42

Romance Completed 30602

MATA tidak berhenti menjeling jannah.hari ini Jannah berbeza selalunya dia akan banyak cakap,ada saja mahu dibualkan walaupun itu bukan perkara yang penting.rindu pula mahu mendengar suara merdu gadis ini.

"terima kasih hantar aku pergi kerja."ujar jannah dingin,duduk bersebelahan aiman mulut gatal mahu bercakap.dalam kepala sudah ada topik perbicaraan.

"sama sama.ini hal kecik,kita satu jalan."jawab Aiman senang.sejujurnya jalan tempat kerja mereka berbeza.hospital di seberang jalan sana,agak jauh juga.dia pasti akan terlambat tapi tidak salah mahu membantu jannah.Keheningan kembali menyelimuti mereka.jannah leka memandang pemandangan di luar tingkap.

"maaf susahkan kau,mesti penat hantar lauk untuk kami sekeluarga tadi."

serba salah jadinya.pagi tadi Aiman hantarkan masakan puan Nadya buat mereka.kebetulan kereta dia rosak dan masuk bengkel,tiba tiba saja puan Jasmine cadangkan dia menumpang Aiman walhal qhalif ada di rumah tadi boleh saja dia hantarkan.

"tak apa,macam aku cakap tadi kita satu jalan."lembut aiman.dia tidak kisah malah hatinya menjerit kegirangan Jannah sudi menerima pertolongan darinya.

"em,qhalif tak kerja?"

di rumah jannah tadi,qhalif kelihatan sangat selesa berbaring atas sofa sambil menonton drama.sempat juga berbual sebelum menghantar Jannah kerja.

"haah."jawab jannah ragu ragu.tadi aiman berbual dengan qhalif sementara dia bersiap dalam bilik,tidak akan dia tak tahu hari ini hari cuti qhalif.

"kau lain."luah aiman secara tiba tiba setelah lama berdiam diri.

"lain?macam mana?"

"kau diam tak macam selalu,berborak dengan aku."luah aiman.jannah pandai mengambil hatinya dan tahu cara untuk menarik dia berbual sama.hari ini,Jannah senyap saja.bagaikan mereka orang asing.

"owh,aku tak ada angin nak berbual."

bohong.dia cuma tidak mahu letak harapan pada
aiman.aiman doktor,kacak lagi.sekeliling lelaki ini terdapat banyak perempuan cantik malah berkerja dalam bidang yang sama.

"ada masalah dengan mia?"prihatin aiman.

"bukan.aku cuma rasa tak nak berbual."

lihat.dia risau akan mia walaupun mia sudah berkahwin,sakit sungguh hati.tak akan dia tidak nampak orang lain selain mia.ada yang lagi cantik dari mia,seperti dia.bangga diri sekejap.

"aku ada buat salah dengan kau?aku dah agak,kau marah aku ganggu cuti kau."

teka Aiman.dapat dia rasa Jannah marah pada dia kerana itu,tidak sepatutnya semalam dia menganggu cuti Jannah.

"bukan aiman.aku tak kisah bab tu,aku cuma malas nak bercakap,tak ada tajuk nak berbual dengan kau."

“ke kau tak suka aku?"

“aku suka kau..sebagai kawan,aku cuma tak suka menyusahkan kau.lagi pun,aku tak nak ganggu kau memandu.tak fokus nanti.”

tergagap gagap Jannah menyebut perkataan suka hampir saja suara tidak keluar.pandangan dibuang luar tingkap,malu dengan diri sendiri.

Aiman tersenyum sinis.dia tahu ada yang tidak kena dan dia ada kaitan.semalaman ditunggu Jannah mesej,setiap jam setiap saat telefon berada dalam tangan namun hampa,Jannah tidak mesej mahupun menghubungi dia. sekarang,jannah dingin bagaikan ais.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience