BAB 7

Romance Series 30157

RAYYAN mendengus kasar mendengar teriakan Melinda dari belakang. Dari permulaan perjalanan sehingga kini, mulut Melinda tidak henti-henti menyebut namanya. Langkahnya dihentikan lalu tubuhnya dipusingkan ke arah Melinda.

“Bagus, dah jauh kita jalan baru kau nak memaling. Kau mau pergi mana oh?” soal Melinda lalu berjalan mendekati Rayyan. Rayyan hanya diam.

“Aku nak balik rumah aku.”

Melinda tersenyum mendengar kata-kata itu. Peluang!

“Nak ikut! Nak ikut!”

“Tak boleh!” Rayyan tegah pantas.

Melinda mencebik.

“Alah, nak ikut juga!”

“Tak payahlah. Janganlah kacau aku.”

“Aku bukan kacau. Aku ikut kot.”

“Kau baliklah.”

“Taknak!”

“Woi, minat senget. Kau baliklah. Jangan ikut aku.”

“Nak ikut juga. Apa? Kau takut aku hina kau ke?” duga Melinda mengikuti langkah Rayyan. Rayyan menggelengkan kepalanya.

“Tak. Langkah berjaga-jaga. Kang kalau kau terkam aku kat rumah nanti macam mana. Aku tak rela hilang dara.”

“Woi, gila. Kau tu teruna bukan dara. Aku yang dara. Bodoh!” marah Melinda yang ingin membetulkan Rayyan. Kepala Rayyan menoleh ke arah Melinda.

“Macam mana kau tau aku teruna? Kau pernah tengok?” Terangkat kening Rayyan memandang ke arah Melinda. Melinda menepuk dahinya.

“Tengok apanya. Ya Allah...”

Melinda menggaru kepalanya yang tidak gatal. Stress dia melayan perangai sengal Rayyan itu.

“Lelaki teruna. Perempuan dara. Apakah bodoh kau ni?”

“Macam mana kau tau aku laki? Manalah tau, aku sebenarnya perempuan yang menyamar...”

Tangan Melinda naik menyentuh bidang dada Rayyan apabila lelaki itu belum habis berkata-kata. Wajah dingin mula dipamerkan kepada Rayyan menandakan dia tidak mahu lagi dibodoh-bodohkan oleh Rayyan.

“Jangan cabar aku, Rayyan. Aku boleh buat apa-apa sahaja.”

Rayyan menepis tangan Melinda. Dia merengus geram.

“Perempuan gatal!”

Rayyan berjalan pergi meninggalkan Melinda. Melinda tersenyum. Dia mengejar Rayyan dari belakang.

“Kau ada adik beradik tak?”

“Tak,” jawab Rayyan sepatah.

“Mak meninggal waktu dia lahirkan aku. Ayah aku pula meninggal waktu dia dalam perjalanan ke hospital waktu mak aku bersalin. Lahir sahaja aku ke dunia, aku memang sebatang kara. Kosong.”

Melinda terdiam. Dia cuba menahan perasaannya. Dia tahu dirinya adalah seorang yang hati tisu dan mudah tersentuh.

“Ouhhhhhh ... tabahnya kau. Kalau aku hari tu, sakit jantung dah putus harapan. Kau? Hilang kedua sayap. Masih tabah.”

Rayyan hanya tergelak sinis.

“Aku dah biasa hidup tanpa mak ayah. Jadi... kuatlah. Kadang-kadang aku bersyukur sangat sebab Allah ambil mak dengan ayah aku tanpa sempat aku rasa kasih sayang daripada diorang. Bayangkan kalau aku dapat rasa kasih sayang diorang? Aku mesti tak kuat macam ni.”

“Tapi, kau mesti bahagia kan kalau mereka masih ada disisi kau sekarang.”

Melinda mula menggosok-gosok matanya. Bibirnya mula dicebikkan.

“Hurmm ... bodohlah kau ni. Dahlah aku hati tisu.”

“Kau ... ada mak ayah lagi?”

“Ada. Mama dengan papa. Aku ada 5 orang adik beradik. Aku ada kembar sorang. Nama dia Khaira.”

“Lagi?” soal Rayyan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

“Sorang lelaki yang paling last. Tapi, aku sorang aje dari kecil sakit.”

“Sakit? Sakit apa?”

“Sakit jantung.”

“Ohhh...” jawab Rayyan mengangguk kepalanya.

“Tapi sekarang dah okey. Cuma aku kena jaga diri lah.”

Rayyan mengangguk.

“Dahlah tu. Kau baliklah rumah. Rumah aku jauh lagi nie. Dalam 5 km lagi...”

“Tak kisah pun. Nak ikut juga.”

“Baliklah. Jangan ikut. Balik. Balik.”

“Taknak, taknak, taknak, taknak, taknak, taknak, taknak, taknak. Nak ikut!”

“Hish kau ni...”

“Alah, aku ikut aje.”

Rayyan menghentikan langkahnya.

“Aku bukan kacau rumah kau. Bukan aku nak roboh rumah kau. Kalau roboh pun, kau tinggallah dengan keluarga aku.”

“Erk... huhhhh.”

Rayyan mengalah dan membiarkan Melinda mengikutinya sehingga sampai ke destinasi yang dituju oleh mereka berdua.


MELINDA dan Rayyan sampai ke sebuah rumah usang apabila petang sudah mengganti malam. Melinda mengatur nafasnya yang tidak terkawal.

“Kenapa tak pakai kereta tadi? Kan laju. Tak sampai malam kita berjalan saja,” rungut Melinda sambil memegang perutnya.

“Tak ekstrem.” Rayyan tersengih menampakkan lesung pipit yang tersorok selama ini. Terpesona sekejap Melinda dibuatnya. Lantas dia duduk di tangga rumah usang itu. Dia memegang kakinya. Sudahlah penat dia boleh pulak senyum sampai nampak dimple. Hadeh ... lemah lutut.

“Aduh, penatnya. Nak baring...”

“Tak payah baring. Duduk aje di atas batu tu. Aku nak masuk dalam dulu. Tata!”

“Woi!”

Melinda bangun lalu masuk ke dalam rumah Rayyan tanpa memberi salam. Rayyan terkejut menoleh ke arah Melinda.

Melinda sengaja menghentak kakinya kuat pada lantai rumah Rayyan itu menandakan dia tidak bersetuju dengan kata-kata Rayyan.

“Woi! Ini rumah akulah! Mana boleh kau masuk!”

Melinda duduk dengan selamba di atas sofa kecil di rumah itu.

“Ada aku kisah. Tetamu kena diutamakan.”

“Masalahnya ini Malaysia! Bukan Afrika. Main langgar je. Karang kalau kena cekup.”

“Assalamualaikum, Tuan Rayyan. Boleh saya masuk tak? Saya ini perempuan. Tak baik duduk luar.”

“Waalaikummussalam, cik … aku pun tak tahu nama kau apa. Ini rumah aku. Suka hati akulah.”

Melinda terdiam apabila mendengar bunyi hujan yang mula turun membasahi bumi. Dia memandang ke arah Rayyan.

“See. Saya tak boleh duduk kat luar. Hujan.”

“Ishhhh!! Yelah, yelah.”

Melinda tersenyum.

“Err ... Rayyan.”

“Hrm?”

“Aku nak mandi. Tak selesa lah aku berpeluh macam ni.”

“Pergilah mandi. Takkanlah kau nak suruh aku mandikan kau pula,” ujar Rayyan sambil membelek-belek iPhone yang dibeli oleh Melinda.

“Tapi, takkanlah aku tak pakai baju selepas mandi. Mana ada aku bawa baju.”

Rayyan mendengus kasar. Dia melangkah mendekati almari usang lalu mengambil sehelai baju dan sehelai seluar. Dia membaling seluar dan baju itu ke arah Melinda.

“Tuala?”

“Kau ingat ini hotel lima bintang ke, huh?”

“Alah, takkanlah basah-basah aku nak pakai baju ni.”

Rayyan mengambil sehelai tuala yang masih bersih lalu dibaling ke arah Melinda. Melinda menyambut lalu tersenyum.

“Dimana tandas?”

“Sebelah dapur tu.”

“Okey!”

Rayyan hanya membiarkan Melinda membersihkan dirinya. Sebuah keluhan dilepaskan. iPhone yang diberikan oleh Melinda dihidupkan. Dia membelek-belek aplikasi yang berada di dalam telefon tersebut untuk menghilangkan bosannya. Walaupun dia sendiri tidak tahu cara mahu mengggunakan.

Anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience