1

Romance Completed 30602

HARI yang sibuk kembali lagi.dengan malas jannah bangun.walaupun dia tahu sudah terlambat mahu ke pejabat milik papa. Turun saja ke bawah,puan Jasmine sudah mengutip pinggan kosong.

“lambat turun?buat baju ke?”perli qhalif,abang kedua Jannah.tidak pernah Jannah lambat,selalunya dia dahulu akan turun membantu puan Jasmine.

jannah menunjukkan senyuman manis pada qhalif.dia tidak mahu menjawab pertanyaan itu,nanti dia diperli lagi.

“kakak buat apa dekat atas?lambat betul turun.”tegur tuan Azmi pula.matanya menatap jannah.mengeleng kepala melihat Jannah,perbuatan Jannah terlalu perlahan.memang syarikat itu dia punya,tapi dia tidak suka anak anaknya begini.

“tidur lewat pa.tengok drama.”dia terkekek malu.dalam sejarah,dia tidur lewat kerana drama Korea.pengaruh betul si Mia,kalau bukan kerana Mia kenalkan dia pada drama Korea,tak akan dia tahu wujudnya cerita seromantik itu.

“alasan!”perli qhalif.dia tidak suka Jannah lewat.walaupun ini kali pertama,disiplin harus diutamakan.

“ini kali terakhir.”dia tersengih.tahu kesalahan sendiri tapi bukan selalu.sepanjang kerja,dia tidak dapat ponteng walau sehari.qhalif sangat tegas.alasan mereka bersaudara tidak dipedulikan Qhalif,kerja tetap kerja.

“morning!!”alia turun dari atas dengan wajah penuh gembira.tempat di hadapan Qhalif diambil.tangan laju mengisi pinggan kosong dengan nasi goreng puan Jasmine.

“kau belajar lagi kan?kenapa bangun lewat?”qhalif mencerlung memandang Alia.

“alah abang.adik walaupun tak belajar,dapat top tau.abang ada?”balas alia.alia tidak seperti Jannah,ada saja jawapan remaja itu.kita tanya satu,dia jawab sepuluh.tak ada siapa dapat tahan dengan mulut murai alia,perangai siapa entah dia ikut.asyik bercakap saja.

“melawan!budak ni kan!”qhalif memandang tajam pada alia,mulut adiknya itu mahu saja dia tampar.untung saja puan Jasmine datang,kalau tidak.alia akan dia belasah habis habisan.kurang ajar benar.

“sudah,biar adik makan.abang tak nak kerja?”mata puan Jasmine mengerling jam di dinding.qhalif lewat nanti,apa pula kata perkerja.bos lambat.sejak tuan Azmi berhenti,Qhalif mengambil tempat menjaga syarikat.

“nak pergi ni ma.kau jangan lambat.”bahu Jannah ditepuk selepas dia mencium tangan puan jasmine.sempat lagi dia memberi pandangan tajam pada Jannah.

tanpa perasaan bersalah,jannah menikmati makanan dengan selamba.abangnya itu marah sekejap saja.

“cepat makan kakak!lambat dah ni.”jannah tersengih mendengar teguran puan jasmine.laju ditelan sisa roti. tidak dia faham mengapa Jannah dalam mood malas hari ini.selalunya rajin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience