25

Romance Completed 30602

AIMAN melihat dari belakang figura seorang gadis berselendang kelabu duduk bersendirian melihat laut.keluhan terbit,bibir mengukir senyuman sinis.tidak disangka dengan pujukan syafiq dia setuju untuk berjumpa jannah di taman tasik.

"jannah."panggil aiman lembut.dia tersenyum segaris apabila jannah menoleh ke belakang.

"aiman?"terkejut jannah.dia bangun dari duduk,
terkejut melihat aiman di sini.dia tidak ingat pula ada mesej aiman ajak berjumpa.tidak mungkin juga aiman sesat,aiman tahu jalan di sini kerana dia kerap ke mari.

"terkejut?"tanya aiman ringkas,dari wajah saja sudah tahu yang jannah terkejut dengan kehadiran dia di sini.dia tidak mahu ke mari. entah bagaimana syafiq boleh memujuk dia untuk datang ,dia pula termakan pujukan manis syafiq.

"kau buat apa dekat sini?"tanya jannah.dia sangat terkejut,tidak sangka yang aiman tahu dia di sini.

"kau mesej ajak jumpa."selamba aiman,semalam dia dapat mesej dari jannah.mahu berjumpa di tasik.dari gaya mesej dia yakin,jannah mahu luahkan isi hati pada penerima mesej.

"alamak."jannah mengutuk diri sendiri selepas memeriksa mesej semalam,ternyata ianya dihantar pada aiman dan bukannya aidil.ini kali pertama salah hantar,selalunya dia akan teliti dahulu baru hantar.

"KAU nak jumpa aku?"tanya aiman.mereka masing masing membisu melihat tasik,jannah termenung melihat tasik tiada tanda tanda dia mahu buka mulut bercakap walaupun selalunya jannah pendiam namun dia perasan bila hanya mereka berdua jannah dulu yang akan mulakan perbualan dan dia akan bercakap panjang.

"em.sebenarnya..."jannah berfikir keras.tidak mungkin dia akan cakap yang dia tersalah hantar mesej,aiman sudah ada di sini.kasihan pula kalau nanti dia malu.

"jom kita jalan jalan nak?macam janji temu."mata dipejam sekilas,dia mengata diri sendiri.mana mungkin dia mengajak aiman janji temu sedangkan mereka hanya kawan.rapat pun tidak.dia pasti sudah tidak betul.

"betul?"terkejut aiman,bagaikan tidak percaya.jannah mahu berjanji temu ,dia tahu mesej itu bukan untuk dia,jannah tidak pernah bahasakan dirinya sebagai abang.tujuan dia ke mari hanya untuk menemani jannah.

"haah.aku belanja kau."sekali lagi dia mengata diri sendiri.kenapa tidak ada sekelumit malu pun pada kau jannah?

"ok."

"ha?ok?"terkejut jannah.reaksi aiman sungguh tidak diduga,baru sekejap tadi dia fikir aiman akan tolak pelawaan dia kerana ini tidak masuk akal.

"hem.rezeki jangan ditolak."aiman tersenyum sinis.dia mahu lihat sejauh mana jannah menyimpan rahsia yang dia tersalah hantar mesej.dia juga ingin tahu kenapa jannah menangis sendiri semalam.

lama jannah menangis sendirian, sempat juga dia melepak dalam banglo dua tingkat itu. semalam adalah kali pertama dia nampak sisi berbeza jannah yang penuh kesedihan dan ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience