"TERIMA kasih.”ujar iqah sopan setelah memberi pelayan pesanan.mata mereka bertentang ,lekas iqah senyum manis menutup perbuatan dia tadi.memandang Mia penuh curiga.
Restoran barat menjadi pilihan iqah berjumpa mia.sudah lama mereka berkawan baik ,dia tahu apa yang disukai Mia kerana itu mereka di sini.
“kenapa nak jumpa aku?”tanya mia berlagak.iqah dipandang tanpa reaksi.
“ajak kau teman aku makan,aku kan baru sihat dari sakit.”senyum iqah.itu hanya alasan,niat sebenar dia ke mari hanya untuk tahu apa sebenarnya Mia mahukan dari Aiman.
“SEDAP makanan ni.”teruja Mia.spagheti ini kena dengan selera,kalau boleh mahu saja dia minta tambah namun segan.ini restoran bukan rumah sendiri.asyik makan masakan Faizil saja,bosan.benda yang sama saja dimasaknya.ayam goreng.
“em.boleh tak aku tahu,kenapa kau nak tahu sangat pasal Aiman?”tanya iqah berhati hati.mia ini panas baran,sia sia kalau ditempik Mia dalam restoran ini pasangan yang sedang menikmati makan malam juga banyak.mana mahu diletak muka nanti?malu.
“saja.”jawab Mia selamba.
“kalau macam tu nanti tak payah aku susah susah tengok Aiman untuk kau.”
“tak boleh!kau kena jugak perhatikan Aiman.faham?!”gertak Mia kuat.mata yang memandang dibiarkan,muka dia sudah cukup tebal.dia juga lali dengan pandangan sinis orang lain.
“tapi kan,lepas aku tengok dia.kacak kan dia.”puji iqah.
“haah,kacak bukan?sebab tu aku sayang dia lagi.”ucap Mia tanpa sedar sambil menikmati makanan.
“kan.untung siapa dapat dia.”ujar iqah lagi.ini saja rancangan yang dapat dia fikirkan agar Mia mengaku semuanya tanpa sedar.
“aku yang untung,dapat dia.”ketawa Mia.Sambil senandung,spaghetti disuap masuk ke dalam mulut dengan gembira.
“apa istimewa sangat Aiman tu?aku rasa dia biasa biasa je.bukan anak orang kaya pun.”iqah pura pura senyum manis.hati pedih mendengar pengakuan sahabat sendiri.
“istimewa dia?”mia meletakkan sudu.dia tersenyum manis pada iqah kalau ikutkan hati,malu bercerita.
“dia baik, kacak dan yang paling penting dia sayang aku sepenuh hati dia."malu mia.setiap hari Aiman berlari di fikiran dia,kenangan mereka juga sering bermain di ingatan walau pernah cuba dilupakan.
“wuu,selera kau weyh.”iqah ikut ketawa dengan Mia,ketawa palsu.dugaan dia Benar, rancangan menjadi akhirnya.sudah puas dicari sebab melalui Faizil namun tidak dapat apa apa.hari ini,Mia sendiri mengaku dia masih sayangkan Aiman.kalau dia sayangkan Aiman.kenapa dia kahwin dengan Faizil?
Share this novel