61

Romance Completed 30602

KATA kata Jannah bermain di dalam fikiran,Mia cuba lupakan dengan mengalih perhatian pada kerja rumah namun kata kata Jannah sangat menusuk.air mata juga tidak henti mengalir melihat diri sendiri pada pantulan cermin meja solek.nafas ditarik dalam apabila kedengaran bunyi pintu terbuka segera diseka air mata sebelum Faizil masuk bilik mereka.

“sayang.buat apa sorang sorang?”tanya faizil.bahu Mia dipeluk erat sebelum ikut memandang pantulan wajah isteri tercinta.

“tengok bedak ni.dah nak habis dah.”bohong Mia hari telunjuk mengarah pada bedak kosmetik yang hampir kosong isinya kerana terlalu kerap dipakai.sedaya upaya diberi senyuman manis pada Faizil.

“tak apa sayang,biar bedak yang habis janji kasih sayang kita masih kekal.bedak ni abang akan beli sepuluh untuk sayang.”

Seperti biasa Faizil menabur kata manis untuk Mia.dia tidak romantik namun pandai mengguna kata.mia tersenyum pahit,hati mula terbuka melihat faizil.sebelum ini,dia cuma anggap Faizil suami bukan sebagai lelaki yang dia cintai.

“ni untuk sayang.abang mandi dulu,nanti kita berbual lagi.”

sebelum berlalu ke bilik air,Faizil meletakkan kotak baldu merah atas meja solek.mia memerhati suaminya sehingga hilang di sebalik pintu bilik air.kotak baldu dibuka, isinya membuat air mata Mia kembali mengalir.faizil hadiahkan gelang emas.untuk sayang,saya cintakan awak.terdapat Nita yang diletakkan atas gelang.

“SAYANG.tak nak tidur?esok kerja kan?”tanya Faizil.mia dengan selesa duduk atas sofa sambil melihat tayangan drama melayu.tidak pula Mia mengadu mengantuk,mahu tidur awal macam selalu.

“nak tengok drama.abang tidur dulu,esok kerja pagi kan?”tanya Mia pula.mia tahu jadual kerja suaminya cuma dia sengaja tidak mahu ambil peduli.

“jangan lama sangat.”
Faizil berlalu naik apabila Mia menganggukkan kepala bersama senyuman.diabaikan drama tv sebaik Faizil hilang dari pandangan.mia kembali mengalirkan air mata dengan apa yang dia lakukan selama ini terhadap Faizil.

“CANTIK kan?”tanya Mia 17 tahun pada jannah 17 tahun.mereka berteduh di bawah sebuah pokok berdekatan tasik.majalah mia bertukar tangan,Jannah mencari di mana cantiknya baju keluaran terbaru majalah fesyen ini.

“biasa je.”balas jannah.dia tidak berminat dengan fesyen malah tidak tahu bagaimana hendak berfesyen ikut peredaran zaman sekarang.

“kau ni!cantik la, tak tahu menghargai langsung.”cemberut Mia.

Mia menunjukkan gambar seorang model mengenakan gaun hijau pada jannah.dia mahu beli dan pakai semasa bertemu janji di restoran kegemaran Aiman.

“dari kau tengok majalah tu,baik kau tengok tasik depan kita ni.lagi cantik.kau tak suka warna hijau ni kenapa tiba tiba suka pulak?”

“ni warna kegemaran aiman.aku nak sambut ulang tahun hubungan kami.”terang Mia.

“buat apa kau suka apa yang kau tak suka?memang tak salah cuba suka tapi kalau kau paksa diri kau,malam tu nanti kau mesti rasa tak seronok.kalau kau macam tu,Aiman pun akan rasa benda yang sama.pakai je apa yang ada,dia suka kau bukan warna baju.”bidas Jannah.

Tidak berapa digemari dengan pemikiran mia.kenapa harus utamakan apa yang disukai Aiman?kenapa selalu Mia saja fikir soal aiman.aiman,tidak pernah pula dia nampak lelaki itu dahulukan Mia.

“Ya la.aku akan pakai apa yang ada.terima kasih faham aku.”ikhlas mia,jannah dipeluk erat.

Tiada siapa yang pernah faham dia seperti mana Jannah memahaminya.mia sedar,kesilapan yang dia lakukan sekarang sangat besar.air mata mengalir lagi.dia takut andai Jannah tak mampu memaafkan kesilapannya.baru sekarang Mia sedar,betapa Jannah sayang pada hubungan mereka kalau dia terlambat sedar mungkin dia akan hilang Faizil dan Jannah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience