NAFAS ditarik dalam sebelum melangkah keluar dari kereta, dijinjing beg kertas bersama.puan jasmine tidak dapat menghantar kain majlis tunang qhalif,atas perjumpaan bersama penduduk di taman tempat mereka tinggal.kerana jalan ke pejabat dekat dengan jalan menuju ke rumah aiman,puan jasmine menyuruh dia walaupun ditolak keras dengan alasan lambat masuk kerja.
"assalamualaikum."lembut jannah memberi salam.kereta hitam milik aiman terletak kemas di halaman rumah yang luas,risau pula berjumpa dengan Aiman.malu!kerana sepupu perempuan meminta nombor Aiman semalam dia pula yang malu sedangkan mereka tidak.
"waalaikumussalam,sekejap." jawab puan nadya setelah salam ketiga.bergegas puan nadya keluar dari dapur.senyuman menghiasi bibir sebaik sahaja pintu dibuka. wajah manis jannah menyapa mata.
"MINUM jannah."pelawa puan nadya,air teh dihidangkan. masih awal pagi untuk beri air ais,nanti tidak pasal pasal anak sahabat baiknya batuk.
"terima kasih."lembut jannah.dari tadi dia cuba sebaik mungkin untuk mengawal tindak tanduk depan bakal mak mentua.dia tersenyum sendiri,suka benar berangan.air teh dihirup perlahan.
"cantik warna ni,pandai jas pilih."kagum puan nadya.kain lembut berwarna unggu diteliti, sungguh tidak disangka selera jasmine sangat baik.
"ma."panggil aiman dari atas.sedang seronok tidur boleh pula perut berbunyi minta diisi, sudah menjadi kebiasaan tidak bersarapan semasa cuti namun hari ini lapar menyerang.dengan malas dia menuruni anak tangga.
"ma lapar,dah masak ke belum?"selamba aiman dengan rambut tidak terurus duduk atas sofa berdekatan puan Nadya.
"aiman,malu sikit.kita ada tetamu." puan nadya berbisik,malu pada jannah walaupun bibirnya mengukir senyum melihat aiman tapi dia yakin,jannah pasti tergamam dengan perangai anak terunanya ini.
"tetamu?"terkejut aiman tiba tiba melihat jannah di sofa rumah milik bapanya.semasa turun tadi tidak pula dia perasan ada orang di situ.
"jannah anak kawan mama yang semalam tu.jannah makan sekali dengan kami.makcik masak pagi tadi."pelawa puan nadya.nasib jannah baik ,pagi tadi dia masak banyak ingatkan encik suami makan di rumah rupanya ada mensyuarat di luar sekali sarapan di restoran bersama client.
"maaf makcik tapi jannah kena masuk kerja sekarang, kalau tak nanti tak ada siapa nak uruskan syarikat."serba salah jannah.qhalif tidak masuk hari ini masih banyak nak diuruskan dengan keluarga salwa.
"kamu ganti abang kamu ya?lupa pulak makcik.hati hati pergi kerja,terima kasih hantar kain."
semalam jasmine bercerita yang jannah buat sementara waktu menggantikan qhalif mengurus syarikat keluarga mereka.senyuman terukir,sejuk hati apabila dengan sopan jannah mencium lembut tangannya.kereta kelabu Jannah dipandang sehingga hilang dari pandangan,puan Nadya melangkah masuk.
"ma kenapa tak kejutkan aiman tadi?"malu aiman.tidak pernah ada kawan perempuan melihat dia serabai begini,hari ini Jannah dapat tengok.malu!
"mana mama tahu dia yang datang,mama ingatkan, makcik jasmine.tu la dah banyak kali mama pesan mandi dulu baru turun,ini tidak turun dulu baru mandi."bebel puan nadya.aiman sering begini,makan dahulu baru mandi.sudah berbuih mulut beri pesan namun anak ini keras kepala,sekarang baru dia tahu malu.biarkan dia rasa,orang cakap tak nak dengar.
Share this novel