37

Romance Completed 30602

RUMAH papan berwarna merah terletak di sisi sawah padi yang menghijau.suara kanak kanak meriuhkan suasana yang tadinya tenang.cincin belah rotan kemas tersarung pada jari manis salwa, dengan malu malu salwa duduk di atas pelamin kecil yang disediakan bagi menangkap gambar.baju kurung tradisional kemas tersarung pada tubuh kurus salwa.ini permintaan salwa,senang dan cantik.dia tidak mahu berlebihan cukup ada makanan untuk tetamu yang hadir.

"abang nak apa jumpa jannah?"tanya jannah pada aidil.sedang seronok dia menangkap gambar salwa,aidil memanggil untuk berjumpa di luar berdua.ada hal penting mahu dibincangkan katanya.

"abang nak tanya pasal dahlia."lemah suara aidil.pemandangan sawah padi hijau mmenarik perhatian,suasana hati tidak baik untuk rasa kagum.di dalam dia gembira apabila saudaranya bertunang dengan wanita pilihan hati sedangkan wanita pilihan hatinya mengelak dari berjumpa dan bercinta kembali.

"kenapa dengan dahlia?"tanya jannah kembali.dia tahu apa yang aidil mahu cuma dia tak mahu bercerita masalah orang lain tanpa izin dari empunya nama.

"abang tahu,jannah tahu kenapa dahlia tinggalkan abang secara tiba tiba dulu."dingin aidil.mereka berkawan baik,jannah pasti tahu sebab, antara mereka tidak ada rahsia walaupun kecil,dahlia sempat cerita yang Jannah rapat dengan dia.

"maksud abang?"

"abang tahu,jannah tahu sesuatu pasal dahlia yang kami semua tak tahu."
jannah diam membisu.matanya leka memandang betapa indah pemandangan sawah padi.entah apa dia mahu jawab,aidil pandai menjebak andai kata terjebak dia pasti akan tahu sebab sebenar mereka berpisah.

"abang,jannah bukan tak nak jawab tapi bukan ke seeloknya biar dahlia sendiri yang bagitahu abang.jannah tak nak sebab bendani dahli bergaduh dengan jannah."lembut jannah.aib orang dia akan simpan selama mampu lagi pula ini berkaitan dengan dia kalau mereka tahu pasti dahlia akan dicari qhalif.

"dahlia?jannah ingat dia nak bagitahu?puas abang pujuk dan ugut,dia tetap berdiam diri."
aidil menoleh,jannah tetap tenang memandang padi yang menghijau.

"jannah je harapan abang,bagitahu abang sebab sebenar.abang tak nak tertanya tanya macam ni."sambung aidil.jika perlu,dia akan merayu pada jannah sekiranya perlu,cukup dia tahu sebabnya,dia cuma mahu tahu itu.

"abang maaf jannah tak boleh,biar dahlia yang cerita sendiri."

"jannah,abang ni abang saudara jannah tau,tak akan itu pun tak boleh?"desak aidil lagi.amarah ditahan apabila jannah menggelengkan kepala.
terpinga pinga aiman,Aidil abaikan dia yang sedang berdiri di anak tangga.aidil pasti sedang marah,dia yakin kerana Aidil jalan sambil menghentak kaki kuat.

"kenapa dengan aidil?"tanya aiman pada jannah.dari atas kelihatan jannah berbual dengan aidil namun mereka nampak tegang.

"dahlia."

sepatah kata namun difahami aiman,siapa tidak tahu kisah antara dahlia dan aidil,mereka pasangan yang dikatakan sesuai malah dicemburui ramai tapi sayang hubungan mereka putus di tengah jalan tanpa diketahui sebabnya,ada yang kata dahlia curang.lega bila tahu itu khabar angin palsu,dahlia putus dengan aidil atas sebab peribadi.

"dahlia ada bagitahu kau sebab dia putus dengan aidil?"tanya aiman.sudah lama mereka diam memandang sawah padi,jannah termenung.mukanya juga monyok.

"ada.ini rahsia.aku tak akan bagitahu sesiapa sebab ini masalah peribadi."terang jannah.aidil marah pada dia kerana rahsia.ini cuma tekaaan aidil saja,belum tahu perkara sebenar pasti Aidil marah besar.keluarga dia nanti?takut hendak bayangkan perkara itu.

"rahsia apa?"

"adalah.kau dah makan?"baru dia ingat di dalam,aiman tidak menyentuh makanan hanya minum air itu pun kerana dipelawa salwa.

"dah dengan mama."aiman menyimpan senyum sinis,ada rahsia besar yang disimpan jannah dan dahlia,mimik muka jannah menjelaskan yang dia takut rahsia mereka terbongkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience