PAGI hari yang agak kelam kabut.alia bangun lewat dan lupa yang hari ini hari nikah kakak dan bakal abang iparnya.bangun dari tidur dia kalut mahu menggosok baju kurung berwarna hijau lumut pilihan puan Nadya dan puan Jasmine.
untung sahaja semuanya lancar dengan bantuan kakak ipar mereka isteri kepada qayum.
masjid besar menjadi pilihan mereka untuk dinikahkan,penduduk taman dan saudara mara sudah ada untuk menyaksikan pernikahan. akad nikah berjalan lancar,perlahan Aiman mendekati Jannah.berdebar mahu sarungkan cincin pada jari manis Jannah.
Dengan malu Jannah membiarkan Aiman mencium dahinya.kacak.itu mampu dia katakan, Aiman sangat kacak mengenakan baju Melayu putih.jemari mengengam sesama sendiri apabila mata bertentang mata,Jannah tiba tiba cemas.tidak tahu mahu bagi reaksi apa.malu!
“jannah,aiman.mama dah siapkan jurugambar untuk ambik gambar kamu berdua.”teruja puan Nadya lebih dari pengantin.
Seorang lelaki bersama kamera di tangan menunggu mereka di luar masjid.butang kecil hitam ditekan berulang kali,menangkap setiap gambar tetamu yang ada.
“ma.segan la.”bisik Aiman.tidak mungkin dia mahu berpose romantik depan orang ramai.kalau berdua tidak mengapa,ini ramai orang di sekitar.
“segan apanya? cepat!ini untuk memori kamu.jannah,cepat.”
Ditarik Jannah agar berdiri tepat di sebelah Aiman.mahu atau tidak mereka berjalan mendekati jurugambar.jannah menyatukan tangan seolah olah sejuk di bawah terik mentari.
“boleh kita?”tanya Aiman lembut.dia takut mahu memegang jannah.sepanjang perkenalan Jannah tidak pernah melebihi batas memegang lelaki.kalau ada pun,tanpa sengaja.
“boleh,awak kan suami saya.”jawab Jannah perlahan.di dalam,dia ditegur Qayum agar menghormati aiman sebagai suami.
malu mahu memanggil Aiman abang,tidak biasa.selalunya kau dan aku sekarang dah jadi isteri tidak mungkin dia akan gunakan kata ganti nama itu.
“awak?kenapa tak abang?”
Mata mereka bertentang seketika,tidak lama kemudian Jannah alihkan pandangan.dalam diam dia tersenyum manis.
“cantik.”
Tergamam mereka dengan suara dari jurugambar.tiba tiba sahaja dia bersuara.
“apa yang cantik?”
“gambar awak berdua.manis sangat.”puji jurukamera.tempat mereka berdiri sekarang sesuai dengan cahaya malah cara mereka memandang sesama sendiri penuh dengan rasa sayang.
“boleh rapat sikit?tak akan malu ,kan dah sah.”ramah jurugambar.bibir mengukir senyum,pasangan ini nampak kekok namun manis.
“boleh abang dekat sikit?”pinta Aiman.gemuruh mahu mendekati Jannah depan keluarga mereka.qhalif juga di sini,melihat mereka berdua.
“boleh.”jawab Jannah malu.lengan Aiman menyentuh lengannya membuat dia kaku di tempat.
“kak,senyum.”usik qhalif.ketawa ditahan melihat betapa kekoknya Jannah dan Aiman bergambar.sudah bergelar suami isteri tetap saja malu malu.ini Jannah belum masa dia dan Salwa lagi,entah bagaimana nanti.
“TAHNIAH adik.”ujar qayum.tadi Jannah sibuk bergambar dengan Aiman baru sekarang ada kesempatan bercakap .
“terima kasih abang.”ikhlas Jannah.mahu dipeluk Qayum erat namun segan dengan orang di sekeliling mereka.
“jadi isteri yang baik,jangan sakitkan hati suami.ingat.lepas ni jangan manja dengan abang qhalif sangat dan ingat satu perkara ni,tolong jangan fikir orang lain dulu.fikir diri sendiri dulu barulah orang lain.”nasihat Qayum.dia kenal bagaimana sifat Jannah yang sebenar,walaupun mereka tidak terlalu rapat. namun dia tak suka sifat mementingkan orang lain dari Jannah.
“aiman jaga adik abang elok elok.kalau dia nakal,bagitahu abang.”
“mana ada.abang ni.”malu jannah.tidak mungkin dia akan nakal, alhamdulillah sepanjang dewasa dia tidak pernah bersifat nakal tapi tidak tahu pula masa kecil dahulu dia nakal atau tidak.
“insyaallah abang.”jawab Aiman.suka dia lihat hubungan mereka adik beradik,akrab begini.
“abang kena pergi,ada meeting.nanti masa bersanding abang sponsor.”
“bye.”
Tangan Qayum disalam.tiba tiba hati dilanda sebak,selepas ini dia pasti akan jarang jumpa Qayum.
“kalau rasa nak menangis,menangis.tapi jangan dekat sini,orang tengok.”gurau aiman.bukan tidak nampak mata Jannah berkaca kaca menahan tangis melihat Qayum berlalu keluar dari masjid bersama sama anak dan isteri.
“nampak sangat ke?”tanya jannah.sambil menunduk,air mata diseka laju.malu menangis di hadapan Aiman.hati bertambah sebak apabila terasa ada tangan menepuk bahunya lembut.
Share this novel