AIMAN keluar dari kereta.pagar rumah dua tingkat dibuka.rumah sebelah kanan yang tidak terlalu jauh dipandang pagar tinggi mencecah kepala dilihat kukuh,tidak jauh rumah sebelah hanya berjarak beberapa meter saja.kalau ada apa apa hal boleh meminta tolong orang sebelah.
“sayang.”aiman membuka pitu kereta perlahan,Jannah sedang tidur.sepanjang perjalanan balik,Jannah lena dibuai mimpi.tidak dipedulikan langsung suami yang sedang memandu sendirian di jalan raya besar.
“abang.dah sampai ke?”tanya Jannah,dipandang Aiman dalam keadaan mamai.
“sudah sayang.turun,sambung rehat dekat dalam.”
Jannah menurut kata Aiman.mereka berpegangan tangan memasuki kawasan rumah namun selepas beberapa langkah Jannah tiba tiba berhenti .rumah yang tidak biasa pada mata dipandang lama kemudian pandangan beralih pada Aiman.
”rumah siapa ni?”tanya Jannah lurus.ini bukan rumah papa aiman mahupun papa dia.ini rumah siapa?sebelum ini tidak pernah pula dilihat rumah besar bercatkan kelabu dan krim.
“rumah kita sayang.jom masuk.”
Aiman tertawa melihat Jannah terpinga pinga mengikuti dia dari belakang.sebaik saja pintu terbuka Jannah terkejut dengan isi dalam.perabot sudah tersusun kemas di ruang tamu malah sangat tersusun.
“abang ni rumah kita?abang bergurau kan?”
Tidak mungkin rumah yang baru saja dimasuki perabotnya tersusun begini.warna juga sangat menyenangkan.biru laut dan putih,warna biru kegemarannya ada di mana mana.
“tak sayang.mama yang hiaskan.mama upah orang,dekorasi rumah kita.dah seminggu rumah ni siap tapi abang nak bagi sayang kejutan.terkejut tak?”
Sepatutnya beberapa hari lalu sudah dia berikan pada Jannah namun masalah melanda mereka,dia terpaksa tangguhkan kejutan lagi pula qhalif baru sahaja berkahwin tidak mahu susahkan Jannah dengan dekorasi kerana itu dia meminta bantuan mamanya uruskan semua.
“abang,sayang baru je bangun tapi sayang suka!terima kasih.”ikhlas Jannah.
Tidak diduga suaminya begini romantik.ada saja kejutan macam di pantai kalau ingat Jannah tidak akan berhenti senyum.aiman sangat romantik,tidak salah papa paksa dia menerima Aiman walaupun dia sudah lama mahukan Aiman.
“sayang jom naik tengok bilik kita dan bakal anak anak kita.”teruja Aiman, ditarik Jannah mengikutinya mendaki tangga.
“wow,abang.”
jannah terharu.bilik di atas ada empat buah salah sebuah pintu dibuka Aiman lagi mengharukan katil bersaiz king dengan cadar berwarna hijau lumut warna kegemaran Aiman.
“sayang mulai hari ni kita akan mulakan hidup baru,berdikari dan bina mahligai kita.”
“sayang tak kisah asalkan abang sentiasa ada di sisi sayang.”
Bahagia!itu yang dia mahu dari seorang lelaki yang dia cintai.aiman dah bagi segalanya.
“abang tahu?ini kali kedua abang buat hati sayang berdebar.”
“kali kedua?”berkerut dahi Aiman.
“ya.pertama kali masa dekat sekolah.”
“bila sayang?”
“satu hari nanti sayang cerita,sekarang sayang belum bersedia.”
Bukan dia tidak mahu cerita cuma dia mahu berahsia buat sementara waktu.segan mahu bercerita, nanti apa pula kata suaminya walaupun sudah bergelar suami isteri rasa segan tu tetap ada.
“sayang!”
Pipi Jannah dicubit geram.dia mahu tahu rahsia yang sudah lama dipendam Jannah.jannah lebih rela melarikan diri ke bawah dari bercerita.
Share this novel