6

Romance Completed 30602

AFIEQ melangkah mendekati halaman rumah agam tuan Sri ilyas.bapanya sendiri.sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di bumi malaysia.rasa rindu pada tanah air sendiri menebal,namun dia takut pulang ke mari dan meninggalkan buah hati di negara orang.

nafas ditarik dalam,bersedia dia mendengar leteran mamanya.puan sri Diana.lama benar dia tidak balik ke mari.

“sekejap.”puan Diana berlari anak ke ruang tamu.loceng pintu ditekan berulang kali membuat dia rimas.entah anak siapa main loceng.mahu kata duduk di taman,macam mengarut.mereka duduk agak jauh dari rumah orang lain,rumah agam yang terpisah dari penduduk taman.

“mama.”afieq tersenyum kekok.tatapan terkejut puan Diana sudah diduga namun bila realiti dia tergamam,tidak mungkin mamanya tidak suka dia balik ke Malaysia.sedangkan dia sentiasa diingatkan agar pulang ke Malaysia oleh puan Diana.

“BUKAN kamu ada kerja dekat luar negara?balik sini kenapa?”perli tuan ilyas.baru hari ini dia nampak wajah anak terunanya ini.selalunya,Afieq hanya video call tak pun call biasa.sibuk katanya berkerja di negara orang.

“awak ni,anak dah balik marah.anak tak balik marah,cuba dengar dulu.abang nak cakap apa dengan kami?”tanya puan Diana pula.ibunya sentiasa saja lembut dengan mereka.sentiasa memahami isi hati mereka.

“sebenarnya,ma.papa.abang nak kerja dekat Malaysia gantikan tempat papa.abang pun nak berkahwin dengan pilihan abang.”ujar Afieq malu malu.di negara orang,dia bertemu seorang wanita yang sangat cantik.gadis itu berjaya buat dia jatuh hati.sudah enam tahun mereka bercinta,ini masa yang tepat untuk dia menamatkan zaman bujang dan meminang kekasih hati.dia tidak mahu terlambat,takut diambil orang.

“dengan siapa?”tanya tuan ilyas.wajah anaknya ini dipandang.

“sara.kekasih abang,dia orang Malaysia pa.kami balik sini pun sebab ni.boleh ma?pa?masuk meminang dia.”pandangan tajam tuan Ilyas membuat dia gugup dan tidak senang duduk.dia tahu ini tiba tiba,tapi sayang kalau dia hanya bercinta dengan sara.dia tak nak sara tinggalkan dia.

“hem,bawak dia datang sini.kenal dengan kami dulu.baru kami bagi kata putus.”tegas tuan ilyas.dia rasakan ini terlalu tiba tiba, sebelum ini Afieq tidak pernah kata dia ada kekasih.sentuh soal perempuan saja Afieq menolak,katanya Masih muda dan mahu menikmati hidup bujang.

sekarang lain pula katanya,entah Afieq tahu tanggungjawab yang digalas untuk menjadi suami nanti.

“boleh pa.nanti abang suruh.”teruja afieq ,akhirnya dia boleh tersenyum.alhamdulillah ,orang tua dia okey.risau juga tadi,kalau mama dan papa tak okey.maklum la,mereka sudah memilih bakal menantu terlebih dahulu.

jannah.gadis itu pernah menjadi dambaan hati,kerana terlalu penat menunggu.dia tertarik pada sara.gadis yang pandai mengambil hati dia walaupun sara tidak bertutup macam Jannah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience