29

Romance Completed 30602

SENYUM disimpan jannah.dia tidak boleh fokus memotong sayur kerana aiman,semalaman dia memikirkan jejaka itu.entah apa aiman beri pada dia sehingga rasa gembira ini menjadi rindu.

"potong sayur baik baik,setahu mama sayur tu tak buat lawak.senyum sampai ke telinga."perli puan jasmine.dia menjeling kerja anak dara yang seorang ini,dari tadi sibuk senyum sendiri dan mengetap bibir.

"anak mama ni,tengah bahagia ya?siapa yang boleh buat anak mama jadi macam ni?cuba cerita sikit."sambung puan jasmine lagi.

"mana ada la ma.kakak saja je."malu jannah.dia menunduk kononnya memandang sayur walhal menutup senyuman yang mekar sekarang.

"tak payah menipu mama.mama pernah muda,masa mama jatuh hati dengan papa kamu dulu.macam ni la.senyum sorang sorang macam orang tak betul.siapa dia kak?"tanya puan jasmine.anak gadisnya ini dipandang.jannah tidak pandai menipu kalau menipu pun dia tahu .bukanya dia tidak pernah muda.

"mana ada ma."jannah cuba kekalkan muka biasa,dia tidak mahu beritahu benda yang tidak pasti.nanti jadi macam hubungan dia dan afieq,dia tak nak berharap lebih dan dia tak nak keluarga dia mengharap perkara yang sama.ianya menyakitkan kalau terjadi untuk kedua kalinya.

"MA,pa."panggil qhalif.dari tadi gelisah mahu katakan ini pada keluarga,entah mereka setuju entah tidak.

"ya qhalif."jawab tuan azmi lembut.dari melihat televisyen kini fokusnya teralih pada anak terunanya ini.

"abang nak bertunang."ucap qhalif yakin.sudah lama dia simpan hasrat ini, setiap kali juga tertangguh.ada sahaja halangan yang tidak diduga datang.hubungan mereka hampir saja berakhir apabila wujudnya orang ketiga, orang ketiga sudah mengalah. kini masanya dia mengorak langkah.

"tunang?dengan siapa?"sampuk puan jasmine.qhalif tidak pernah kenalkan mana mana perempuan pada mereka dan tidak pernah sebut yang dia sedang bercinta.

"salwa,perkerja kakak. kami dah lama bercinta,dia rahsiakan sebab bagi dia kami tak setaraf.dia takut kalau mama dan papa tak suka dia."terang qhalif.itu sebab mengapa dia rahsiakan perkara ini,salwa menegah dia memberitahu keluarga tentang ini kerana dia takut tidak diterima.salwa hidup dengan kesusahan ,dia pernah dihina orang kaya. kerana itu dia takut andai keluarga ini seperti itu.

"mama tak kisah abang,asalkan dia baik dan boleh bahagiakan anak mama ni.nanti bawak dia jumpa kami,mama nak kenal dengan salwa."lembut puan jasmine.dia tidak kisah siapa menantunya nanti asalkan mempunyai adap dan baik.siapa tidak kenal salwa,baik dan cantik.pernah berjumpa sekali di majlis rasmi.itu pun sudah terlalu lama.beberapa tahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience