OMBAK lembut memukul pasir pantai.matahari perlahan lahan naik menerangi gelap.
kelihatan seorang gadis sendirian duduk menikmati pemandangan pagi pantai.terdengar sedu dari gadis itu,air mata diseka laju supaya tiada siapa tahu apa yang dialami dia sekarang.
sejak pagi dia sudah di sini sendirian.selepas solat subuh dia tidak boleh lelapkan mata walaupun badan penat berjalan semalam.tiba tiba sahaja memori silam kembali menyerang,air mata juga gugur tanpa dipinta.
"jannah."tegur aiman dari tepi belah kanan.pagi tadi,dia nampak jannah keluar menuju ke pantai saat mahu keluar ambil barang di kereta.
"aiman."jannah menghadiahkan senyum tanpa gula,dia berusaha sebaik mungkin agar aiman tidak curiga dengan dia.bersendirian di sini anpa teman.
"buat apa dekat sini?"tanya aiman seraya melabuhkan punggung bersebelahan jannah.dalam diam dia melihat pipi jannah yang sedikit berisi,dia nampak jannah menangis sendirian.teresak esak.
"saja tengok laut ni,aku tak boleh tidur.kau pulak?
buat apa dekat sini?"nafas ditarik dalam sebelum bercakap.
"ambik angin."
senyap.jannah mahu pun aiman tidak mengeluarkan suara.masing masing takut untuk bertanya dan berbual.
"kau dengan mia,okey?korang kawan lagi kan?"tanya jannah akhirnya.kalau dia diam,berkemungkinan besar dia akan menangis.
"ok.dia sibuk dengan suami dia.aku malas nak kacau dia,aku kena belajar lupakan dia dan menerima kenyataan yang dia sudah bersuami dengan kawan baik aku sendiri."tenang aiman.dia rasa jannah masih mengingati afieq,siapa saja boleh lupakan lelaki sebaik dan sekacak afieq.
jannah diam membeku,dia tidak ingat pada afieq.
kisah 16 tahun lalu masih menghantui dia,ketika itu dia masih mentah untuk terima semua sendiri.entah mengapa sejak beberapa bulan ini dia asyik teringat kesakitan itu.dia jadi takut sendiri,hatinya seolah olah memberi amaran pada dia.
"aiman!"jannah terkejut dengan renjisan air di pipi.ini kerja aiman,tanpa dia sedar aiman ke laut hanya untuk merenjiskan air.
"baru sikit."aiman tersenyum mengusik.dia tersenyum apabila jannah membuka langkah mengejar bagi membalas dendam.ini dia lakukan kerana tidak mahu jannah terus bersedih sendirian.jannah seorang yang sangat baik.agak kecewa melihat jannah bermasam muka selalunya dia akan senyum dan tertawa lembut.
Share this novel