MAJLIS doa selamat sempena ulang tahun Jannah berjalan lancar.penduduk taman juga hadir bagi memeriahkan majlis malam ini.tahun berganti tahun tanpa disedari umur sudah memasuki 27,tahun hadapan sudah 28 tahun.tiba tiba rasa diri ini tua,mahu saja kembali saat masih muda dahulu.
“dah dua puluh tujuh umur kamu ya jannah.bila nak kahwin?dah sesuai jadi bini orang dah ni.”soal makngah Jannah. Baru semalam rasanya dia melihat anak buahnya ini bersekolah di sekolah menengah.hari ini,anak gadis ini sudah menjadi gadis dewasa yang cantik.
“lambat lagi makngah,muda lagi.”jawab jannah sopan.dia tidak mahu marah pada soalan begitu,memang itu kenyataan.seharusnya dia sudah berkahwin sekarang tapi jodoh masih belum sampai.
“betul kata kamu,muda lagi.tengok anak makngah,kahwin awal.udah makngah sorang je dekat rumah.harapkan pakngah kamu,hem.dia pun sibuk dengan hobi baru main golf.”tergeleng geleng kepala makngah linda.sunyi saja rumah tanpa kehadiran anak bongsu,perempuan.
Anak perempuannya berkahwin di usia muda,19 tahun.awalnya dia juga tidak izinkan namun melihat kesungguhan menantunya meyakinkan mereka lama kelamaan pintu hatinya terbuka untuk izinkan mereka.sekarang mereka sudah mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang perempuan.kembar.
“makngah dapat luangkan masa dengan pakngah.apa kata makngah ikut pakngah main golf.”
“ikut pakngah?tak payah,baik makngah membawang dengan jiran.pakngah kau tu tau buang duit je,dah habis baru la dia datang cari makngah.kalau tidak jangan harap, makngah pergi dulu ya.nak jumpa mama kamu.”
Jannah tersenyum manis.dia suka mulut becok makngahnya kerana itu dia cuba juga untuk balas dengan berhati-hati agar tidak menyakiti hati makngahnya itu.biasa la,orang mulut begitu ada masanya menyakitkan hati juga.tipu kalau dia kata tidak pernah terasa walau sedikit,jujur hanya hati dia saja tahu betapa sakitnya menyimpan rasa itu sendirian.
“tu adik kau?”tanya ray.dipandang Jannah dari jauh.wajah yang sangat dia kenali, seperti mereka pernah berjumpa dahulu cuma dia saja tidak ingat di mana.
“haah,adik aku.jannah,hari ni hari lahir dia.dah besar kan dia?”kagum qhalif.jannah masih adik kecil bagi dia,masih memerlukan penjagaan namun hari ini dia sedar,Jannah sudah pun dewasa dan berumur 27 tahun.
“dia berkawan dengan dahlia?”
“ya,macam mana kau kenal?”tanya qhalif.aneh,bagaimana ray boleh mengenali dahlia sedangkan dahlia tidak mengenali ray.tadi mereka berpampasan di depan,dia perasan wajah Ray berubah.dahlia pula hanya selamba berjalan tanpa hiraukan ray.
“PAPA.kenapa nak jumpa kakak?”tanya jannah.dia dipanggil oleh Aliya semasa tengah bersembang dengan kawan kawan kata adiknya itu papa mahu berjumpa selepas tetamu sudah pulang.
“mana duit dua puluh k yang kamu simpan dulu?”tanya tuan Azmi secara tiba tiba.wajah anak gadisnya ini dipandang tajam,dinanti jawapan Jannah.
“ada dekat kakak pa.kenapa?”
Tiba tiba perasaan takut menyelimuti hati.puan Jasmine yang menunduk dipandang,tidak pernah mamanya menunduk sebegitu di hadapan dia.qhalif dan Qayim juga ada di sini,melihat dia semacam.
“kakak.jujur yang sebenarnya!papa tanya mana duit tu?!”keras suara tuan Azmi.
“pa..a..”gagap Jannah.
“kakak guna duit tu untuk bayar hutang kawan kakak kan?!papa tanya ni!jangan diam,jawab!”
”pa, kakak mintak maaf.”
Wajah ditundukkan.tidak tahu apa yang mahu dikatakan pada tuan azmi.ini salah dia tak bagitahu perkara sebenar,takut untuk bercakap kerana dia tahu pasti keluarganya akan marah.bila dah kantoi begini,mulutnya berat menuturkan kata.
“maaf?!kakak sedar tak?apa kakak buat ni salah.memang tolong kawan tu bagus tapi tak perlu sampai macam tu sekali!kakak fikir sikit.kalau jadi apa apa masa tu?!”sampuk qhalif.
Panas hati mendengar cerita dari ray sebentar tadi.bapa kepada ray merupakan ahlong satu ketika dahulu,kini ray mengubah cari hidup mereka dengan membuka syarikat.jannah adalah salah seorang pembayar.ray juga berusaha mencari Jannah dan dahlia namun seorang pun tidak dia jumpa,hari ini baru dia tahu yang Jannah merupakan adik kepada CEO syarikat besar.
“kakak tahu,kakak cuma nak tolong dia masa tu.masa tu dia perlukan bantuan.”jawab Jannah perlahan.mata qhalif juga tidak dipandang,takut.dia tidak kisah qhalif marah pada dia namun kalau papa marah,dia akan dihukum walaupun ianya sudah berlalu.
“kenapa Kakak tak cakap dengan papa?kenapa kami mesti tahu dari orang lain?!kalau dia tak cakap sampai ke hari ni,kami tak tahu!”tekan tuan Azmi.kecewa!ditipu oleh anak sendiri.duit itu sepatutnya digunakan untuk pembelajaran Jannah.tidak hairan selama ini jannah selalu bagi alasan bila ditanya soal duit.
“abang,dengar dulu apa kakak nak cakap.biar dia jelaskan semua.”celah puan Jasmine,mahu mencelah tadi namun tidak berani.diberanikan juga bila anaknya itu mahu mengalirkan air mata.
“penjelasan?kenapa awak tenang sedangkan ini perkara besar?awak dah tahu?!”
tuan Azmi baru mengingati betapa puan Jasmine berkeras mahu bayarkan pengajian Jannah sedangkan Jannah mempunyai simpanan,Jannah juga berkerja demi menyara dirinya di asrama dahulu.
“pa, kakak yang mintak mama rahsiakan.”
“sejak bila pandai berahsia ni?!siapa ajar?!papa tak pernah ajar kakak macam ni!esok,papa nak kakak ikut abang pergi pejabat.jangan keluar rumah selain urusan kerja.faham?! papa kecewa.”tuan Azmi bergegas naik.
jannah telah kecewakan dirinya tidak disangka anak yang sangat dipercayai selama ini mengkhianati kepercayaan itu malah menipu dia selama ini selepas ini entah apa lagi rahsia jannah yang bakal terbongkar.
Share this novel