BAB 10

Romance Series 30157

“AKU nikahkan dikau dengan Melinda Binti Mirza Zhafran dengan mas kahwinnya seutas rantai tunai.”

Rayyan diam dan terkaku mendengar lafaz tersebut. Matanya memandang ke arah wajah tok imam.

“Rayyan?”

Mirza bangun mendekati Rayyan. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

“Kenapa ni?”

Tangan Rayyan ditarik dari tangan tok imam. Rayyan cuba menenangkan diri.

“Uncle, Rayyan rasa...”

“Kenapa ni, Rayyan? Rayyan okey?” Mirza memotong percakapan Rayyan.

“Rayyan tak boleh buat semua ini,” ujar Rayyan. Dia bangun lalu melarikan diri keluar dari ruang nikah itu. Melinda yang berada di belakang terkejut dan cuba mengejar Rayyan.

“Rayyan!” laungnya kuat, berharap laungannya itu mampu membuatkan Rayyan menghentikan langkahnya. Namun semua itu hanya sia-sia, bayang Rayyan terus pergi.

Melinda merengus kasar. Tangannya naik mengangkat gaun panjang berwarna putih yang tersarung indah di tubuh. Dia sedaya upaya untuk mengejar Rayyan yang sudah jauh daripadanya.

“Rayyan! Kau gila ke apa? Woi!”

“Rayyan!”

Sedang leka mengejar, tanpa sedar Melinda terpijak kain gaun pengantinnya sendiri. Tubuhnya tidak dapat diseimbangkan lagi.

BUKK!!!

“Aduhhh!!”

Melinda menggosok-gosok dahinya. Matanya terkebil-kebil terbuka dan memandang keadaan sekeliling. Dekat... bilik?

“Apa dah jadi?” Dahinya berkerut seribu.

Melinda baru sahaja menyedari bahawa dia berada di atas lantai. Dia bangun dari posisi berbaring lalu menggosok-gosok matanya. Masih terkejut dengan apa yang terjadi di dalam mimpinya.

“Itu mimpi ke?”

Melinda memandang ke arah dirinya. Dia lengkap memakai baju tidur. Sebuah keluhan dilepaskan. Dia ingatkan perkara itu benar-benar terjadi.

“Fuh nasib mimpi. Kalau tak, belah 14 badan Rayyan tu.”

Dia bangun dari lantai. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali. Terasa lucu melihat dirinya sendiri jatuh katil disebabkan mimpi Rayyan tidak mampu melafazkan akad nikah itu.

Dia duduk di birai katil. Tangannya mencapai iPhonenya yang terletak di meja kecil sebelah katil. Jarinya menekan butang on, terpampang jelas wajah Rayyan di skrin.

Melinda menarik senyuman senget. Tak sia-sia dia mengambil gambar Rayyan menjadi wallpaper iPhonenya. Dia sudah gila bayang terhadap Rayyan.

“Tak lama lagi kau akan jadi milik aku, Rayyan. Aku dah tak sabar sangat ni nak jadi isteri kau. Kau milik aku dan aku milik kau.”

Melinda meletakkan iPhone di meja kecil tersebut. Dia mencapai tuala lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.


BAJU Melayu berwarna putih gading kemas tersarung di tubuh Rayyan. Dia duduk bersila sambil termenung menunggu kedatangan tok imam. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Rayyan...”

Kepala Rayyan ditoleh ke arah Mirza yang duduk di sebelahnya. Mirza menepuk-nepuk bahu Rayyan.

“Sabar ye. Tok imam dah nak sampai itu.”

Rayyan mengangguk kepalanya. Bibirnya mengukir senyuman tawar kepada Mirza. Tidak lama lagi, dia bakal menjadi suami kepada gadis yang tidak disukainya. Gadis yang dia tidak pernah terfikir pun mahu dibuat sebagai isteri.

Kedatangan tok imam disambut oleh Mirza, Rayyan dan tetamu wajib yang lain. Majlis hanya dihadiri oleh beberapa rakan Mirza untuk memeriahkan majlis nikah yang ringkas ini.

“Mana pengantin perempuan?”

Rayyan menoleh ke arah Mirza. Mirza hanya tersenyum lalu memandang ke arah anak tangga.

Melinda memakai baju pengantin berwarna putih. Solekan natural membuatkan dia berseri-seri pada hari pernikahannya. Sebuah senyuman diukir apabila anak matanya bertemu dengan anak mata helang Rayyan.

Melinda dan Zuhaira mengambil tempat untuk duduk. Tangan Melinda digenggam erat oleh Zuhaira. Melinda tersenyum memandang ke arah mamanya.

Tok imam menjalankan tugasnya memberikan taklimat seperti biasa sebelum memulakan lafaz akad nikah. Melinda khusyuk mendengar manakala Rayyan sudah jauh fikirannya melayang memikirkan masalah hidupnya nanti.

“Boleh kita mulakan?”

Mirza menepuk bahu Rayyan menyebabkan Rayyan tersentak.

“Ye, tok imam,” jawab Rayyan. Rayyan menyambut huluran tangan tok imam.

“Rayyan Bin Rahman.”

Rayyan menghela nafasnya perlahan.

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan Melinda Binti Mirza Zhafran dengan mas kahwinnya seutas rantai tunai.”

“Aku...”

Lidah Rayyan seperti terkunci. Matanya memandang ke arah wajah tok imam.

“Erk ... maafkan saya. Boleh kita mula balik?” soal Rayyan dengan sopan. Tok imam sekadar mengangguk kepalanya.

“Rayyan Bin Rahman.”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan Melinda Binti Mirza Zhafran dengan mas kahwinnya seutas rantai tunai.”

“Aku...”

Rayyan menarik nafasnya.

“Aku terima nikahnya Melinda Binti Mirza Zhafran dengan mas kahwinnya seutas rantai tunai.”

Tok imam menoleh ke arah Mirza.

“Sah?”

Mirza tersenyum mengangguk kepala.

“Alhamdulillah...”

Tok imam menadahkan tangannya lalu membaca doa kesyukuran. Melinda tersenyum sambil mengesat air matanya yang jatuh selepas mendengar sekali lafaz akad nikah dari Rayyan itu. Kini, dia sah menjadi isteri Rayyan.

Rayyan menadahkan tangannya untuk mengaminkan doa tok imam. Jiwanya terasa kosong.

“Terima kasih...” bisik Melinda perlahan selepas sahaja jari manisnya disarungkan sebuah cincin oleh Rayyan. Rayyan hanya diam.

“Cium dahi!” ujar Zuhaira selamba. Rayyan dan Melinda saling berpandangan. Sebuah keluhan dilepaskan oleh Rayyan.

Dagu Melinda dicubit perlahan. Bibir Rayyan mendekati dahi Melinda.

CHUPP!!

“Lama lah sikit. Kan dah halal.”

Rayyan merengus. Bibirnya diletakkan sebentar di dahi Melinda. Beberapa gambar diambil oleh Zuhaira sebagai simpanan.

“Jom! Jom! Family bergambar!”

Rayyan menghela nafasnya. Matanya sempat melirik Melinda. Senyuman tidak lepas dari bibir gadis itu. Rayyan memandang ke arah lain.

“Memanglah kau gembira. Aku sahaja tak rela, Melinda.” Rayyan berdesis di dalam hati.

Perasaan berkecamuk. Bergelora hebat. Dia tidak mahukan perkahwinan ini. Bagaimana dia mahu menjalankan tugas sebagai seorang suami pula nanti?

Yeah! Rayyan dan Melinda dah kahwin(^^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience