BAB 36

Romance Series 30157

MELINDA memandang skrin iPhonenya. Dia sedang menanti kelibat Rayyan dan Helmi yang pergi ke tandas seketika. Huh, nama sahaja lelaki. Tapi pergi tandas nak berdua.

Tangan Melinda mencari-cari tisu di dalam beg tangan yang dibawanya. Matanya melirik mencari kotak tisu di meja hadapannya.

Kosong!

Melinda bangun lalu cuba untuk mengambil sekotak tisu di meja sebelahnya. Bibirnya mengukir senyuman apabila berjaya mendapatkan tisu yang diinginkan.

“Opocot!”

Kotak tisu terlepas dari tangan Melinda akibat langgaran tersebut. Melinda menundukkan tubuhnya untuk mengambil kotak tisu itu.

“Sorry, cik. Saya tak sengaja.”

Melinda mendongakkan kepalanya. Dia seperti mengenali suara tersebut. Matanya bertemu dengan anak mata Remy.

“Remy?!”

Remy tersentak. Kaca mata hitam yang tegak di hidung dibawa turun. Jongket kening dengan macho.

“Mel? My PA dulu kan?”

Melinda mengangguk kepalanya.

“Ye. Sorry sebab langgar you. I tak sengaja.”

Bibir Remy menarik senyuman.

“Ouh takpe. Erk … you. You sorang je ke?” soal Remy sambil memandang sekeliling.

“Ouh, ada pekerja saya ikut tadi. Rayyan dengan Helmi. Tapi entah kat mana sudah mereka sekarang.” Melinda menggeleng kepala.

“Rayyan? Suami you tu? He's your employer?”

Melinda mengangguk kepala.

“Ye, suami I. Ada masalah ke?” soal Melinda sambil terjungkit keningnya.

“No, takdelah. Lainlah pulak rasanya. Isteri yang jadi boss suami,” ujar Remy mengemukakan pendapatnya namun Melinda tidak berpuas hati dengan pendapat tersebut.

“Saya rasa tak ada masalah pun. Dia kerja halal kot,” jawab Melinda selamba namun dalam ton sinis.

Remy tergelak. Dia terkena setepek dengan jawab Melinda itu.

“Ouh, sorry. Okey, kerja halal?” Remy tersenyum sinis.

“Yes, dia tak berjudi pun nak cari duit. Halal. Kenapa? Ada permasalahan anda kepada suami saya?” soal Melinda.

“Rasanya macam tak sesuai lah. Lelaki ditanggung oleh perempuan. Biasanya lelaki yang menanggung perempuan. Lelaki ketua keluarga. Dia perlu lebih berusaha daripada perempuan untuk mencari rezeki.”

“Oh, jadi Encik Remy tak setujulah perempuan nak bekerja selepas kahwin?”

“Eh, tak. I…”

“Kalau perempuan itu tak kerja, kalau bercerai macam mana?”

Remy terdiam. Matanya memandang tepat ke arah Melinda.

“Takkanlah perempuan tu hisap batu dengan makan pasirkan? Kalau ada anak lagi? Takkanlah nak bagi budak tu makan pasir juga kan? Jadi kepada golongan lelaki, tolonglah jangan selfish dalam perkara ini. Fikir sikit masa depan. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan kan? Itu ketentuan-Nya.”

Remy tersentap mendengar kata-kata sindiran Melinda.

“Mel, sorry.”

“Tak apa.”

Melinda meletakkan kotak tisu di atas meja.

“Alang-alang your husband takde di sini, mind to have lunch with me?”

Melinda memandang ke arah wajah Remy. Amboi, sempat lagi mamat ni masa marah aku masih belum reda.

“No, thank you.” Melinda geleng kepala. Lagipun tidak baik berdua-duaan dengan lelaki yang bukan memegang status ‘suaminya’. Takut fitnah pula dilemparkan kerana menerima ajakan Remy itu.

Remy mengerut dahinya.

“Kenapa pulak? Kita dah lama tak jumpa. Saya ajak lunch je. Bukan dinner. Jauh sekali dating.”

“Tunggu sampai pekerja saya sampai. Ouh lupa. Satu pekerja dan satu lagi suami.” Melinda sengaja menekankan perkataan ‘suami’.

Remy hanya tersenyum.

“Takpelah kalau macam tu, saya pergi dulu. Nice to meet you, Mel.”

Melinda menarik lengan Remy. Matanya memandang ke arah Remy dalam.

“Kau boleh tolong aku tak?”

Dahi Remy berkerut.

“Huh?”

“Boleh tak?”

“Tolong? Tolong apa?” soal Remy ingin mengetahui. Melinda mendekatkan mulutnya di telinga Remy.

“Aku nak...”

“Assaamualikum…”

Melinda menoleh. Pantas tubuh Remy ditolak. Matanya tepat memandang ke arah wajah lelaki yang sudah tiada riak itu.

“Boss, kitorang dah siap,” ujar Helmi sambil tersenyum. Matanya memandang ke arah Melinda dan Remy. Begitu juga Rayyan yang berada di belakang Helmi itu.

“Korang duduk. Kami nak bincang.”

Melinda menarik Remy menjauhi Helmi dan Rayyan. Helmi menarik Rayyan untuk duduk.

“Rayyan…”

Rayyan mengetap giginya. Matanya fokus memandang Melinda dan Remy yang sedang berbincang sesuatu yang dia tidak ketahui.

“Oi, Rayyan.”

Rayyan menoleh ke arah Helmi.

“Apa?”

“Kau jealous ke?” soal Helmi lalu tersenyum. Rayyan diam.

“Sesuaikan diorang. Satu CEO dan satu lagi boss syarikat makanan.”

“Hoi, apa kau cakap ni? Janganlah sedih. Aku faham perasaan itu.” Helmi memberikan kata-kata semangat kepada Rayyan. Tangannya liat menepuk-nepuk bahu Rayyan.

“Diamlah! Hish!!” Rayyan menepis tangan Helmi. Penumbuk dikepal kuat.

“Okey, terima kasih Encik Remy atas kerjasama yang diberikan.”

Melinda menarik kerusi lalu duduk di hadapan Rayyan. Matanya memandang ke skrin telefon.

“Dah tak ingat nak makan ke? Nak makan jantan lain pulak?”

Melinda mengangkat wajahnya. Dahinya berkerut memandang Rayyan.

“Huh?”

“Kenapa kau tak telan dia terus tadi? Kan senang,” ujar Rayyan dengan geram. Bibir Melinda tiba-tiba menarik sebuah senyuman.

“Kau … jealous ke?”

“Diamlah! Aku tegur kau je. Bukan nak jealous ke apa?”

Melinda ketawa. Dia mendail nombor Remy yang diberikan tadi. Melinda sengaja menekan butang speaker supaya Rayyan dan Helmi boleh mendengar perbualan mereka berdua.

“Hello…”

Remy mengangkat panggilan itu dengan cepat.

“Assalamualaikum. Ni siapa?”

“Waalaikumsalam. Saya Melinda, boss Food Mega. Ini Tuan Remy yang digilai oleh ramai wanita ke?” soal Melinda. Dia sempat menjeling ke arah Rayyan.

Remy ketawa kuat.

“Laaaa … awak rupanya, Mel. Kenapa call ni?” soal Remy di hujung panggilan.

“Saja. Kenapa? Tak suka?”

“Eh, tak! Suka sangat. Cuma pelik. Awak call bersebabkan?”

Rayyan mengetap bibir. Dia sangat menyampah mendengar suara Remy itu.

“Suka sangat?!”

Melinda mencubit dagunya. Idea nakal untuk mengenakan Rayyan semakin masuk ke dalam kepala otak Melinda.

“Cuba ulang balik, Encik Remy.”

“Huh? Suka! Suka sangat…” Suara Remy mula meleret. Melinda ketawa terbahak-bahak.

Rayyan menggosok-gosok tengkuknya. Hatinya sangat panas sekarang. Mahu sahaja meletop dan terbakar di hadapan Melinda dan Helmi.

“Lawaklah encik ni. Saya nak minta tolong. Bila encik free?” soal Melinda dengan suara ayunya.

“Ish tak payah berencik-encik. Panggil je Remy. Abang pun boleh.” Remy ketawa kecil.

“Oh, okey Abang Remy. Bila abang Remy free?” soal Melinda yang sengaja memanggil Remy dengan panggilan ‘Abang Remy’.

“Hm, esok maybe. Kenapa?”

“Kita boleh jumpa. Saya akan datang ke pejabat abang. Abang tunggu ye. Abang tak marah Mel kan?”

Helmi menggeleng kepala memandang ke arah Melinda yang mula membuat suara manja dan comel. Nampaknya, Melinda betul-betul mengenakan Rayyan pada kali ini.

Rayyan pula mengetap rahangnya. Panas! Panas! Dan panas!! Badan panas, hati pun ikut panas. Mahu sahaja dia membuat dunia ini terbalik kerana tidak dapat menahan perasaan tersebut. Dia sangat-sangat menyampah dengan Remy. Mendengar suara ketawa kononnya maco itu pun sudah membuatkan dia muntah.

“Ouh, boleh je. Esok abang tunggu.”

“Ok abang! Thank you! Sayang abang Remy! Sebagai abang senior tau.”

“Ye, abang tau. Sayang Mel juga.”

Melinda mematikan panggilan itu. Matanya melirik wajah Rayyan yang masih panas.

“Kenapa pandang aku macam tu?”

Rayyan diam. Dia hanya mengunci mulut sehingga pelayan sampai membawa makanan yang dipesan oleh mereka sebelum mamat sewel itu datang memanaskan hatinya.

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience