RESTORAN barat.mereka berkumpul di sini atas ajakan Afieq,tiada angin tiada ribut tiba tiba sahaja Afieq ajak berjumpa di sini.berkumpul beramai ramai pula tu.entah apa yang Afieq mahukan sekarang,lepas berkahwin dahulu tidak pernah ajak keluar makan beramai ramai.
“kau nak apa ajak kami Datang sini?tiba tiba je.”perli Syafiq.selepas berkahwin dengan sara,Afieq jarang berjumpa mereka.ajak lepak juga tak mahu.
Memang Afieq sudah beristeri tapi ada masa rindu masa mereka melepak zaman sekolah menengah dahulu bermain di minda.setiap kali diajak,ada saja alasan Afieq untuk menolak.puas dipujuk tapi dia tetap dengan keputusan yang sama.sekarang tiba tiba sahaja ajak berjumpa.kawan perempuan juga diajak bersama.aneh!
“aku ada berita gembira nak sampaikan.sara,mengandung dah dua bulan.”umum Afieq dengan gembira.dia tidak sabar mahu menimang anak,terasa lambat pula masa berjalan sekarang.mendebarkan sungguh,tidak lama lagi dia bakal menjadi bapa pada seorang anak kecil.
“tahniah!tak sangka betul,dah nak jadi bapak.kami belum kahwin lagi pun.”ujar Firdaus.ada juga rasa cemburu,kawan sudah bahagia dia bila lagi?macam macam perempuan sudah dia jumpa tapi tidak satu pun melekat pada dia.semua cuma mahukan duit dia saja,seorang pun tidak mahu hatinya.
“kau tu memilih sangat.ramai je perempuan nakkan kau dekat luar sana.”ujar afieq.macam dia tidak tahu perangai Firdaus,asyik bertukar tukar kekasih.kadang kadang tak sampai sebulan dah putus tahu tahu sahaja bercinta dengan orang lain.
“diaorang nakkan duit aku je,diaorang tak akan pandang aku walaupun muka aku kacak.tak akan adanya yang nak.”keluh Firdaus.
“eleh kau,kacak apanya?perasan je.”bidas iqah sedari memerhati bersama kawan perempuan yang lain.diperhati saja mereka berbual mahu menyampuk apa pula kata mereka nanti.sahabat bersembang kot.
“kau cemburu?”balas Firdaus kembali.tidak suka sungguh dia dengan perangai iqah,mulut dia main cakap lepas saja.ada saja yang mahu dibalasnya.kadang kadang mahu saja ditampar mulut iqah yang celupar itu.
PANTULAN cermin dipandang.shawl dibetulkan perlahan agar tidak berubah bentuknya kalau berubah bentuknya sudah susah,jarum harus dibuka satu persatu walaupun dia cuma pakai gaya biasa namun dia suka gaya seperti ini.menutup dada.
“dah ke tu?”tanya Jannah pada dahlia yang sedang membetulkan bedak pada wajah.
Dahlia ajak Jannah teman dia ke tandas,ada benda mahu bincang katanya.dia tunggu juga dahlia cakap sanggup tunggu dahlia betulkan solekan tapi senyap saja.
“dah.aku sebenarnya kan,tak ada apa pun.saja nak suruh kau teman.kalau aku tak cakap macam tu kau tak akan teman.”Dahlia ketawa kecil.suka dia lihat wajah Jannah yang terpinga pinga dengan usikan dia.
“kau ni!aku tertipu la ni?”
“tak la.aku nak bagi ni dekat kau,tak nak la aku bagi depan diaorang.segan aku.”
Huluran sampul surat putih dipandang lama Jannah.nampak tebal,dia tahu apa isi sampul surat itu.pasti duit yang dia gunakan untuk membantu dahlia dahulu.
“kau boleh bagi nanti.kau ada ke duit lagi?”
“ada je.kau ambik,ni hutang aku selesai.sekarang aku boleh nyoping!”teruja dahlia,tidak sabar mahu membeli belah bersama sahabat.hutang dia sudah selesai,ibu sudah ada suami sekarang masa dia untuk bersenang lenang.
“pakcik?”berkerut dahi melihat seorang lelaki berusia sedang duduk makan bersama seorang wanita hampir sebaya dengan mama aiman tapi mungkin lagi muda.
“qaisyara?datang dengan siapa?dah cantik kamu sekarang.”
kelu dengan sambutan hangat tan sri amir bagaikan mimpi lelaki sinis seperti Tan Sri amir menyambut dia dengan sangat ramah dan teruja.
“qaisyara?owh,ini la kawan baik Emy tu ya bang?panggil makcik,mama Balqis.”wanita itu kenalkan diri sendiri.dia berdiri mengikuti tan sri balqis menyambut kedatangan jannah.
Dahlia dan Jannah masing masing terkaku dengan apa yang baru didengari.bagaimana boleh dia jadi mama Balqis?mama Emy dahulu mana?pelbagai soalan bermain di minda,apa yang berlaku pada mereka sebenarnya?
Share this novel