BAB 12

Romance Series 30122

TELEFON Rayyan berdering menyebabkan kepala lelaki itu tertoleh ke kiri. Dia mencapai telefonnya. Jarinya menekan punat hijau untuk menjawab panggilan daripada Helmi, rakan sekerjanya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam, Rayyan. Tahniah wei. Selamat pengantin baru. Jaga bini kau baik-baik tau!” ucap Helmi daripada hujung talian.

Rayyan terkejut mendengar ucapan daripada Helmi itu. Dahinya mula berkerut.

“Dari mana kau dapat tahu aku dah kahwin?”

“Ramai pekerja dah kecoh kata kau kahwin. Tahniah! Esok lah aku belanja kau. Hari inikan kau cuti peristiwa.”

Rayyan hanya ketawa. Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali.

“Kau ini kan, ada-ada saja.”

Helmi tersengih.

“Rayyan, diorang cakap kita ada bos baru. Bos perempuan.”

“Huh? Jadi bukan Encik Mokhtar lagi?”

“Yes! Diorang cakap lagi, boss baharu kira cantik. Cun!” Jari Helmi dipetik-petik beberapa tanda dia teruja. Rayyan menggeleng kepalanya.

“Kau ni kan, kata aje perempuan cantik terus nak kebas. Sekali dia ada suami padan muka.”

Helmi ketawa. Matanya terpandang sosok tubuh gadis yang masuk tiba-tiba ke pejabat itu. Matanya membulat.

Rambut Melinda disebak ke belakang. Matanya memandang ke arah pekerja-pekerja syarikat itu. Bibirnya mengukir senyuman.

“Ehem!”

Semua pekerja yang berada di sana menoleh ke arah Melinda. Melinda membetulkan posisi berdirinya dan bersedia bercakap di hadapan para pekerjanya itu.

“Ok, guys. Korang dah harap maklum syarikat Encik Mokhtar iaitu Food Mega telah dijualkan kepada saya. So, hari ini saya akan menjadi boss baru kamu semua.”

Helmi terkedu. Kecantikan Melinda menyebabkan lidahnya terkunci. Wajah Melinda sangat membuatkan dia terbang ke alam fantasi ciptaannya sendiri.

“Woi, Helmi!”

Helmi mula bergetar melihat Melinda mendekatinya. Rayyan yang sedang berada di panggilan mula kehairanan dengan sikap rakannya itu.

“Siapa nama awak?”

“Nama saya Helmi. Saya bakal suami awak.” jawab Helmi dengan selamba badaknya. Si Helmi ini memang. Main masuk je!

Melinda hanya ketawa mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Helmi itu.

“Oh, Helmi. Salam perkenalan. Saya Melinda dan saya dah berkahwin.”

Helmi mengangguk kepala tanda faham. Rayyan pula mencuri dengar suara siapakah yang sedang bercakap dengan rakannya itu.

“Tengah call dengan siapa tu?”

“Oh, saya tengah call dengan kawan saya. Nama dia Rayyan. Dia pekerja di sini juga.” Helmi menghulurkan telefonnya ke arah Melinda. Melinda menyambut lalu tersenyum.

“Hello, Rayyan. Awak masih ada kat sana? Selamat pengantin baharu kepada awak. Jaga isteri awak baik-baik tau. Jangan pernah sakitkan hati dia. Saya Melinda, boss baharu awak setia menunggu kedatangan pekerja saya.”

Rayyan sudah terkedu seribu bahasa. Tersentak, terbejat, semuanya bergabung. Melinda … boss baharunya?

Tanpa menunggu balasan daripada Rayyan, Melinda terus memberi telefon itu kepada Helmi semula. Dia hanya membiarkan Rayyan yang terkaku di panggilan. Kakinya dilangkah pergi dan menaiki tangga untuk masuk ke dalam pejabatnya. Helmi tersenyum dan teruja.

“Wei, aku dah jatuh cinta pandang pertama pada boss kita!”

Rayyan menggeleng kepalanya. Ceh, nak test bini aku pulak mamat ni.

“Hish, kau ni. Tak baik tau. Dia kan dah ada suami,” tegur Rayyan walaupun dia tahu dia adalah suami Melinda. Tetapi biarlah perkara itu menjadi rahsia. Hanya keluarga Melinda dan Rayyan sahaja yang tahu.

“Alah, bukan apa pun. Try ajelah. Kali sangkut.”

“Padahal aku suami dia kot...” ujar Rayyan dengan perlahan. Helmi terpinga-pingga mendengar kata-kata Rayyan itu.

“Apa kau cakap?”

“Erk! Takde apa-apa.”

“Helmi!”

Helmi menoleh ke atas pejabat. Melinda tersenyum sambil memandang ke arah Helmi.

“Saya nak bagi kerja dekat awak. Sini!” panggil Melinda. Helmi tersenyum lalu mengangguk kepala.

“Hoi, Rayyan. Boss dah panggil aku. Bye! Jumpa esok.” Helmi mematikan panggilan tersebut. Rayyan tersentak lalu memandang ke arah skrin telefon. Sebuah keluhan dilepaskan.

“Ceh, bini aku panggil terus dia matikan panggilan. Tahulah bini aku cantik. Tak macam aku. Aku dahlah miskin. Tak hensem lagi tu,” omel Rayyan sendiri sambil memeluk tubuhnya. Telefon diletakkan ke tepi.

TOK! TOK!

Rayyan melirik ke arah pintu bilik. Zuhaira memulas tombol pintu lalu membuka pintu itu. Bibirnya tersenyum memandang ke arah Rayyan yang berada di atas katil.

“Rayyan, mari turun. Mama dah siapkan sarapan,” ajak Zuhaira. Rayyan bangun lalu mengangguk kepalanya.

“Ok, mama.”

Zuhaira melangkah ke tangga. Rayyan keluar dari bilik itu. Dia mengikuti langkah Zuhaira dari belakang.

Rayyan menarik kerusi lalu duduk di hadapan meja makan. Dia menjilat bibirnya melihat makanan yang sudah terhidang di atas meja. Namun sebuah mangkuk dipenuhi makanan yang baru dilihat oleh Rayyan menarik perhatiannya.

“Apa benda ni, mama?”

Zuhaira tersenyum.

“Itu Hinava. Makanan orang Sabah.”

Kepala Rayyan diangguk beberapa tanda faham. Pinggan dipenuhi nasi dihulurkan ke arah Rayyan. Rayyan menyambut lalu tersengih.

“Thank you, mama.”

Zuhaira mengangguk kepalanya. Dia duduk lalu menadahkan tangannya. Rayyan turut berbuat sebegitu. Dia membaca doa sebelum makan. Doa diaminkan lalu mereka berdua menikmati makanan dengan penuh berselera.


PEN dipusing-pusingkan di jari Melinda sendiri. Matanya tidak lepas daripada merenung tunak ke arah fail peribadi Rayyan. Dia sedikit kebingungan melihat sesuatu data yang tidak logik baginya ada di dalam fail suaminya itu.

“Hish, siapa yang bertanggungjawab bagi duit gaji kepada pekerja ni?” soal Melinda sendiri. Tangannya mencapai iPhone di tepi. Nombor Rayyan cuba ditelefon.

Rayyan memandang ke arah telefonnya yang berdering. Hatinya terasa kosong melihat nama yang tertera di skrin telefon. Namun dia terpaksa mengangkat panggilan itu supaya tidak mengganggu Zuhaira yang sedang menonton televisyen.

“Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Saya Melinda. Ini Encik Rayyan ke?” soal Melinda. Matanya tidak lepas dari fail peribadi Rayyan.

“Ye, Puan Melinda. Saya Rayyan Bin Rahman pekerja veteran di Syarikat Food Mega.”

Melinda ketawa kecil manakala Rayyan sudah bengang dengan sikap Melinda itu.

“Apa kau mahu dari aku? Mentang-mentanglah dah jadi boss.”

“Aku call bukan saja-saja tau. Ada benda mustahak nak bincang.”

“Benda apa yang mustahak sangat tu?” soal Rayyan. Melinda menghela nafasnya.

“Kau ingat gaji kau bulan lalu?”

“Ingat.”

“Berapa?”

“RM 900,” jawab Rayyan dengan pendek. Melinda menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia cuba menahan geram.

“Kau ada tanya tak berapa gaji kawan-kawan kau termasuk Helmi?”

“Tak ada.”

“Bodohlah kau ni. Kenapa semua pekerja gaji yang diberi sebanyak RM 1500 tapi kau RM 900 sahaja?”

Rayyan tersentak. Mengapa pula gajinya boleh menjadi nilai yang kecil daripada pekerja-pekerja yang lain?

“Aku rasa ada orang sabotaj.”

“Sabotaj apa? Aku tak faham lah. Apa yang mereka jealous sangat dekat aku?” soal Rayyan tidak berpuas hati. Melinda hanya terdiam.

“Jangan kau risau. Aku akan uruskan semua ini. Dan, kau kena ingat. Aku akan ambil kau sebagai orang dibawah aku dan lebih tinggi daripada pekerja-pekerja yang lain. Dan, mungkin aku akan ambil kau dengan Helmi.”

“Eh? Kenapa pulak aku?”

“Sebab muka kau dengan Helmi sahaja yang boleh aku percaya. Pekerja lain? Semua gi laut.”

Rayyan hanya mengangguk kepalanya. Dia pun tidak faham sebenarnya apa yang dibincangkan oleh Melinda sendiri. Mungkin orang yang mempelajari perniagaan faham dengan masalah di syarikat itu.

“Aku nak tukar status kepada dah berkahwin. Rayyan Bin Rahman dan Melinda Binti Mirza Zhafran. Hrmm, serasi nama kita dua,” ujar Melinda sambil tersenyum.

“Eh? Saya masih bujang.”

“Jangan nak tipulah.”

“Ye, saya dah berkahwin. Nama isteri saya Mira Filzah.”

“Mira Filzah dah kahwin dengan Wan Emir. Mana datang nama suami dia Rayyan bin Rahman pula?” sangkal Melinda dalam jenaka.

“Err...”

“Rayyan Bin Rahman suami kepada Melinda Binti Mirza Zhafran. Noktah!”

Melinda mematikan panggilan itu. Dia ketawa terkekeh-kekeh.

Rayyan mengetap giginya. Dia sangat geram dengan perangai Melinda yang sengaja mengusik tembok kesabarannya. Nasib lah tembok itu masih kukuh. Jika tidak, mungkin kemarahannya dilepaskan di hadapan Zuhaira sendiri.

“Sabar, Rayyan. Sabar...”

Rayyan menenangkan dirinya. Dia cuba membuang jauh tentang Melinda di dalam kepala otaknya itu.

Jangan kecam Helmi(^^)(^^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience