TUAN Azmi membuka pintu utama dengan berhati hati agar tidak mengejutkan semua yang sedang lena tidur. sudah tengah malam,baru dia menapak pulang ke rumah. seharian memandu dari Kuala Lumpur ke Perak.rumah lama mereka ada di perak sebelum berpindah di sini.rumah itu kini sudah bersawang dan didiami labah labah,lama sungguh tidak ke Perak atas urusan yang semakin banyak di sini.
“abang?baru balik?”tanya puan jasmine.kebetulan dia mahu ke dapur mengambil air.tekak haus malam begini.buka saja lampu, suaminya sedang duduk bersandar pada sofa coklat milik mereka.
“haah.”jawab tuan azmi.Senyuman diberikan pada isteri tercintanya itu.walaupun sudah berusia 59 isterinya itu tetap awek muda macam umur 40 an.
“abang tu dah tua.kenapa tak tidur dekat sana je?kalau apa apa jadi macam mana?dah malam ni.”bebel puan Jasmine sambil berjalan menuju ke dapur.penat sudah ditegur suaminya itu tetap saja berdegil.mahu juga memandu sendirian,kononnya kuat.padahal,badan sudah lemah.
“syukur saya sampai sayang.”marah macam mana pun jasmine.dia tetap menghidangkan air untuk suami.
Ini masih tanggungjawab dia sebagai isteri.walau penat seharian buat kerja rumah yang tidak pernah habis.dia tetap melayan kerenah si suami.
“ya la abang.”malas mahu bergaduh.sudah penat bergaduh,cukup la dia pening dengan perangai qhalif dan adik adik dia.tak habis habis bergaduh.ada saja yang salah dimata qhalif.
“ni.saya jumpa Ilyas dekat rnr tadi.”ujar tuan Azmi setelah menyisip air buatan jasmine.kopi panas,pekat likat lagi.
“yeke?dia sorang?diana ?”teruja Jasmine,dia mahu tahu ada atau tidak kawan baiknya itu.rindu sungguh dia pada mereka.lama tidak berjumpa.
“ada sekali.diaorang nak pindah sini semula. sebab tak lama lagi Afieq balik sini.”
“yeke?boleh bagitahu Jannah.”dia tahu Jannah menantikan Afieq selama ini.sebab itu anak gadis nya itu sanggup menolak semua lelaki yang datang pada dia.lelaki kacak pun sanggup dia tolak.
“jangan dulu.saya risau,sebab kata Ilyas tadi.afieq ada hajat datang sini.saya risau kalau Afieq cuma mainkan jannah.”tuan Azmi sudah fikir masak masak,kalau benar Afieq mahukan jannah.sudah lama dia kembali dan merisik jannah.tapi satu habuk pun tiada.jannah saja Beria menunggu lelaki itu.
“okey abang.”ujar puan jasmine.dia tidak mahu melawan kata suaminya.suaminya benar,kalau bukan Afieq datang untuk Jannah bukan kah itu memberi harapan palsu pada Jannah.anak nya itu akan kecewa.
Share this novel