16

Romance Completed 30602

PAGI lagi jannah sudah ada di hospital untuk menemani abang saudara yang sakit kerana keracunan makanan.dia ditahan atas dua sebab satu keracunan makanan,dua tekanan kerja.sepatutnya semalam dia sudah boleh balik rumah, doktor menambah beberapa hari lagi untuk pemerhatian.aidil pernah pengsan beberapa kali di pejabat,dia tidak pandang itu serius hanya menganggap itu perkara biasa.

“termenung jauh.”

teguran seorang lelaki mematikan lamunan jannah.botol air hampir melimpahkan lebihan air, segera ditarik.dia ke luar untuk mengambil air suam,boleh pula dia termenung di sini.

“maaf.”ujar Jannah lembut.rasa bersalah pula menganggu barisan.pasti sudah ramai beratur di belakang.kepala ditundukkan.malu!

“maaf untuk?"tanya aiman.sebelah kening diangkat bertanya tanpa suara.dia tersenyum sinis melihat Jannah terkejut apabila mereka bertentang mata.

“aiman?kau ni takutkan aku je.”sungut Jannah.ingatkan siapa tadi.

“kau buat apa dekat sini?jumpa Mia?”tanya aiman.jannah di sini tidak mungkin mahu berjumpa dia,mereka hanya kawan biasa.kalau Jannah datang sini jumpa dia itu tandanya gadis ini tidak tahu malu.

“tak,aidil.dia sakit,aku jaga dia hari ni.”jawab Jannah lemah.bukan kerana malas menjaga Aidil tapi kerana fikiran melayang ingatkan Afieq.dia perasan dirinya bertambah muram sejak hari bahagia afieq.itu hari bahagia Afieq itu juga merupakan hari hancurnya jannah.

“aku pergi dulu.”lembut Jannah.kerana alpa tidak menutup botol,air tertumpah mengena kasut sneakers hitam merah Aiman.jannah tergamam.

“jannah.”aiman menahan geram.kasut baru, sneakers kini basah angkara kecuaian Jannah.dia baru saja pakai, kononnya hari ni mahu keluar dengan Syafiq.kasihan kasutnya ini,malang sungguh.

AIDIL tersenyum apabila figura Jannah memasuki bilik menyapa mata.berkerut dahi melihat Jannah menjinjing beg kertas.

“adik shopping?”tanya Aidil.tidak mustahil Jannah keluar sekejap, dia kata mahu ambil air tadi.entah apa dia buat tiga jam di luar.jenuh menunggu di sini.bosan sendirian.

“haah,makanan.untuk abang dan adik.”jannah tersenyum.tadi dia melepak sendirian melayan perasaan di kerusi simen hadapan hospital .

“kalau kau terus macam ni.kau boleh kena marah.nasib aku kena.kalau orang lain?jannah move on.afieq dah bahagia.kau akan bahagia, mungkin dengan orang lain.”nasihat Aiman bermain di ingatan.sebelum mereka berpisah tadi Aiman sempat beri nasihat pada dia walaupun agak terasa.mahu atau tidak dia kena fikir juga apa yang dikatakan Aiman,dia betul.tak seharusnya dia bermuram begini.

“adik beli apa?”tanya Aidil teruja.sudah dua hari tidak makan di luar,rindu mahu makan bersama kawan.

“em,mee sup."Jannah tersengih,dia tahu Aidil tidak suka sup tapi ini baik untuk dia.

“budak ni.”aidil mengeluh kasar.dia ingatkan dapat makan mee goreng rupanya mee sup.kecewa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience