BAB 28

Romance Series 30122

MELINDA tersenyum memandang ke arah Rayyan. Tangannya gatal cuba untuk menyentuh tangan lelaki itu.

“Eeeeii! Kau ni. Kang Helmi nampak. Habis terbongkar nanti rahsia kita.” Rayyan mengetap giginya. Melinda hanya tertawa.

“Alololo … dia kan kena urus mak dia lagi. Buat air untuk kita lagi. Buat air bukan cepat tau. Masak air lagi,” ujar Melinda. Rayyan ketawa.

“Kau cakap macam kau pandai masak.”

Melinda mencebikkan bibirnya.

“Memanglah aku tak pandai masak! Tapi aku pandai pikat hati kau!”

“Tuih!”

Melinda bangun lalu menarik rambut Rayyan. Rayyan mengerang kesakitan lalu menepis-nepis tangan Melinda.

“Saiktlah, ngok!”

“Bluek! Taknak!”

Helmi membawa dulang ke ruang tamu. Namun dia terkaku melihat aksi Melinda yang menghimpit Rayyan sambil menarik rambut lelaki itu. Rayyan pula cuba menepis tangan Melinda itu.

“Errr…”

Rayyan dan Melinda terkejut mendengar suara tersebut. Dengan gelabah, mereka berdua membetulkan posisi duduk mereka. Rayyan pantas mencubit lengan Melinda manakala Melinda memukul lengan Rayyan.

Helmi terdiam. Dia berjalan sambil membawa dulang yang berisikan beberapa gelas dan sebuah jag jus oren. Dia meletakkan dulang tersebut di hadapan Rayyan dan Melinda.

“Jemput minum.”

Melinda mengangguk kepala. Tangannya cuba mencapai sebuah gelas. Dia menuang air jug tersebut ke dalam gelas itu. Gelas dihulurkan ke arah Rayyan.

“Tak payah.”

“Minum!”

Helmi hanya memerhati sambil mengunci mulutnya.

“Taknak! Aku buat sendiri.” Melinda memukul tangan Rayyan yang ingin mengambil sebuah gelas. Gelas disuakan ke arah Rayyan.

“Ambil ni. Sebelum aku kiss kau.”

“Uhuk! Uhuk!”

Helmi terbatuk-batuk mendengar ayat berani yang keluar dari Melinda itu.

“Boss dengan Rayyan memang gurau macam ni ke?”

“Haah, gurau suami isteri.” Melinda terlepas berkata-kata. Rayyan terkejut lalu mengetuk kepala gadis itu.

“Apa kau ni? Tak pandai nak simpan rahsia ke?!” marah Rayyan. Melinda menggosok-gosok kepalanya.

“Biarlah! Kawan kau juga kan!”

“Rahsia tetap rahsia!”

“Tak payah. Berkahwin itu benda baik. Biarlah aku nak bagitau!”

Helmi ketawa.

“Sudah, sudah. Tak apa. Baguslah korang dah terus terang depan aku. Kalau tak jadi fitnah nanti.” Melinda dan Rayyan memandang ke arah Helmi.

“Apa maksud kau?”

“Aku dah perhati kau orang dari minggu lalu. Rapat betul. Rupanya ada hubungan halal pula ye,” ujar Helmi sambil tersenyum. Melinda mengangguk kepala.

“Ye, hubungan halal sangat.”

Melinda memeluk erat lengan Rayyan. Rayyan menolak kepala Melinda dengan kasar.

“Adoi! Sakitlah!!”

“Gelilah. Kalau nak peluk, pergi sana dekat dinding tu. Sesuai dengan kau.”

Melinda mencebik. Helmi mula ketawa melihat telatah suami isteri di hadapannya itu.

“Rayyan…”

Rayyan memandang wajah Helmi.

“Ha, apa?”

“Aku nak minta maaf.”

Rayyan mengerutkan dahinya.

“Apa maksud kau?”

“Aku minta maaf sebab aku dah berniat jahat dengan kau dan boss.”

“Apa kau cakap ni, Mi?”

Helmi tersenyum.

“Aku kan pernah cakap nak pikat boss.”

Melinda terdiam. Rayyan mengangguk kepala.

“Tak apalah. Aku okey je.”

Melinda mengangguk kepala lalu tersenyum.

“Korang berbaiklah ye.” Melinda menarik tangan Rayyan lalu digenggam erat. Rayyan hanya membiarkan lalu berbual rancak bersama Helmi.

Terima kasih, anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience