SAMBIL menyusun barang matanya terarah pada kerusi berdekatan cermin premis kedai.dahlia menggelengkan kepala melihat jannah duduk termenung memandang luar.
"apa masalah kau kali ni?"tanya dahlia sinis sambil lalu di belakang jannah.kotak pada tangan diletak ke lantai.satu persatu makanan ringan disusun kemas pada rak.
"mana ada apa,aku cuma nak jumpa kau."manja jannah.client ajak makan di kawasan sekitar sebaik saja mata terarah memandang kedai serbaneka ini langsung disinggah.
"tak puas jumpa aku?kita kan dah jumpa masa kenduri haritu."ujar dahlia,dia bukan tidak suka pada jannah cuma dia mahu mengorek apa sebenarnya jannah rahsiakan dari dia.bukan baru mengenali Jannah sehari dua,sudah bertahun dia kenal jannah.seorang penyimpan rahsia.
"tak.aku sentiasa rindukan kau."usik jannah.ketawa kecil dilepaskan,wajah dahlia jelas menujukkan yang dia menyampah dengan ayat manis itu.
AIDIL mengeluh.lagi lagi dia mengintip gadis ini dalam diam.sudah bertahun tahun namun dia tidak jemu memandang wajah lembut dahlia. langkah diambil memasuki kedai,hari ini dia akan beranikan diri berjumpa dengan kekasih hati.
"selamat datang."suara dahlia terdengar jelas dan kuat.
"aku pergi tengok kejap."ujar dahlia,dia bergerak menuju ke kaunter meninggalkan jannah yang sedang makan.lelaki berbaju hitam sibuk mencari makanan ringan membelakangi dahlia.
"boleh kita bercakap?"ujar aidil tiba tiba saat dahlia sedang sibuk mengira barang pembeliannya.dia cuba mengawal reaksi melihat wajah terkejut dahlia.
"NAK apa?"kasar dahlia.tidak selesa berdua di hadapan kedai sebaneka tempat meletak mereka , tidak selesa apabila jannah melihat dari dalam.aidil merupakan abang sepupu Jannah,nanti apa pula kata Jannah nampak dia marah Aidil .
"aku nak tahu kenapa,apa sebab kau tinggalkan aku?"tanya aidil dingin walhal jantung bagai mahu keluar dengan hanya melihat wajah dahlia.
"kenapa?kan aku dah cakap,aku tak sukakan kau lagi."
"aku tak percaya,aku yakin ada sebab lain yang kau sorokkan." ujar aidil dingin.keyakinan datang apabila jannah terlepas cakap,dahlia ada masalah lain yang sebabkan dia terpaksa berkerja dan lupakan apa yang paling dia sayangi.
"tak ada sebab kalau ada pun kau tak perlu tahu."tekan dahlia sebelum berlalu masuk ke kedai.kasihan jannah menunggu dia di dalam.bukan Jannah,dia kasihankan diri sendiri.terpaksa melupakan buah hatinya.
Share this novel