Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Melinda memandu semula ke pejabat apabila enjin kereta sudah dihidupkan. Rayyan hanya mendiamkan diri. Dia cuma sesekali mengerling ke arah Melinda sebelum mereka sampai ke pejabat Food Mega.

Terima kasih!

Share this novel

adina damia
2021-10-22 15:21:05 

bila nk update lagi sis...tak sabar nk tunggu next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience