19

Romance Completed 30602

AIR berais dihidang Firdaus.tiba tiba saja iqah menghubungi mereka berkumpul di café milik anak jutawan Malaysa.Firdaus.laju ais mocha disedut Aiman.cuaca di luar panas .walaupun setiap ruang di café ada aircond,bahang panas tetap terasa.

“kau nak apa call kami?”tanya Aiman.lega tekak selepas minum sedikit.dia juga tidak boleh lama di sini,ada pesakit yang menanti di hospital.

“aku nak ajak kita bercuti sama sama.”terang iqah teruja.tidak sabar mahu ajak mereka yang masih bujang bercuti bersama sama,sebelum berkahwin.

“aku sibuk.”terang Aiman.dia tidak boleh sesuka hati ambik cuti tanpa sebab.

“aku onz.”ujar syafiq.sudah lama juga dia berangan mahu bercuti.kerja jangan kata la,ada saja yang datang.

“aku tak boleh,duit tak cukup.”ujar dahlia.dia memang nak pergi,tapi duit tidak cukup.duit makan pun terpaksa berjimat cermat.nanti kalau habis, susah.banyak benda perlu dibayar.dalam beg sekarang pun ada berapa puluh saja.nak pergi bercuti?memang tidak cukup sama sekali.

“tak apa.kau jangan risau,Firdaus sponsor resort!”

Iqah tersenyum.dia memang mahu mereka ikut sekali,kalau bukan sekarang bila lagi?ini saja masa yang ada untuk berseronok.

“aku onz.”laju dahlia.dia tidak kaya macam mereka semua.alhamdulillah juga, duit cukup untuk makan dan cukup untuk sara diri sendiri.

“kau Jannah?”mata iqah menghala pada Jannah yang senyap sejak tadi.yang berbunyi hanya sedutan ais blended Jannah.

“aku sibuk,kena ada masa yang dah ditentukan.kalau aku cuti macam tu je, qhalif bising nanti.lagi pun,aku ada meeting.qhalif setkan semua untuk aku.”jawab jannah.dia tidak boleh tak hadir.ini kerja.kalau dia tinggalkan syarikat akan rugi.malas Mahu mendengar qhalif mengungkit sampai hati dia puas.

“papa kau punya office kan?mintak cuti.”saran iqah.dia mahu Jannah ikut ,kalau tiada jannah.bosan nanti,Mia sudah kahwin dia harus mendengar kata suami.

“tak boleh.sebab kalau aku cuti masa sekarang,kerja aku akan berlambak lambak.tak pun macam ni,bulan lima ni aku try mintak cuti.”cadang Jannah,dia harus tanya qhalif dahulu.tidak sampai hati mahu biarkan Qhalif buat semua kerja sendiri.kasihan abangnya itu.sudah banyak beban syarikat yang ada di bahu qhalif.apa salahnya dia berkerjasama dengan abangnya itu.

“aku pun sama.aku tak boleh cuti macam tu je.”ujar Aiman tanpa dipinta.ini hanya alasan,alasan agar dia dapat selalu berjumpa Mia di hospital.dia sangat merindui Mia,setiap masa.rindu yang menyeksakan.dia tidak boleh mendekati Mia,Mia isteri orang.cukup dapat lihat dari jauh.

“JANNAH.tak balik lagi?”tegur aiman.dari dalam dia nampak Jannah berdiri di luar café sendirian.memandang kiri dan kanan.dinding kaca café Firdaus adalah kaca tanaman,jadi senang melihat luar.

“haah,abang aku tak sampai lagi.”adu jannah.sudah berkali kali dia menghubungi qhalif,tidak juga diangkat.

“dah malam ni.firdaus pun nak tutup kedai.naik dengan aku,aku hantar kau.”pelawa Aiman.kalau dibiarkan Jannah sendirian di sini bahaya.lagi pula sudah tengah malam.esok Jannah berkerja.

“tak apa ke?tak menyusahkan kau?kau kan kerja.”

“tak.aku cuti hari ni.jom.kau nak tumpang Firdaus?”tanya aiman.dia Tahu Jannah tidak rapat dengan firdaus.saja memancing jannah,siapa tahu Jannah sekarang dekat dengan Firdaus.

“tak nak.tumpang kau je la.”balas jannah.tidak mahu tumpang Firdaus,apa kata lelaki itu nanti.lagi pula,segan.firdaus dengan dia tak rapat.aiman okey lagi,dia selesa dengan lelaki ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience