39

Romance Completed 30602

MAKANAN kampung terhidang atas meja.syafiq menyantap makanan dengan penuh selera,sudah lama diidamkan makanan seperti ini.terlalu sibuk menjadi peguam,tidak dapat cari masa yang sesuai pulang ke kampung. hanya mampu makan di kedai sahaja.

"kau ni kenapa?termenung panjang."perli syafiq selepas menyedut minuman.baru perasaan ada orang lain di sini selain dia,orang itu sibuk termenung dari menikmati makanan sedangkan dia ada kerja malam hari.

"aku terfikir pasal dahlia dengan aidil."jawab aiman.bukan tergila gilakan dahlia namun dapat dirasakan jannah terlibat dalam hubungan mereka.tidak pasti apakah itu tapi dia yakin jannah tahu sesuatu.

"kenapa dengan diaorang?"

"kau tahu kenapa diaorang putus?"sudu diletak dalam pinggan nasi.

"aku ada dengar khabar angin yang keluarga dahlia berhutang,aku tak pasti dengan siapa tapi ada budak tingkatan dua bagitahu,rumah dahlia ada orang datang,dua orang mintak duit.lepas seminggu dua orang lelaki tu tak datang dah."cerita syafiq.dari apa yang dia ingat begitu ceritanya. masa itu masih remaja dan dia tidak mudah mempercayai perkara itu.dibiarkan semuanya pergi seperti angin.

"aku tak pernah dengar khabar angin tu, "

"memang tak pernah,aku tanpa sengaja dengar budak budak bercakap,aku ingatkan heboh satu sekolah.esoknya sekolah aman tanpa gosip."terang syafiq.hairan juga bagaimana gosip liar itu tidak dihebohkan padahal dahlia dahulu sangat popular di sekolah kerana kecantikan yang dimiliki,bukan dia mahu kawannya itu difitnah cuma terlalu pelik bagaimana berita itu hilang.

"kau rasa belum terlambat aku siasat benda ni?"tanya aiman setelah lama berdiam diri tanpa bergerak,terfikir juga mahu mengali lebih tentang perkara ini namun rasa tidak wajar menyelinap di hati,ini perkara yang mungkin mengaibkan dahiia.

"kau kenapa nak tahu pasal dahlia?kau suka dia?"tuduh syafiq melulu,tiba tiba sahaja sahabatnya ini mahu tahu tentang ahlia.

"aku rasa jannah ada sorok sesuatu pasal dahlia,dia berkeras rahsiakan dari aidil.aku tahu ada rahsia besar yang Jannah sembunyikan sebab wajah jannah tunjukkan yang dia takut kalau rahsia dia dan dahlia terbongkar."jelas aiman.seharian dia berfikir,entah apa rahsia besar itu sampai jannah takut untuk beritahu hal sebenar.

"aku rasa biar jannah sendiri cerita,lebih baik jangan cari tahu.ini rahsia antara jannah dan dahlia,bila diaorang dah sedia,diaorang akan cerita semua."nasihat syafiq.rahsia kekal menjadi rahsia,bila terbongkar,tiada siapa tahu hanya menunggu masa sahaja untuk terbongkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience