BAB 40

Romance Series 30124

MELINDA mengusap-usap perutnya. Dia sangat-sangat menikmati makanan yang dimasak oleh bibik Datin Reina. Dua pinggan nasi dia habiskan kerana begitu menikmati masakan tersebut. Hal ini menyebabkan perutnya menjadi terlampau senak dan mood memandu terus hilang.

“Kau dah kenapa?” soal Rayyan hairan memandang Melinda seperti terbang ke dunia fantasi sendiri. Melinda tersengih. Dia mengusap-usap perutnya seperti ada isi di dalamnya.

“Anak kau dalam ini meragam.”

“Kepala kau. Kita tak pernah buat itu lagi ye.”

“Eh, siapa bilang macam itu? Kau mana tahu. Kau tidur mati selalu tau!”

“Mel, aku taknak bergaduh sekarang. Aku nak balik,” ujar Rayyan. Melinda memuncungkan bibirnya.

“Hrmmm … kenapa pula? Aku senak sekarang.”

“Biar aku pandu. Meh sini kunci kereta.”

Kepala Melinda digeleng beberapa kali sebelum gadis itu tersenyum seperti orang mabuk.

“Taknak!”

“Melinda. Aku nak balik.”

“Kunci dah aku buang dalam tandas di rumah agam Remy. Malas aku nak balik.” Melinda pura-pura memejamkan matanya. Rayyan mengetap gigi.

“Melinda, bagi kunci kereta sekarang.”

“Taknak!”

“Bagi kunci kereta.”

“Taknak! Taknak!”

“Kau jangan sampai aku gunakan kekerasan.”

“Cubalah!”

Rayyan mendekati tubuh kecil itu. Bibirnya tersenyum sinis.

“Rasakan yang ini!”

Tangan Rayyan mengeletek perut Melinda. Mata Melinda terbuka kasar sebelum dia tidak dapat mengawal dirinya.

“Rayyan! Stop!”

Melinda mengeleng kepala. Tangannya cuba menepis tangan Rayyan namun gagal. Dia hanya ketawa akibat kegelian yang menyerang perutnya.

“Rayyan! Stop! No!!”

Melinda sudah ketawa melalak. Terkeluar suara ketawa pontianak. Moga-moga kita dijauhkan dari keturunan jin ini.

“Hah! Bagi kunci sekarang.”

Melinda menghulurkan kunci rumah kepada Rayyan.

“Mel, aku nak balik.”

“Kiss me,” pinta Melinda menyebabkan mata Rayyan membulat.

“What?!”

“Kiss me. Kalau kau cium aku pun, kita tak dapat dosa pun. Pahala melimpah-limpah adalah.”

Rayyan menggeleng kepalanya.

“No. And never.” Perkataan ‘never’ sengaja ditekankan. Hal ini menyebabkan gadis itu memuncungkan bibirnya.

“Alah, kiss ringan je.”

“Kiss ringan? Maksud?”

Melinda memeluk leher Rayyan. Bibirnya didekatkan pada pipi lelaki itu.

“Muah!”

Ciuman manja dihadiahkan ke pipi kanan Rayyan. Rayyan pantas menolak tubuh Melinda.

“Mana kunci kereta?”

Melinda menghulurkan kunci kereta kepada Rayyan. Rayyan merampas kasar lalu masuk ke dalam perut kereta.

“Hish dia ni. Merajuk lah tu. Tahulah aku bukan main rapat lagi dengan Remy tadi,” gumam Melinda sendiri. Dia membuka pintu kereta lalu masuk. Bibirnya dimuncungkan seperti itik. Pintu kereta ditarik lalu ditutup kuat.

“Baguslah. Bukan kereta aku juga yang tercabut.”

“Jalanlah. Tadi nak sangat balik.”

“Tak apa. Kita balik ke rahmatullah.”

“Rayyan! Janganlah main-main,” marah Melinda. Rayyan hanya ketawa sinis. Dia fokus memandu kereta itu.

“Kenapa kau nangis tadi?” soal Melinda tiba-tiba. Rayyan hanya mengunci mulutnya.

“Rayyan, kenapa kau diam? Aku tanya ni.”

“Jangan nak sibuk. Itu bukan urusan kau. Kau tak perlu nak ambil kisah atau ambil tahu tentang perkara itu.”

Melinda mendengus kasar.

“Kenapa pula? Aku isteri kau, Rayyan. Why?”

Rayyan diam. Matanya fokus memandang jalan raya.

“Rayyan!”

“Apa?”

“Aku tanya ni!”

“Kau tanya apa?”

“Kenapa kau nangis tadi? Tak pernah aku nampak kau nangis. Ini first time kot. Kau jealous ke?” soal Melinda sambil menyiku-yiku lengan Rayyan.

“Kau diam. Tak yah nak sibuk.” jawab Rayyan dengan dingin.

“Alah, bagitahu jelah.”

“Kan aku dah kata, jangan nak sibuk boleh?”

“Taknak!!” jerit Melinda sambil menghentak kaki.

Rayyan mengetap gigi.

“Kau apahal jerit macam tu? Siapa ajar kau?!”

“Kaulah!” jawab Melinda sedang suara tinggi.

“Eh, aku tak pernah ajar kau tinggikan suara bila bercakap. Kau memang suka ikut ajaran orang luar ke apa ni?”

Melinda mengunci mulutnya. Dia tahu Rayyan bakal membebel dan memberikan ceramah kepada dirinya. Rayyan mungkin boleh diberikan gelaran pakcik ceramah dan pakcik bebel.

“Ah! Taknak dengar! Taknak dengar!” Melinda menutup telinganya apabila melihat bibir Rayyan yang terbuka seperti ingin berkata sesuatu. Rayyan tersenyum menang.

“Padan muka kau.”

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience