11

Romance Completed 30602

DI sebalik kaca mata hitam,Aiman melihat Mia dalam diam.sungguh anggun Mia mengenakan baju pengantin,senyuman manis Mia buat dia cemburu.senyuman itu kini bukan untuk dia tapi untuk Faizil.dahulu senyuman itu untuk dia.mia sentiasa mengukir senyum di hadapan dia walaupun saat itu Mia sendiri ada masalah.

“aiman.”datang Jannah dari kanan.dipamerkan senyum manis walaupun Aiman tidak pedulikan dia.

“jangan intai lama lama , isteri orang tu.”perli Jannah.malu pula bila Aiman tidak mengendahkan dia,memang orang tidak pandang mereka namun rasa malu tetap hinggap di hati.

Laju aiman memandang Jannah.mata tajam menikam anak mata Jannah,dia tahu ini sia sia.jannah bukan nampak mata dia.

“kau nak apa?”tanya Aiman kasar.dia rimas,sejak duduk di khemah.jannah tidak habis habis mengikuti dia ke sana dan ke mari.

tengah makan pun jannah tetap duduk di hadapan dia sambil pura pura bermain telefon pintar.walhal anak mata Jannah menatap dia lewat ekor mata .

“aku nak.kau berhenti tengok Mia.kau tengok tepi.makcik tu bercakap pasal kau.”

Aiman dengan malas menoleh.selang dua meja terdapat dua orang makcik sedang berbisik,memandang dia dan mia bergantian.Tidak pula dia perasan mereka ada di situ.

“kau nak apa?”pelik Aiman.tidak pernah Jannah menegur dia dahulu.hari ini,dengan beraninya dia menegur tanpa ada Mia mahupun dahlia di sisi. Jannah tidak seramah ini dengan semua orang.

pengapit Faizil digantikan saat akhir.sepupu faizil dari kampung datang dan mengambil tempat aiman.dengan senang hati dia beri pada Saiful.benar kata syafiq,dia tak mampu hadapi ini sendiri.sakit melihat Mia memegang tangan Faizil,dia tahu mereka suami isteri.hanya hati tidak mahu menerima kenyataan itu.

“saja.aku bosan,kawan kawan lain sibuk.”tanpa bertanya,duduk dilabuhkan Jannah bersebelahan Aiman.

Berkerut dahi Aiman.dia lihat,kawan yang lain sedang duduk berbual sesama sendiri.iqah saja yang sibuk dengan kamera,menangkap gambar masa manis Mia.

“demam.”bisik aiman perlahan.

Selang beberapa minit masing masing mendiamkan diri.telefon bimbit Aiman berbunyi minta diangkat.dia bergerak jauh dari khemah,bising dengan suara budak budak dan suara perbualan beberapa orang.

“hello.”Takut dia mahu beri salam,mana tahu bukan islam.lagi pula,ini nombor tidak dikenali.

“aiman.aku, afieq.”ujar pemanggil.dia tersenyum melihat diri sendiri di pantulan cermin.baju melayu putih tersarung kemas pada tubuh.puas hati sungguh dengan pilihan sara.

“afieq?!”terkejut Aiman.dia bergerak jauh dari kebisingan majlis Mia.dia ingatkan berdiri dekat besi khemah tidak membingitkan telinga,rupanya tetap sama.muzik terlalu kuat.

“ya man.aku nak bagitahu kau,aku dah balik Malaysia.”ujar Afieq selang ketawa.Aiman orang pertama yang dia cari.dahulu mereka berkawan baik.dia juga paling rapat dengan Aiman berbanding kawan lelaki lain.

“baru sekarang nak call?”perli Aiman.

“sorry bro. aku nak bagitahu kau.aku dah nak nikah.”

“nikah?dengan siapa?”aiman memandang Jannah yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.tidak mungkin Jannah di sini,sedang duduk memandang sekeliling.dia tahu janji yang Afieq beri pada Jannah,dia dengar sendiri ucapan manis Afieq pada gadis itu.

“orang Malaysia bro.aku jumpa dia dekat u.”

“kau nikah hari ni?yang lain tahu?”

“yang lain tak,aku nak buat kejutan untuk diaorang.kau orang pertama tahu.bulan depan kami sanding.kau jadi pengapit aku?”tawar afieq.lama dia tidak jumpa Aiman,rasa rindu pada sahabatnya itu menebal.

“aku tak boleh janji.busy bro,doktor.”panggilan ditutup aiman setelah Afieq meminta diri mahu bergerak ke lokasi pernikahan.

dia tidak rasa Jannah tahu,kalau Jannah tahu tidak mungkin dia duduk dengan tenang dan mampu lagi tersenyum pada orang yang lalu lalang.

“dah Afieq?”tanya tan Sri ilyas.bibir lelaki itu mengukir senyum.kacak juga anaknya ini mengenakan baju nikah.bagai cepat masa berlalu,sedar saja Afieq mahu menjadi suami orang.

“dah pa.”afieq mengangguk.berdebar mahu melangkah keluar.digagahkan kaki mengikuti langkah seiring dengan Tan Sri Ilyas papanya sendiri.

majlis nikah diadakan di masjid besar.tetamu yang hadir juga vip.keluarga sara bukan calang orang,kebanyakkan mereka berpangkat.fikir saja sudah buat dia takut.apalagi sebentar lagi dia akan bergelar suami Melisa Saira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience