HARI persandingan Mia akhirnya tiba.pelamin luar rumah yang tersergam indah dengan tema garden unggu.awal perancangan mereka mahu buat di dewan tetapi Mia tidak mahu,banyak kerja nanti. suami dia busy.ada on call.cukup semalam,selepas bernikah tak sampai dua jam Faizil dipanggil.ada tugas menanti dia di hospital.
“cantik!”teruja iqah.dia dan kawan yang lain membantu Mia bersiap.
awalnya dia seorang,selepas mereka datang.baru bilik pengantin ini kecoh dengan suara mereka .
“kan,tahniah!”ujar dahlia.dipeluk Mia yang anggun mengenakan baju batik biru ungu.seri pengantin terserlah pada wajah mia.mia memang putih,jadi tidak perlu makeup tebal.
“takut pulak aku.”ini kali pertama dia berdebar begini.tambahan pula,perlu berhadapan dengan ramai orang.bersanding di atas pelamin bersama Faizil.lelaki yang dia cintai.sejuk tangan mahu bangun dari duduk.
“takut apa?”tanya jannah.kawannya ini cantik,pasti tiada siapa akan mengata mia.
mia hanya senyum manis.dari mata,dia meminta bantuan Jannah.dia mahu bercakap dengan Jannah.berdua .
“KAU kenapa?”tanya Jannah. tinggal mereka berdua dalam bilik raja sehari,bilik ini penuh dengan hiasan.kawan yang lain sudah keluar mahu makan dahulu.Jannah menipu,mahu diet badan sudah baik.walhal berat tetap di angka yang sama. dia mahu cakap berdua dengan Mia.mahu tahu apa masalah pengantin ini.
“kau tolong aku?jaga Aiman.aku risau.”ujar Mia.dia masih rasa bersalah terhadap Aiman.
“kenapa?dia okey je.siap jadi pengapit Faizil lagi.”
mia tidak pernah begini.hatinya mula curiga.
“aku tahu.tapi,aku rasa bersalah.kami dah lama bercinta,aku tinggalkan dia macam tu je.aku kesian kan dia.”suara Mia serak.dia benar benar rasa bersalah,tidak tahu mahu buat apa dengan perasaan ini.mereka sudah kenal lama,malah bercinta juga lama.dia terlalu kasihankan Aiman.
“dah Mia.kau jangan macam ni.kalau suami kau tahu?kau jangan fikir nak jaga perasaan orang je.berdosa tau ingat lelaki lain.kalau Aiman rasa kau bersalah,dia tak akan baik dengan kau.”nasihat Jannah setelah Lama diam.dia memang tak ada di tempat Mia,tapi Mia harus beringat.dia ada suami,bukan Single lagi.
“tapi,aku dah lama kawan dengan dia.bercinta pun lama.”mia mahu menangis di sini.namun melihatkan Jannah tenang dia ikut tenang.
“walau lama sekali pun,dah tak ada jodoh.nak salahkan siapa?hati kau sebab berubah?setiap pertemuan ada sebab tersendiri.kau bercinta dengan Aiman,korang tak pernah putus walau sekali.aku tahu Aiman tu sayangkan kau.walau kau tak berjodoh dengan dia. kau nak hukum diri sendiri?jangan sebab dia,kau abaikan suami kau.kau salahkan diri kau.nanti, insyaallah dia akan jumpa orang yang boleh ubat hati dia.jadikan dia kuat dari sekarang.relakan apa yang jadi sekarang.kau ada suami.kau sayangkan Faizil?”
“sayang.aku betul betul takut kehilangan dia.”
“kalau kau takut kehilangan Faizil,kau gunakan ketakutan kau tu untuk beringat.jangan sampai,rasa bersalah kau memakan diri .kuat kan diri Mia,Faizil jodoh kau.aku nak kau bahagia tanpa rasa bersalah.aku yakin.aiman faham.jaga hati suami,mia.”nasihat Jannah.
“aku takut,nak sanding.”mia terharu.jannah seorang yang bagus dibuat kawan,suka berfikir jauh dari dia.sebab itu dia suka bercakap dengan Jannah,Jannah agak matang dari mereka berlima.
Jannah tertawa kecil.sahabatnya sudah kahwin.dia?masih berharap pada afieq.pada janji yang dituturkan Afieq.hatinya rasa tidak tenteram berfikir soal Afieq.
Share this novel