BAB 9

Romance Series 30157

MELINDA hanya menundukkan kepala sambil memandang jarinya. Rayyan pula diam dan tidak menoleh ke arah Melinda lagi. Mereka telah dibawa ke pejabat agama.

Melinda cuba menahan perasaannya. Jika tiada Rayyan di sebelah, rasanya mungkin air mata yang bertakung di juring matanya kini tidak henti-henti mengalir ke pipinya yang mulus. Namun dia tetap menguatkan hati. Dia tidak mahu kelihatan lemah di mata Rayyan.

Kereta dipandu oleh pengawai jabatan agama memasuki halaman mahkamah syariah. Melinda mula keresahan. Wajah kekecewaan papa dan mamanya menyerang benak fikirannya.

“Keluar.”

Rayyan dan Melinda keluar dari kereta itu. Kaki mereka berdua dilangkah masuk ke dalam bangunan pejabat agama tanpa menoleh lagi.

Air mata Melinda tidak dapat ditahan lagi apabila melihat Mirza dan Zuhaira yang sedang menanti kehadiran mereka berdua. Dia berlari ke arah Mirza dan Zuhaira lalu duduk melutut dihadapan Mirza dan Zuhaira.

“Maafkan Mel, papa. Maafkan Mel, mama.”

Tangan Mirza dan Zuhaira digenggam. Air mata sudah membasahi pipinya. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Dia sangat menyesal atas perbuatan yang dia telah lakukan.

“Mel salah dalam hal ini. Rayyan tak salah. Maafkan Mel...”

Zuhaira mula tidak keruan melihat tangisan Melinda yang semakin menjadi-jadi. Niatnya yang ingin menarik Melinda untuk bangun terbantut apabila tangan Mirza diangkat untuk menahan dirinya. Tangan Zuhaira dilepaskan oleh Melinda. Kini tangan Melinda menggenggam erat tangan Mirza sambil menangis teresak-esak.

“Maafkan Mel, papa. Rayyan tak salah dalam hal ini. Mel yang salah.”

“I never teach my daughter like this,” ujar Mirza kecewa. Tangannya semakin digenggam oleh Melinda. Kepalanya ditolehkan ke arah Rayyan yang perlahan-lahan datang mendekati mereka. Sebuah keluhan dilepaskan.

“I don't know what the two of you have been doing. Tapi untuk ajar korang, tutup silap ni. Kahwin.”

Rayyan ternganga. Melinda mendongak kepalanya lalu memandang ke arah Mirza.

“Sayang...”

Zuhaira mengesat air matanya. Kepalanya diangguk perlahan.

“Mel, kahwin dengan budak ni.”

Melinda mengangguk kepala perlahan. Dia terpaksa akur dengan keputusan mama dan papanya untuk menjaga maruah keluarga dan mereka berdua.

Melinda bangun lalu memeluk tubuh Mirza. Sisa air mata dibiarkan tanpa dikesat.

“Maafkan Mel, papa. Mel sebenarnya nak bawa Rayyan jumpa papa dengan mama. Tapi...”

“Tak apa. Esokkan majlis kamu berdua.”

Melinda hanya tersenyum. Di samping itu, dia sangat bersyukur kerana papa dan mamanya tidak menghukum dengan menghalaunya dari rumah atau sebalik. Masalah diselesaikan dengan baik oleh Mirza dan Zuhaira. Sebab itulah Melinda suka memasukkan nama papa dan mamanya di Carta Sweet Couple In The World.

Rayyan hanya diam memandang ke arah Mirza, Zuhaira dan Melinda. Mulutnya seperti terkunci. Dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Dia hanya reda apabila hidupnya akan berubah tidak lama lagi.


RAYYAN terasa janggal di dalam bilik. Walaupun tiada sesiapa yang menemaninya dalam bilik ini, dia tetap berasa janggal.

Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di atas katil.

“Apa dah jadi dekat kau ni, Rayyan?”

Tangannya naik meraup wajah. Kepalanya sedang serabut memikirkan perkara yang bakal berlaku keesokan hari. Adakah dia sudah bersedia menjadi suami orang?

TOK! TOK! TOK!

“Rayyan...”

Rayyan bingkas bangun lalu berlari ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas dan terpampang wajah Mirza dengan senyuman manis yang menambahkan kekacakannya. Bibir Rayyan mengukir sebuah senyuman tawar.

“Err...”

“Boleh papa masuk?” soal Mirza. Rayyan perlahan-lahan mengangguk kepalanya. Dia dan Mirza melangkah masuk lalu duduk di atas birai katil.

“Uncle datang sini sebab apa?” soal Rayyan yang masih kekok. Mirza hanya ketawa kecil.

“Tak payahlah panggil uncle. Panggil papa aje.”

Rayyan tersenyum tipis. Kepalanya diangguk perlahan.

“Ini, papa nak bagi baju nikah esok. Cepat mama kamu buat. Semakin teruja dia nak ada ahli keluarga baru.” Mirza menghulurkan sebuah kotak. Hadapan kotak itu mempunyai plastik lut sinar. Terlihat jelas baju pengantin lelaki untuk Rayyan pada hari esok.

Rayyan menyambut huluran kotak itu. Sebuah keluhan perlahan-lahan dilepaskan.

“Papa harap kalau jika ada Rayyan di dalam hidup dia, dia boleh berubah perlahan-lahan.”

Rayyan mendongakkan kepalanya memandang ke arah Mirza. Sebuah senyuman manis terukir di bibir Mirza.

“Kalau Rayyan nak tahu, Melinda adalah seorang yang berani. Berani dan agak kasar. Dia kan anak sulung. Walaupun ada kembar, dia adalah kakak.”

“Kerja seorang polis bukanlah senang. Banyak halangan. Kita perlu hadapi ancaman dan ugutan keselamatan keluarga. Tapi papa rasa bertuah. Ada anak berani macam Melinda.”

“Berkat ajaran uncle dia, Melinda jadi lebih berani. Dulu pun, dia takut-takut nak jumpa orang. Salam pun taknak. Apatah lagi bersua muka. Mula-mula papa larang dia jumpa uncle dia. Tapi, papa dah tak larang. Sebab banyak kebaikan yang dia dapat bila dia rapat dengan uncle dia. Walaupun uncle dia perangai macam ambuk.”

Rayyan terkebil-kebil mendengar perkataan yang terakhir yang keluar dari mulut Mirza. Mirza tersenyum sambil menggeleng kepalanya. Teringat dia apabila melihat keberanian Melinda melawan para gengster yang menyerang isterinya dan kembar Melinda, Khaira.

“Papa!”

Mirza tersentak dari lamunannya. Dia memandang ke arah Rayyan terkebil-kebil.

“Huh?”

“Papa fikir tentang apa? Rayyan panggil papa banyak kali tau.”

Mirza tersengih. Jarinya menyentuh dahinya. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali.

“Papa tak tahu kenapa papa rasa berat hati nak lepaskan Mel dekat kamu.”

Rayyan terdiam. Nampaknya, Mirza sangat menyayangi Melinda walaupun anak gadisnya itu berperangai seperti lelaki. Bukan lagi seperti tetapi lebih daripada perangai lelaki.

Seorang perempuan dikenali dengan sikap lembut dan sopan santun. Namun ada di kalangan lelaki menggunakan peluang tersebut dengan sikap lembut perempuan untuk membuat perkara yang tidak baik. Hal ini membuatkan Melinda tidak berminat menjadi lembut dan sopan santun.

Dia sudah biasa hidup sebegitu. Walaupun sudah dinasihati oleh guru-guru dan keluarga, dia tetap begitu.

“Rayyan boleh janji dengan papa tak?” soal Mirza tiba-tiba selepas beberapa saat mendiamkan diri. Anak mata Rayyan memandang ke arah mata Mirza yang ingin menyampaikan sesuatu.

“Janji apa, papa?”

Sebuah keluhan dilepaskan. Amat berat Mirza untuk membuat perjanjian dengan seseorang yang baharu sahaja dia kenal, tetapi hal ini mustahak. Beberapa jam lagi, Rayyan bakal menjadi suami Melinda. Mungkin ini adalah masanya untuk meluahkan isi hatinya yang terbuku.

“Papa minta sangat-sangat kamu tolong jaga Melinda macam nyawa kamu sendiri.”

Rayyan terdiam. Matanya masih tidak melepaskan pandangan daripada wajah Mirza yang tenang.

“Rayyan boleh janji kepada papa?”

Mirza menanti jawapan daripada Rayyan. Mulut Rayyan seakan-akan terkunci seketika.

“Tolong jaga dan bahagiakan anak papa, Rayyan. Papa tahu kamu boleh buat.”

Rayyan menarik nafas lalu menghembus nafasnya dengan keras. Perlahan-lahan kepalanya diangguk.

“Rayyan akan jaga Melinda macam nyawa Rayyan sendiri,” ucap Rayyan mengikrarkan sebuah janji di hadapan Mirza sendiri. Hati Rayyan mula berbolak-balik. Adakah keputusan yang dilakukan olehnya sendiri adalah keputusan yang betul?

Ambuk = Monyet Hahahahaha, terselit bahasa Sabah(^^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience