KATA kata tuan Azmi semalam bermain di kepala aiman.dia sempat mendengar perbualan antara mereka malah dia sempat mendengar Jannah menangis, kali ini Jannah menangis tanpa suara.kalau tidak kerana tertinggal telefon di rak kasut,dia tak akan tahu sampai hari ini kenapa Jannah dan dahlia berahsia.
“ma.”
Terkejut puan Nadya dengan sergahan aiman.drama tv ini drama seram,anaknya pula jenis suka terkejutkan orang.untung jantung masih sihat dan mampu menerima kejutan kecil.
“apa Aiman?”
”mama ingat tak?Aiman pernah cakap.kalau Aiman nak jannah,mama boleh buat apa je mama nak.”tanya Aiman sedikit ragu.
“em,mama ingat.kenapa Aiman?kamu nak Jannah?”gurau puan Nadya.dia tertawa kecil sebelum menggeleng.tidak mungkin anak teruna nya ini serius untuk berumah tangga dengan Jannah.
“macam mana mama tahu?”terkejut Aiman.dia belum beritahu lagi tentang rancangan yang sedang difikirkan.
“tahu apa?”
“aiman nak mama masuk meminang jannah.sesuai kata kata Aiman dulu,mama boleh buat apa je yang mama suka asalkan.kami bersatu.”
Tidak sanggup lagi dia tunggu.penat menidakkan rasa dalam hati,semakin cuba dielak.semakin besar rasa sayang itu datang malah dia tidak sanggup andai satu hari nanti Jannah hilang begitu saja macam Mia.dulu katanya sayang sekarang dengan mudah sayang itu berubah.
“aiman.mama bukan tak nak tapi Jannah suka pada kamu?mama tak nak nanti dia tolak lamaran tu .kita yang malu.”
Walaupun dia sukakan Jannah dan mahu jadikan gadis itu menantu tapi dia tidak mahu Aiman terluka kerana jannah.tidak mungkin Jannah menyukai Aiman,mereka hanya berkawan tidak lebih.
“ma,kami boleh bercinta lepas kahwin.macam mama dengan papa,sampai sekarang hubungan mama dengan papa baik dan romantik.”
Hubungan mama dan papanya memang romantik.setiap masa tidak mahu berjauhan,semakin hari mereka jadi semakin mesra.pernah juga dia cemburu kerana mahukan hubungan sebegitu.tapi belum rezekinya lagi untuk beristeri.
“ABANG,anak awak buat hal harini.”keluh puan Nadya.sepanjang hari dia didesak Aiman agar bersetuju masuk meminang jannah.aiman tidak akan mengalah selagi dia belum membuat keputusan.
“apa lagi sayang?”tanya tuan Yazid lembut.setiap hari ada saja usikan Aiman untuk isteri kesayangannya ini.terpaksa ditadah telinga mendengar cerita menarik Nadya tentang Aiman.
“abang tahu,terkejut saya.dia tiba tiba suruh saya masuk meminang Jannah anak jasmine.”
“ha,bagus la tu.apa masalahnya?”
Laju tangan tuan Yazid meletakkan telefon pintar atas meja lampu.kedudukan atas tilam dibetulkan.sementara menunggu isterinya menyapu losyen pada tangan,baik dia bermain telefon.
Isterinya ini aneh,ada saja salah dalam setiap apa yang Aiman lakukan.itu tak betul,ini tak betul padahal anak mereka sudah dewasa.Nadya terlalu melindungi Aiman.
“saya tak tahu lah abang,saya takut kalau Jannah tak suka Aiman.saya tak nak,Aiman kecewa.”
“sayang,Aiman tahu apa dia nak.kalau dia bertekad bermakna dia dah bersedia untuk kemungkinan.awak sepatutnya sokong dia.”lembut tuan yazid.aiman sudah besar dia tahu apa yang dia buat, sepatutnya sekarang dia sudah berumah tangga.teringin juga dia menimang cucu dari satu satunya anak mereka.
“abang ,saya bukan tak nak sokong dia.awak tahu kan?macam mana kita dulu.tak ada rasa langsung,saya tak nak anak kita lalui masa yang sama.”
Dahulu,dia dan suaminya tidak pernah begini.mereka hanya tahu berseronok dan tidak menyukai satu sama lain.memakan masa juga untuk jatuh hati sesama sendiri,proses itu sukar, membuatkan dia takut kalau aiman lalui perkara yang sama.
“kenapa awak tak tanya Jannah sendiri?sekarang dari fikir yang bukan bukan,baik awak tidur.”
Tuan Yazid sudah membaluti tubuh dengan selimut.kalau dilayan isterinya,sampai esok tidak habis.asyik fikir panjang.sepatutnya tanya pada tuan punya badan sendiri,senang.
Share this novel