“ABANG saya nak masa hari persandingan Salwa dengan qhalif nanti besar besaran.”teruja puan jasmine.tidak sabar mahu tunggu hari itu,anak lelakinya bakal berkahwin.
semalam,Jannah bagitahu mereka.dia mahu qhalif selamat bernikah dan bersanding selepas itu baru dia dan Aiman akan bersanding.
“ikut awak la.jangan habiskan duit saya sudah.”usik tuan Azmi.dia tidak kisah duitnya habis digunakan untuk anak anak tapi harus fikir masa depan juga.
“abang.”puan Jasmine mencebik.suaminya ini suka benar membangkang apa yang dia katakan.
“dah balik?”tegur puan Jasmine melihat Jannah melangkah masuk.aneh,anaknya itu langsung naik menuju ke tingkat atas.mukanya juga masam,Aiman ditinggalkan pada daun pintu.
“makcik,pakcik.”lembut Aiman menegur.tuan Azmi didalam penuh hormat sebelum duduk bersebelahan dengan bakal bapa mertuanya itu.
“kenapa dengan kakak tu?”tanya tuan Azmi,ingin tahu apa yang sebabkan Jannah masam muka dan berlari naik ke atas.merajukkah anaknya itu?
“entah,tiba tiba je dia marah.”
Dalam kereta tadi sedang seronok berbual tiba tiba saja Jannah masam muka.bercakap juga tidak mahu,senyap aja.sampai saja di laman rumah tuan Azmi,dia langsung keluar tanpa bercakap.
“merajuk la tu.sensitif sangat anak awak tu.”
“anak kita ya.dia ikut perangai awak.”bidas puan jasmine.jannah bukan kaki merajuk tapi sekali dia merajuk.susah mahu dipujuk.
“MAMA dah lama tak ada .empat tahun,tinggal aku dengan papa.papa aku pulak,jumpa bini dia masa mama sakit.aku rasa sakit Jannah,sampai hati papa buat macam tu.”
Luahan Emy membuat hatinya pedih.sudah dia dengar cerita sahabat lamanya itu dari A sampai Z.ternyata mama Lina sudah tiada.tidak sempat dia berjumpa.wajah mama lina juga tidak dapat diingati,hanya samar samar sahaja.
“emy tu cantik kan sekarang?”
Jannah mendengus geram di balkoni.kata kata Aiman berputar di kepala.boleh pula Aiman memuji emy sedangkan dia tunang kepada aiman.lelaki itu buat dia geram,baru sahaja mahu cipta kenangan.aiman pula hancurkan kenangan tadi. geram!
“kak.”alia tertawa kecil.tanpa ketukan di pintu mahupun salam,dihampiri kakaknya bersama senyuman nakal.
“apa?”tanya Jannah lemah.dia masih marah pada Aiman sampai terlupa yang Alia ada di sini.
“marah abang Aiman ya?”alia ketawa kecil.benar dugaannya tadi melihat Jannah laju masuk ke bilik tanpa menoleh belakang sedikit pun.dia nampak semua semasa di dapur bersama cawan di tangan.
“mana ada.adik nak apa?”
“eleh,nak ubah topik.kita nampak la.apa abang Aiman buat dekat kakak?nak adik marah dia?”usik alia.tidak berani dia memarahi Aiman,Aiman terlalu baik untuk dimarahi.lagi pula tidak lama lagi dia bakal menjadi abang ipar.lagi dua hari.
“tak.adik,kakak jumpa Emy hari ni.”
Alia laju mendekati jannah.dia berdiri bersebelahan kakaknya .cerita menarik tidak mungkin dilepaskan.
“kenapa kakak jumpa dia?papa tahu?”
“tak.adik nak tahu?mama Lina dah lama tak ada.”luah Jannah sedih.
dahulu,mereka rapat walaupun mama Lina seorang yang garang dan bengis.mama Lina bagaikan mama sebenar pada dia.sungguh hati terasa kehilangan.
“yeke kak?”alia terkelu.tidak tahu bagaimana mahu bereaksi.
”tak sempat kita nak jumpa dia.”
Terkilan!rasa bersalah melilit hati,selama ini dia membenci wanita itu kerana kata katanya yang tajam dahulu.sekarang rasa bersalah pula datang menjengah.
“AIMAN mintak diri dulu.kita jumpa dekat masjid nanti.”
disalam lembut tangan tuan Azmi.mata mencari kelibat Jannah di dalam namun tiada.kasut disarung pada kaki,mereka tidak akan berjumpa dalam dua hari ini,dia pasti akan merindui gadis itu.
belum sempat masuk ke kereta,ada notifikasi mesej naik pada telefon di tangan.bibir mengukir senyum melihat nama Jannah pada skrin,dia suruh lihat atas.
“bye.hati hati.”bisik Jannah.
bibir Aiman mengukir senyum manis.jannah melambai dari balkoni dengan lembut,dia juga tersenyum.tidak seperti tadi.
Share this novel