BAB 27

Romance Series 30122

RAYYAN dan Helmi memerhati gaya Melinda dan Mak Kiah yang sedang berjalan beriringan di hadapan mereka. Rayyan dan Helmi memandang antara satu sama lain.

“Begitu rupanya gedik perempuan.”

“Ye. First time aku tengok,” ujar Rayyan. Helmi mengangguk kepala.

“Mak nak tahu tak? Zu beli pakaian di sini tau!” ujar Melinda lalu jarinya diangkat lalu dituding ke arah sebuah kedai pakaian. Mak Kiah menjadi begitu teruja.

“Jom, Zu! Mak nak beli baju.” Mak Kiah menarik Melinda masuk ke dalam kedai tersebut. Wajah Rayyan dan Helmi mula pucat.

“Alamak! Rayyan kau nampak tak diorang masuk kedai apa?” Rayyan mengangguk kepala.

“Helmi! Tiba masanya untuk pecut. Larikan diri!”

Belum sempat Rayyan dan Helmi membuka langkah seluas-luasnya, Melinda melangkah keluar dari kedai tersebut lalu menarik telinga Rayyan dan Helmi dengan serentak.

“Jangan nak memandai-mandai nak lari. Aku penggal kepala korang satu-satu nanti.”

Rayyan dan Helmi terpaksa mengikuti Melinda dan Mak Kiah dari belakang.

Setelah beberapa jam berada di kedai pakaian, akhirnya Melinda dan Mak Kiah memutuskan untuk membayar semua baju yang telah dipilih mereka. Helmi terkejut melihat bakul yang dibawa oleh emaknya.

“Mak, banyaknya! Helmi mana ada duit nak bayar semua ini. Letak balik.”

Mak Kiah menggeleng kepala.

“Zu bayarkan!”

Helmi menggeleng kepalanya.

“Menyusahkan Zu sahaja. Mak, kita beli sikit sahaja. Tak membazir nanti.”

Melinda menggeleng kepala.

“Sudah, sudah. Jangan gaduh. Biar saya yang bayar semua ini. Jangan risau tau, Helmi,” ujar Melinda untuk menghentikan pertelingkahan itu. Helmi menggeleng kepalanya.

“Tapi boss, saya taknak menyusahkan boss lagi.”

Melinda tersenyum.

“Tak menyusahkan pun langsung, Helmi.” Melinda menarik tangan Mak Kiah ke kaunter. Helmi menarik sebuah nafas. Rayyan perlahan memegang bahu lelaki itu.

“Yo! Biar je dia bayar. Kau rilekslah.”

Helmi terdiam. Dia menepis tangan Rayyan lalu mengikuti langkah Melinda dan Mak Kiah yang ingin keluar dari kedai tersebut. Rayyan menggeleng kepala lalu mengejar Melinda, Mak Kiah dan Helmi yang jauh meninggalkan dirinya.

MELINDA tersenyum melihat Mak Kiah yang berselera menikmati nasi goreng kampung yang dipesan olehnya tadi. Rayyan pula berselera dengan tomyamnya manakala Helmi hanya mahu minum sahaja.

“Boss…”

Mata Melinda memandang ke arah Helmi.

“Kenapa, Helmi?” soal Melinda. Helmi menundukkan kepalanya kerana malu dengan majikannya sendiri.

“Maafkan saya, boss. Saya dah menyusahkan boss.”

Kening Melinda terjungkit.

“Apa awak cakap ni?”

“Saya dah gunakan duit boss untuk beli semua baju mak saya. Boss boleh potong gaji saya untuk ganti duit boss tadi.”

Melinda terdiam mendengar kata-kata Helmi itu.

“Saya minta maaf betul. Mak saya jadi sebegini sebab kematian adik angkat saya, Zulaikha. Dia terlampau rindu Zulaikha. Lagi-lagi wajah boss macam Zulaikha.”

“Helmi, cukup.”

Helmi mengangkat wajahnya.

“Tak apa. Saya ikhlas tolong awak.”

Helmi terkedu.

“Apa maksud boss?”

Melinda tersenyum.

“Saya halalkan baju tadi dan…”

“Dan?” Helmi mengerutkan dahinya.

“Saya nak bantu awak rawat mak awak boleh?” soal Melinda sambil tersenyum. Helmi terkedu mendengar kata-kata Melinda.

“Boss, biar betul? Nanti menyusahkan boss pula.”

Melinda menggeleng kepala.

“Tak apa. Saya nak bantu awak. Saya ikhlas.”

Helmi meraup wajahnya untuk menyembunyikan air mata jantannya.

“Terima kasih boss,” ucap Helmi dengan sayu. Dia bersyukur mempunyai majikan yang sebaik seperti Melinda yang sanggup membantunya untuk merawat emaknya.

“Terima kasih boss.”

Melinda mengangguk kepala.

“Sama-sama.”

Melinda mengukir senyuman kepada Helmi. Rayyan pula hanya memerhati dari jauh sampai menghirup kuah tomyam yang sangat sedap itu.

Terima kasih, anda semua adalah yang terbaik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience