3

Romance Completed 30602

JANNAH memandang wajah tuan Azmi lama.bibirnya tak mampu dibuka untuk bertanya keberadaan keluarga afieq.entah di mana mereka sekarang.sihat kah?bahagia kah?khabar Dania juga lama dia tidak dengar.

“kakak nak apa?”tanya tuan azmi.bukan tidak perasan Jannah memandang,mulutnya juga terkumat kamit Mahu cakap sesuatu.

“papa.apa.khabar keluarga Afieq?”dia bertanya akhirnya.entah dari mana keberanian datang.

“entah papa tak tahu.lama dah diaorang tak berhubung dengan kita.”ujar tuan Azmi.dia kenal akan keluarga afieq.papa Afieq,tuan Ilyas sahabat baik dia.entah apa khabar mereka sekarang.dah tujuh tahun berlalu,langsung tiada berita dari mereka.syarikat mereka pasti sudah stabil sekarang.

“memang diaorang tak ada call?”dia bertanya lagi.adakah afieq dah balik Malaysia?

“tak ada.kakak rindu Afieq?”senyuman menghiasi wajah tua tuan azmi.dia tahu isi hati anaknya itu.mulut berkunci dari cakap apa apa,kerana tidak mahu Jannah malu.anaknya mudah benar malu.

“tak pa.lama tak dengar khabar.dania pun dah lama tak jumpa,rindu.”diberi senyuman tak bergula.dalam hati ,dimarahi diri sendiri.berharap pada yang tak pasti.

“ai,rindu Dania je?adik?”alia turun ke bawah bersama wajah cemberut.dia dengar semua dari atas.kalau mencelah,kasihan kakaknya tak ada kesempatan bertanya.

“mesti rindu.adik kakak.”jannah memeluk bahu Alia.dia tarik muka sejak duduk di sofa.alia sejak meningkat dewasa makin cemburu.dia mahu bermanja dengan semua orang.salah sikit merajuk.

“ye la tu,tadi rindukan Dania. ke kakak rindukan abang Dania?”usik Alia, bibir mengukir senyuman penuh makna.dia tahu,kakaknya ini tangkap cinta dengan Afieq.

“mengarut la kau.”dipukul lembut pipi alia.kalau ikutkan hati mahu dia pukul lagi keras.nasib baik adik,kalau tidak lama dah dia belasah.

“kakak,jangan tipu adik.”alia ketawa melihat reaksi Jannah.tuan Azmi hanya mampu geleng kepala dengan perangai kedua anaknya.yang Kakak tak mahu mengalah,adik pula nak menang saja.

DITATAP lama album gambar sepuluh sahabat.senyuman manis terukir melihat pose mereka beramai ramai .ini pengubat rindu dia pada Afieq setelah sekian lama.sejak lelaki itu ke luar, negara langsung tiada khabar berita.telefon pintar diambil dari atas katil, dicari Instagram afieq.masih tiada apa apa.post terakhir Afieq, pada hari mereka ambil keputusan SPM.

“jannah.”panggil Afieq dari jauh.jenuh dia mengejar langkah gadis ini dari hujung kelas lagi.

“kenapa?”tanya Jannah lembut seperti biasa.mata mencari kelibat seseorang.dia risau andai ada pengetua pengawas nampak mereka.naya saja kalau didenda.

“untuk kau.”dihulurkan coklat bar vanila dan coklat pada jannah.jannah ketawa kecil,lelaki ini suka benar pikat hati dia.boleh cair nanti.

“thanks.kau ingat lagi.”afieq mengosok tengkuk lembut.dia pasti ingat kesukaan jannah.mana boleh dia lupa.

“em,aku bertugas dulu.”laju Afieq melangkah ke belakang.sepantas kilat dia sudah berada di blok atas.jannah tersenyum senang.bar coklat dipeluk erat.tugasan kali ini terasa cepat pula.selalunya lambat.

Gambar dia dan Afieq berbaju pengawas lengkap dipandang,bibir mengukir senyum manis. senyum manis.andai saja dia dapat undurkan masa.dia akan terima lelaki itu.keluhan terbit di bibir,dia tidak boleh menyesal.semua sudah jadi,dia harus terima walau apa pun.nafas ditarik dalam,kalau dia berjodoh dengan Afieq.mereka pasti akan bersatu kembali

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience