54

Romance Completed 30602

RUMAH tuan Azmi riuh randah dengan suara perbualan.saudara mara berkumpul di situ bagi membantu pembuatan gubahan hantaran untuk majlis Salwa dan qhalif nanti.keluarga Aiman turut berada di sini,puan Nadya mahu membantu puan Jasmine agar dapat disiapkan sebelum majlis akad nikah.bukan lama lagi,hanya tinggal dua hari sebelum Salwa menjadi isteri qhalif.

”kak.”panggil puan jasmine.tak selesa buat kerja apabila anak gadisnya dipandang sebegitu rupa.
Jannah dari tadi sibuk mengubah bunga hantaran untuk abangnya sehingga mengabaikan suami yang berlari naik ke bilik atas sebentar tadi.

“kenapa ma?”tanya Jannah.tangan masih sibuk mengubah bunga.separuh sudah siap,separuh saja lagi dan semua bunga akan lengkap dengan kuntuman biru yang cantik.

“pergi tengok Aiman tu kenapa.dia naik bilik kamu tadi.”arah puan Jasmine.

Tadi sedang elok berbual dengan Nadya tiba tiba sahabat baiknya itu menjeling Aiman.anak lelakinya berlari ke atas.sempat juga Jannah dipandang,muka dia berubah serta merta apabila Jannah leka mengubah bunga.kerana itu dia tidak selesa,apa pula Nadya fikir pasal Jannah nanti.

“yeke?tak perasan pulak kakak.”

Jannah bangun dari duduk dan bergerak ke tingkat atas.segan pula mahu berdua dengan Aiman dalam bilik.mereka baru saja sah bergelar suami isteri.balik dari masjid tadi dia dan Aiman bergiliran masuk kerana segan dengan masing masing.

“tahniah sekali lagi aiman.mudah mudahan berbahagia dengan isteri.”ucap Faizil tulus.baru dia tahu tengahari tadi aiman sudah bernikah, dari laman sosial milik saudara Aiman.
dari apa yang dia lihat,Aiman nampak bahagia.isterinya juga cantik.dia kenal Jannah namun tidak pula dia tahu yang mereka bercinta malah sudah sah menjadi suami isteri.

“terima kasih Faizil.”

Panggilan ditutup Aiman setelah mereka berbalas salam.dia tersenyum manis, bagaikan mimpi dia sekarang sudah menjadi suami Jannah.

“aiman.”

Jannah masuk dengan lambat.segan mahu masuk walaupun ini bilik dia sendiri.

“hem,kenapa sayang?”

“mama bagitahu awak naik tadi,lari naik.ada apa apa masalah ke?”tanya Jannah lembut.pintu bilik ditutup sebelum duduk di atas katil bersaiz king.

“faizil telefon.dia tanya pasal pernikahan kita.abang tak bagitahu dia,risau jugak dia kecewa tapi dia okey.”cerita Aiman.bukan tak nak bagitahu cuma mahu rahsiakan dulu sampai mereka nikah nanti.

“dah tu?risau lebih kenapa?”

“abang tak sedap hati.tiba tiba berdebar bila Faizil tahu pasal kita.”

”alah tak ada apa la,perasaan je tu.em,nak tanya awak tak selesa ke duduk sini?”tanya Jannah was was.takut mahu tanya tapi kena tanya juga ini untuk kepentingan Aiman.kalau dia tidak selesa,kasihan dia.

“selesa sayang.abang okey,asalkan ada sayang di sisi.”

Siapa tidak selesa di sini?dia dilayan dengan baik oleh mama dan papa Jannah malah Alia juga baik dengan dia.apa dia nak,Alia akan lakukan sebagai tanda selamat datang ke keluarga ini.

“bagus la.kalau tak selesa bagitahu,kita duduk rumah keluarga awak.”

“tak apa.kita duduk sini sampai majlis abang qhalif selesai.abang okey,jangan risau ya sayang.”lembut Aiman.

Jannah simpan senyum.suka dia mendengar panggilan sayang dari Aiman bagaikan lagu pada telinga.mula mula Aiman panggil sayang agak kekok tapi bila Aiman sentiasa sebut sayang terasa bahagia pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience