35

Romance Completed 30602

LAMA dipandang tuan yazid dari pantulan cermin meja solek.sudah dua puluh minit dia ragu ragu di kerusi.entah bagaimana mahu katakan hasrat di hati pada suaminya itu.tapak tangan mula sejuk memikirkan reaksi yang bakal diberikan suaminya itu.

"abang."panggil puan nadya ragu ragu.

"apa dia sayang?"jawab tuan yazid.benar dugaannya pasti ada sesuatu yang mahu nadya katakan.bukan tidak nampak cara isterinya memandang.

"saya cadang nak jodohkan aiman dengan jannah."ragu ragu puan nadya.suaminya ini sayangkan aiman kalau aiman tidak mahu pasti yazid juga tidak akan setuju.

"aiman dah tahu?"tanya tuan yazid,buku ditutup lalu diletakkan atas meja kopi.tidak mahu fokus berbual dengan isteri terganggu.

"belum,saya takut dia tak setuju,diaorang kawan bang.tambah pula jannah anak kawan saya."keluh puan nadya.dia kenal anaknya itu,aiman pasti tidak mahu dijodohkan.pernah sekali dia menjodohkan aiman dan anak datin azura namun mentah mentah aiman menolak dan memprotes tidak mahu dijodohkan.

"tanya dia baik baik.jangan dipaksa kalau dia tak nak."cadang tuan yazid.nanti tidak pasal pasal aiman marah.pernah sekali aiman marah pada mereka,masa itu umur aiman 12 tahun.

perkerjaan mereka di pejabat sangat banyak sehingga tiada masa untuk aiman kerana dahagakan perhatian aiman melakukan banyak perkara untuk menarik perhatian mereka tapi sedikit pun tidak mereka pandang.aiman mula membentak.dia seakan akan putus asa pada mereka sehingga dia berjump kawan baru di sekolah menengah.sejak itu aiman mula rapat dengan mereka berdua dan perlahan lahan dia belajar untuk lupakan kisah silam.

"AIMAN,mama ada cadangan."ujar puan nadya tiba tiba.jenuh berfikir bagaimana caranya untuk susun ayat agar aiman tidak berkecil hati.dapat saja ideal dia langsung mencari anak terunanya.

"kenapa ma?"tanya aiman,mata masih fokus menonton televisyen.dibetulkan baring agar lebih selesa menonton televisyen.hanya dia saja yang berada di ruang tamu tengah malam begini.

"mama nak jodohkan aiman dengan jannah."luah puan nadya setelah lama berfikir,dia mahu jadikan jannah menantu secepat mungkin.tidak mahu lepaskan gadis sebaik jannah.

"ma?mama jangan main main."terkejut aiman.tegak badannya duduk merespon dengan cadangan puan nadya.

"mama tak main main,mama serius lagi pun aiman dan jannah nampak rapat.mama nak anak mama jumpa orang yang tepat.mama tak nak aiman kecewa lagi,mama yakin jannah boleh bahagiakan dan jaga aiman."

"ma jangan jadikan itu sebagai alasan untuk aiman.aiman tak nak dijodohkan,melainkan satu hari nanti aiman sendiri nak jannah.masa tu mama boleh jodohkan kami."ujar aiman setelah beberapa minit diamkan diri berfikir cara terbaik untuk jawab tanpa lukakan hati mamanya.tidak mungkin dengan cara begini.dia tak nak memaksa jannh,pasti gadis itu terpaksa menerima perjodohan ini, puan nadya merupakan kawan baik puan jasmine pasti jannah akan tersepit di tengah tengah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience