18

Romance Completed 30602

TERSENYUM sendiri jannah.seharian dia berfikir tentang Aiman walaupun sudah dia lupakan jejaka itu.tidak pernah dia begini melainkan sekolah menengah.dia pernah suka pada Aiman tapi masa itu Aiman bersama Mia,mahu atau tidak dia harus lupakan Aiman demi sahabatnya.sekarang,rasa itu kembali menyerang.

Keliru.aiman dan dia baru saja rapat beberapa hari lalu, sekarang dia sentiasa ingat pada Aiman walaupun otak tidak mahu ingat lelaki itu.

“jannah.”dahlia ketawa kecil.dia berjaya mengejutkan Jannah dengan sergahan.

bahu Jannah terhinjut kerana terkejut.Untung saja dia bukan jenis melatah atau mencarut ketika terkejut.

“kau ni la. salam tak ada?”perli Jannah sinis.ditatap dahlia tajam,kalau tak fikirkan kawan.sudah lama dia belasah dahlia.suka benar dia usik orang.

“eleh,dia pun sama.setiap kali call,hello.salam pun tak ada.”balas dahlia tajam.bibir bawah dimuncungkan ,mengejek Jannah.

“KAU nak apa?”tanya dahlia.dari tadi asyik sembang kosong.pelik juga,tidak mungkin Jannah ajak semata mata mahu makan.walaupun Jannah sering belanja dia makan,kali ini.dia rasa ada sesuatu Jannah mahu sampaikan.

“dari semalam,aku fikir pasal Aiman.padahal aku rasa,aku dah lama lupa pasal dia.”ujar jannah.dia dan dahlia tiada rahsia,walaupun dahlia jenis cakap lepas tapi dia mampu simpan rahsia rapi.rahsia di sekolah menengah juga dahlia simpan sampai sekarang.

“kau ada jumpa atau bercakap dengan dia?”tanya
dahlia.dia tidak rasa Aiman rapat dengan Jannah,di sekolah dahulu pun.aiman hanya rapat dengan mereka.dia berjauhan dari Jannah juga.

Mustahil kalau mereka ada jumpa di belakang.jannah juga tidak menyimpan nombor Aiman.dia tahu kerana hari itu,Jannah minta dia hantar pada Aiman gambar mereka berspeuluh di majlis Afieq.

“ ada.dekat hospital dengan pasaraya,kami berbual.tapi tu la,balik rumah je.aku senyum ingat dia.aku gila ke?”risau juga kalau dia tidak betul.semalam Qhalif tegur,katanya dia asyik senyum sendiri.tv menayangkan drama sedih.tapi dia,senyum?

“aku rasa.kau sukakan Aiman lagi.”dia berjeda sebentarbmenyedut air blended green tea, membasahkan tekak.jannah yang cerita,dia pula yang haus.

“ini analisis aku LA kan.kau suka Aiman dulu, tapi dia dengan mia.kawan baik kau sendiri.kau beralih pada afieq sebab dia sukakan kau dan Afieq crush kau.sekarang,Afieq dan Mia sama sama dah kahwin.kau rasa ada ruang untuk kau suka dia lagi.tak mustahil,macam aku.”laju disedut minuman.

“maksud kau?aku nak kan Aiman?mustahil lah,aku kecewa kot dengan Afieq.tak akan aku nak Aiman jadi penganti afieq.no!”laju digelengkan kepala.tidak mungkin,dia tak mahu mainkan perasaan sesiapa.aiman kawan dia walaupun tidak rapat,lelaki itu ada perasaan macam dia.

mereka berdua baru saja dikecewakan,tidak mungkin semudah itu dia jatuh kembali pada Aiman.

“bukan la.kau fikir,kenapa kau selalu marah nampak Mia dan Aiman.nak kata kau rindu Afieq.Afieq tak pernah layan kau macam kekasih.korang pun hanya sebatas kawan.kau sanggup berhadapan dengan Aiman masa kenduri Mia sedangkan korang tak rapat.boleh tak kau fikir apa yang ada dalam hati kau.boleh?”tanya dahlia pula.tidak dia faham sahabat seorang ini,perasaan suka pada seseorang itu biasa.

Jannah pula tidak biasa.kalau betul Jannah dengan Aiman jadi,dia akan tumpang bahagia.jannah sudah lama simpan rasa pada aiman,dia selalu mengalah.sekarang,masa Jannah untuk kedepan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience