BAB 57

Romance Series 30157

MELINDA mengesat air matanya yang berguguran membasahi pipinya. Kehilangan si kecil yang hadir sementara di dalam rahimnya memberikan kesan yang mendalam terhadap perasaannya. Emosi Melinda kini tidak stabil kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa si kecil sudah meninggalkan mereka dan pergi menghadap Ilahi.

Zuhaira membawa dulang yang mempunyai semangkuk bubur dan segelas air mineral masuk ke dalam bilik Melinda. Dulang tersebut diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil Melinda.

“Mel…”

Melinda menoleh ke arah Zuhaira. Zuhaira tersenyum kecil lalu mengambil mangkuk bubur itu.

“Mel, makan sayang. Isi perut tu.”

Melinda mengangguk kepala. Dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya itu.

“Mel…”

Melinda mengangkat wajahnya. Zuhaira tersenyum lalu menggenggam tangan anaknya itu.

“Mama faham perasaan kamu kehilangan anak.”

Zuhaira menyentuh wajah anaknya itu. Mata Melinda mula berkaca.

“Jangan sedih tau. Mel kena berpantang betul. Jangan risau, mama akan tolong Mel semasa Mel berpantang. Jangan bersedih ye, sayang,” pujuk Zuhaira. Melinda mengesat air matanya lalu mengangguk kepala. Bubur dinikmati untuk mengisi perutnya yang kosong itu.

SUDAH dua minggu Melinda menjalani pantang. Dia dijaga dengan rapi oleh Zuhaira. Stokin dan kain batik sentiasa dipakai oleh Melinda. Terdapat banyak lagi pantang larang yang dipelajari Melinda yang diajar oleh Zuhaira yang sudah berpengalaman dalam berpantang.

Rayyan pula sentiasa memantau keadaan Melinda. Sudahlah tidak boleh tidur sebilik dengan Melinda, apatah lagi sekatil. Dia hanya mampu melihat Melinda dari jauh sahaja.

“Rayyan…”

Rayyan menoleh ke kiri apabila bahunya ditepuk oleh seseorang. Bibirnya mengukir senyuman tawar kepada Mirza. Mirza mengambil tempat di sebelah Rayyan.

“Tengah termenung apa tu? Rindu nak tidur dengan Mel ke?”

Rayyan tergelak kecil.

“Bolehlah juga, papa,” jawab Rayyan dengan sopan. Mirza ketawa sambil kepalanya digeleng-geleng beberapa kali.

“Biasalah tu, Rayyan. Papa pun dulu macam Rayyan. Tak boleh tidur sekatil dengan mama kamu tu. Time itu papa memang meroyan tak dapat tidur dengan mama kamu,” cerita Mirza. Dia tersenyum mengimbau kembali kejadian pada ketika itu.

“Papa macam mana pula dulu? Kenapa papa tak kena suruh tidur dengan mama dulu?” soal Rayyan. Mirza mencebikkan bibirnya.

“Nenek kamulah. Dia kata papa ini tak boleh dipercaya. Jadi nenek kamu tidur dengan mama kamulah. Dia jaga mama kamu. Macam mama kamu buat sekarang pada Mel.”

Rayyan mengangguk kepala lalu tertawa.

“Mama tidur dengan Mel. Jadi papa kena tidur sorang walaupun anak yang berpantang.” Rayyan ketawa. Mirza memuncungkan bibirnya.

“Kamu ni, Rayyan. Ada-ada saja nak usik papa. Rayyan pun sama tak boleh tidur dengan Mel.”

Rayyan dan Mirza ketawa bersama. Hubungan anak menantu dengan bapa mertua itu tidak pernah akan putus walaupun banyak halangan yang melanda.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience