AIR tasik jernih dipandang Jannah,nafas berat dilepaskan kasar sebelum dia berpaling melihat sekeliling.masih senyap.cuaca masih panas, baru masuk jam satu.jannah berteduh di bawah pokok,menunggu seseorang di bawah panas matahari yang membara.kasut dijadikan lapik.
“jannah.”panggil Mia dengan suara yang sengaja dibuat dingin.ikutkan hati,malas dia datang ke mari berjumpa musuh namun kerana tidak mahu terlalu ketara, terpaksa juga dia ke mari berjumpa ‘sahabat’.
“duduk.”arah Jannah.
“kau ingat tak tempat ni?”tanya Jannah sebaik saja Mia melabuhkan duduk di sisinya.
“tak ada masa aku nak ingat,dah la panas.tak boleh ajak jumpa petang ke?”jawab Mia kasar.cuaca panas bakal membuat kulit hitam nanti pasti Aiman tidak suka.
“masa tu,kita menangis sama sama sebab kau mengadu.keluarga kau abaikan kau,Aiman abaikan kau,aku abaikan kau,kawan abaikan kau.”jawab Jannah tenang walaupun terasa dengan nada kasar Mia.
“itu masa lalu.”bidas Mia laju.
”masa lalu tapi masa tu kita perlukan seseorang di sisi.menangis.pertama kali aku peluk kau,pertama kali jugak kita berbual panjang bercerita kisah sedih.”terang Jannah tanpa dipinta.masa Mia susah,mereka berjumpa di tasik ini.
teresak esak Mia menangis mahukan perhatian keluarga yang sibuk dengan kerja.jannah orang pertama yang Mia cari setiap kali dilanda kesusahan kerana Jannah memahami dia lebih dari orang lain.
“masa lalu tak payah ungkit,sekarang aku dah kahwin.dah bahagia,aku tak perlukan kau dan masa lalu.”bidas Mia tajam.jannah memalukan,terperangkap di masa lalu.
“bahagia tak boleh diungkap dengan kata kata,bahagia hanya dapat dirasa.bahagia macam mana sekalipun tapi bahagia paling menyakitkan, kita paksa orang bahagia dengan kita.”balas Jannah tajam.mia dipandang lembut.hati Jannah sarat dengan kemarahan terhadap sahabat satu ini.
“tak semua yang kita nak tercapai,apa yang terhidang depan mata kita abaikan.kalau teruskan sekarang,menyesal kemudian hari menyakitkan.”jannah bermadah.dia mahu Mia fikirkan apa yang sedang cuba disampaikan.
“kau merepek apa ni?”tanya Mia.tersentap dengan kata kata Jannah,dia faham apa yang Jannah sampaikan.bahasa melayu dia semasa SPM mendapat a+. ayat Jannah semua dia faham.
“air yang tenang jangan disangka tiada buaya,orang pendiam jangan disangka tidak berdaya.sekuat mana pun kata otak,jangan dilupa kata hati.”madah Jannah lagi dia tersenyum apabila Mia terkedu dengan kata katanya sebentar tadi.
“kau nak kata aku jahat sekarang?”tanya Mia setelah lama mereka berdiam diri.jannah memberi dia ruang untuk berfikir.
“jahat?aku tak cakap kau jahat,aku cuma bermadah sebab aku baru baca novel tadi.kawan baik sendiri cuba hancurkan kebahagian kawan baik.cerita tu menyakitkan,diaorang dah kawan lama,sangat lama boleh dikatakan dah berbelas tahun.”
Mia terdiam lagi.dapat dirasakan Jannah bercakap tentang dia sekarang, kerana Jannah tidak lepas memandang dirinya.jannah berpaling memandang tasik.
“aku sayang kawan aku,aku tak nak kawan aku jadi macam dalam novel.kulit belakang dia tulis,ada kala bahagia depan mata tapi kita butakan hati tidak mahu lihat bahagia yang sebenarnya.kita reka sendiri bahagia yang mungkin terjadi. menipu diri sendiri sama seperti mencari derita dalam hidup.”
Selesai berkata Jannah segera bangun dan bergerak pergi.hati cukup kecewa apabila dapat tahu Mia cuba hancurkan rumah tangga dia dan aiman.
Iqah dah cerita semua,dia tidak mahu ambil apa apa tindakan kerana Mia sahabat baik mereka.jannah mahu selesaikan dengan cara sendiri.mia terdiam,dia terpukul dengan apa yang disampaikan Jannah.entah mengapa kata kata Jannah sangat menusuk hati,setiap apa yang gadis itu katakan.semuanya kena.
Share this novel