56

Romance Completed 30602

“TAHNIAH qhalif.kacak kau hari ni.”puji ahmad kawan qhalif semasa sekolah menengah berjumpa semula semasa dia memohon kerja di pejabat tuan azmi.sejak dari itu,mereka rapat.
Qhalif mengenakan busana baju Melayu baby blue semuanya pilihan Salwa sendiri.qhalif hanya libatkan diri dalam pilihan menu makanan.di kuala lumpur nanti akan ada satu lagi majlis persandingan bagi pihak lelaki pula.

“terima kasih bro.”ucap qhalif malu.berdebar hati duduk bersebelahan salwa lagi malu apabila menjadi pusat perhatian orang ramai.kawan kawan dari tadi sibuk mengambil gambar mereka ,ada yang menggunakan kamera profesional dan ada yang gunakan telefon pintar untuk mengabdikan memori saat ini.

“kak,teman adik ambik nasi.”ajak alia.dia lapar sebaik saja sampai.segan pula mahu ambil makanan bawah khemah kerana mereka akan makan di meja santapan nanti kalau dia ambil sekarang pasti akan ada orang yang mengata tentang dia.

“okey.”jawab Jannah,matanya memandang Aiman yang duduk berbual dengan qayum.

dia dan Aiman dingin hari ini,Aiman tidak mahu bercakap.puas ditegur,Aiman buat tidak tahu malah menjarakkan diri.entah kenapa lelaki itu angin sahaja.duduk berdua juga tidak mahu,terpaksa dia duduk bersama Alia berdua di bawah khemah sementara menunggu masa makan bersama pengantin.

Sedang membantu alia mengambil lauk ada satu tangan merampas senduk dari tangan, ayam yang diambil tadi jatuh ke atas lapik unggu yang kemas menutupi meja.

“siapa yang kurang ajar sangat ni?”geram alia.kepala ditoleh ke kanan terdapat dua orang lelaki berbaju melayu hijau dan kelabu berdiri sambil tersengih sengih,senduk berada di tangan kanan lelaki berbaju kelabu.

“nak abang ambilkan lauk untuk cik adik berdua?”tanya lelaki berbaju melayu hijau,senyuman penuh makna terukir di bibir lelaki itu.

“tak apa,terima kasih.”jawab Alia sinis.dia sedang lapar,boleh pula mereka menganggu masa mencedok lauk.ada yang dimakan sebentar lagi.jannah memang senyap namun dia bukan seperti kakaknya yang hanya senyap tidak bertindak.dia sangat berbeza dengan sifat Jannah yang pendiam.kalau boleh dimaki,dia akan maki depan depan.

“kami bukan tanya awak,kami tanya yang pakai shawl hitam.” mereka ketawa.gadis bertudung bawal hitam perasan mereka bertanya pada dia sedangkan gadis shawl hitam yang menambat hati mereka.

“hello,kakak saya dah berkahwin.dia pun tak nak awak berdua.”balas alia.dia tahu apa makna dari kata lelaki ini.dia juga tidak hingin mereka,mahu mengata pasal mereka nanti berdosa walaupun dia begini dia Tahu apa salah dan betul.

“mana suami dia?tak nampak pun,dari tadi kami tengok.dia dengan awak tadi.”

Masuk saja gadis ini ke dalam khemah.mata mereka tidak lepas dari memandang Jannah.lemah lembut saja cara dia duduk dan berdiri serta berbual dengan seorang makcik.mereka yakin itu ibu gadis shawl hitam dari cara mereka lebih kurang saja.apabila gadis itu bergerak jauh dari keluarga,peluang mereka memikat Datang.

“sayang.”aiman mengengam jemari Jannah erat.dia tersenyum pada kedua lelaki itu.

“mesti abang dia kan?”tanya lelaki baju kelabu.dari cara Aiman memegang Jannah,dia dapat rasa lelaki ini abang gadis ini.tidak mungkin perempuan bertutup begini biarkan orang lain menyentuh dirinya.

“suami!”tekan aiman.dia tersenyum sinis.tadi dari jauh dia memandang isterinya tanpa mengubah pandangan sedikit pun.tiba tiba sahaja ada dua orang lelaki menganggu Jannah.marah!Jannah juga diam membisu diganggu mereka.

“abang.alia tak macam kakak tau,Kakak ni orang buat apa je diam.alia sorry,mengatal je tau.perasan orang nakkan dia.”rungut Alia sebelum mengambil lauk lain setelah lelaki tadi meninggalkan mereka seperti kilat.langsung hilang.

“maaf.”ujar Jannah tiba tiba.dia rindu mahu mendengar suara Aiman,baru sekarang Aiman bercakap.tadi dia menanti juga suaminya ini bercakap namun Aiman diamkan diri.ternyata rindu sangat menyeksakan.

“tak apa sayang,abang yang salah.nak makan?”

“tak,Alia lapar.sayang temankan je.”jawab Jannah malu malu.senyum disimpan,Aiman terkejut memandang dia.tidak pernah dibahasakan diri sendiri sayang pada Aiman.

“dah la tu.tak payah sweet sangat.”perli Alia sebelum duduk di kerusi merah bawah khemah.panas ditambah lapar.angin betul,rugi seketul ayam jatuh tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience