“AKU dah nak kahwin.”umum mia akhirnya.dia was was mahu umumkan,kerana ini di luar jangkaan mereka.
“tahniah!aku dah agak.”ujar qiela.sudah dia duga sejak datang tadi,mereka jarang berkumpul ramai ramai.semenjak semua sibuk sangat sukar mahu berjumpa,kalau jumpa pun ada benda penting yang ingin disampaikan salah seorang dari mereka berlima.
“untung aiman.dapat kau,dah la kerja satu hospital.”teruja iqah.dah lama dia menunggu mahu rasa nasi minyak sahabat baiknya ini.tidak sangka,hari itu nanti akan tercapai.
“kan,bayangkan nanti.mia dan Aiman satu hospital,selalu jumpa.mesti rasa cinta itu mekar!”tambah dahlia pula.dia teruja,namun ada satu perasaan tidak yakin Aiman akan jadi suami mia.
Di panggung wayang,dia pernah nampak Mia bersama seorang lelaki berduaan di hadapan poster filem.niat mahu menegur Mia tidak kesampaian,Jannah panggil masuk ke dalam panggung sudah tiba masa filem dimainkan.
“sebenarnya korang,bukan dengan Aiman.”mia menelan liur berkali kali untuk beritahu hal sebenar.kawan kawan ingat dia dan Aiman,tapi bukan.pasti mereka akan kecewa,kalau tahu dia dan Faizil.
“bukan dengan Aiman?maksud kau ni apa?”berkerut dahi Jannah menanti jawapan dari Mia.
“aku akan berkahwin dengan doktor tempat kami berkerja,doktor faizil.”
berat mulut mahu menyatakan itu.mia tahu,kawan kawannya sokong dia dan Aiman.hati dia beralih pada Faizil,selepas lelaki itu mengajar dia sedikit sebanyak dalam menjadi jururawat.tanpa sedar rasa suka datang perlahan Lahan.
“what?!”lantang iqah.untung saja cafe ini tidak ramai,kalau ramai dia juga tak akan bodohkan diri menjerit.
“aku dah agak dah.aku pernah nampak doktor tu dengan kau.”kecewa dahlia.dia sudah tahu jawapan,entah mengapa hati dia kecewa.bukan Mia dan Aiman.aiman dan Mia pasangan ideal. sweet!
“aku mintak maaf korang,tapi hati aku berubah pada doktor Faizil.”serba salah Mia.dia rasa bersalah kerana sembunyikan ini dari mereka.reaksi dahlia dan iqah juga buat dia sedih,mereka jelas kecewa.
“tak apa.bukan salah kau.tahniah!nanti aku tolong kau dengan persiapan.”tawar jannah.dia tidak kisah.jodoh siapa boleh duga kan?kadang kadang jauh, kadang kadang sebelah kita je.
“ya la Mia,kami okey je asalkan kau bahagia.itu cukup bagi kami.”ujar qiela,dia sentiasa mahu terbaik untuk semua orang.dia yakin, Aiman akan temukan bahagia walaupun bukan dengan Mia.
“thanks.”terharu Mia,kawan kawan dia sokong dia.jauh di sudut hati,dia rasa bersalah pada aiman.kerana terpaksa,Aiman ambil langkah tinggalkan dia.lelaki itu,sungguh selalu mengalah pada dia walau apa pun.
Share this novel