BAB 54

Romance Series 30122

AMANDA menuruni tangga. Dia cuba menenangkan hati dan jiwanya yang sedang berapi. Jeritan Melinda hanya diabaikan kerana tidak mahu berbincang mahupun berdamai dengan Melinda.

“Amanda!”

“Apa?!”

Suara Amanda mampu didengari oleh pekerja yang berada di tingkat bawah. Rayyan dan Helmi memandang ke arah Amanda dan Melinda yang berada di tangga.

“Amanda, kita bincang. Ada sebuah rahsia yang perlu kau tahu tentang pembunuhan ayah kau.” Melinda menarik lengan Amanda namun gadis itu pantas menepis.

“Aku taknak!”

“Tapi kau perlu tahu, Amanda. Ayah kau yang sampaikan benda ini kepada aku.”

Amanda mengetap giginya. Matanya memandang tajam ke arah Melinda.

“Kau ingat aku nak percaya dengan kau? Aku ini sebenarnya nak lari daripada masalah. Kau dah bunuh ayah aku boleh pula kau nak lari?”

“Amanda, apa bukti kau nak cakap aku bunuh ayah kau?” soal Melinda. Amanda terus terdiam.

“Memang kaukan yang bunuh ayah aku. Jangan pula nak menafikan pula!”

Melinda menghela nafasnya.

“Aku cerita dekat kau apa yang terjadi.”

MELINDA cuba mengatur nafasnya. Sudah beberapa minit mereka mecari jalan untuk masuk ke bangunan ini namun semua cara yang digunakan menemukan jalan buntu.

“Mel, nah.”

Melinda menyambut huluran Aniq itu. Penutup botol air dibuka lalu diteguk untuk menghilangkan lelah.

“Mel, uncle cari jalan untuk masuk. Kamu duduk dan tunggu di sini saja,” ujar Aniq. Melinda memandang ke arah Aniq.

“Biar betul uncle nak jalan sorang-sorang?”

Aniq mengangguk kepalanya.

“Jangan risau. Uncle okey, sayang.”

Melinda mengangguk kepala.

“Tunggu sini ye, Mel. Jangan ke mana-mana,” pesan Aniq sebelum menghilangkan diri. Melinda menyandarkan tubuhnya ke dinding.

“Kamu tak layak untuk kahwin dengan anak aku!”

Melinda tersentak mendengar suara itu. Perlahan-lahan dia cuba untuk mendekati sumber bunyi tersebut.

“Eh, orang tua! Kau faham tak? Aku mencintai anak kau. Dan dia pun mencintai aku. Restu jelah senang.”

Mata Melinda disepetkan untuk melihat sosok tubuh dua orang lelaki yang sedang berbincang. Telinganya dipasang untuk mendengar perkara yang dibincangkan tersebut.

“Aku dah kata, kau tak layak! Kau ini dahlah miskin. Ada hati nak dengan anak aku. Tak sedar diri.”

Lelaki itu mengetapkan gigi mendengar hinaan yang dilemparkan oleh lelaki tua tersebut. Dia mengambil sesuatu dari poket bajunya.

“Ouhhh … kalau macam itu…”

Pisau dikeluarkan lalu ingin menikam lelaki tua tersebut. Melinda terkejut lalu bangun.

“Pakcik!!!”

Melinda terkedu melihat pembunuhan di hadapan matanya sendiri. Si pembunuh sudah melarikan diri. Melinda berlari ke arah Mansoor itu lalu meletakkan kepala lelaki tua itu di atas ribanya.

“Pakcik, bertahan...”

Mansoor menggeleng kepalanya. Dia memegang perutnya yang sudah ditikam oleh pembunuh itu.

“Aa ... anak aku...”

Melinda terdiam. Wajah lelaki tua itu dipandang sayu.

“Ja ... jagakan aa ... anak aku...”

“Pakcik, pakcik kena bertahan. Tak lama lagi mereka sampai.”

Mansoor menggeleng kepalanya. Tangannya masih berdarah perlahan-lahan menyentuh pipi Melinda.

“Aa ... Amanda...”

Tangan itu perlahan-lahan jatuh menyebabkan Melinda terkejut. Bahu lelaki tua itu digoyang-goyang.

“Pakcik! Bangunlah! Janganlah macam begini!”

Air mata Melinda mula mengalir deras ke pipi. Kepalanya digeleng-geleng beberapa.

“Arghhh!!”

Melinda bangun. Dia meraup wajahnya. Dia tidak sedar seorang gadis perempuan sedang berdiri melihat aksi Melinda tersebut.

Sedar seseorang memerhatinya, Melinda terus menoleh.

Amanda terkejut melihat wajah Melinda yang dipenuhi darah. Dia kaku dan tidak tahu hendak melakukan sesuatu sekarang.

“Amanda!”

Melinda laju menghilangkan diri dari pandangan mata Amanda. Amanda hanya mengunci mulutnya apabila dua orang anggota mendekatinya. Wajah Melinda tidak lepas dari fikirannya. Dia tidak akan melupakan wajah itu sehingga menyebabkan perasaan dendam mula bersulam di hatinya.

AMANDA tidak berpuas hati dengan cerita yang disampaikan oleh Melinda. Bibir diketap kuat dan cuba untuk menahan perasaannya.

“Amanda, aku tak tipu. Ini cerita betul.”

Tangan Amanda diangkat tinggi.

PANG!!

Kepala Melinda terteleng ke kanan akibat tamparan Amanda. Semua pekerja yang melihat aksi itu dari tingkat bawah hanya diam sambil terkedu.

“Sampai bila-bila pun, aku takkan percaya cerita yang keluar dari mulut kau!”

Amanda pantas menuruni anak tangga lalu keluar dari bangunan tersebut. Melinda terkedu. Tangan kanannya cuba menyentuh pipi yang ditampar tadi.

“Aku takkan percaya cerita yang keluar daripada mulut kau!”

Melinda melangkah perlahan masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup dengan kuat menyebabkan bahu Rayyan ternaik. Rayyan mula risau dengan perubahan Melinda tadi.

“Apa dah jadi sebenarnya? Siapa perempuan tu? Kenapa dia tampar Melinda?” soal Rayyan di dalam hati.

Terima kasih, harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience