PROLOG

Romance Completed 30602

DEWAN f hingar bingar dengan suara remaja.ada yang kecewa,ada yang gembira dengan keputusan SPM yang diperolehi.guru di sini berpuas hati dengan prestasi anak murid mereka yang membanggakan walaupun ada yang gagal.sempat juga mereka berpesan pada anak anak murid yang gagal,terus berusaha mencapai kejayaan.tidak mustahil untuk mereka kalau rajin berusaha.

“kau yakin nak belajar luar negara?bukan kau sayang sangat Jannah tu?”tanya aiman.dia melihat pada sekumpulan pelajar perempuan berbual sambil bergambar kenangan.afieq mahu tinggalkan negara ini dan menyambung pelajaran ke luar negara.

“betul bro aku setuju.bukan main sayang dekat jannah.tup tup,nak pergi luar negara sambung belajar.”perli Syafiq.kawan baiknya ini angau akan gadis bernama Nur jannah.cintanya pernah ditolak kerana Jannah mahu fokus SPM.sekarang dah habis SPM.afieq pula mahu tinggalkan negara ini dan Jannah.

“aku kena pergi.untuk masa depan aku dengan Jannah.”afieq tertawa kecil.malu pula dia berkata begitu.dia mahu menuntut ilmu dan sepulangnya nanti dia mahu jadikan Jannah halal untuk dia.

“fikir masa depan.”mereka sama sama ketawa.memang bagus fikir masa depan namun bagi yang lain terlalu awal untuk mereka.afieq meminta diri.diberi isyarat pada Jannah untuk bertemu dengan dia di luar dewan.

“kenapa Afieq?”tanya Jannah lembut.berdiri di hadapan Afieq buat dia gemuruh.mata Afieq tak mampu dia tatap.

“em..kau tahu kan aku belajar dekat luar negara?”ujar Afieq bersama senyuman di bibir.jannah tahu perasaan dia.dengan bebas dia boleh menatap wajah manis gadis ini.

“tahu.”mengingatkan itu buat jannah kecewa.selepas ini,mereka tidak akan berjumpa lagi.keluarga Afieq juga akan berpindah ke Pahang untuk uruskan syarikat di sana.

“kau tunggu aku.”

“tunggu kau?”berkerut dahi jannah.dia faham apa yang dikatakan Afieq.cuma dia takut,kalau mereka tidak akan berjumpa selepas ini.

“tunggu aku balik sini.insyaallah,aku nak kau jadi isteri aku.”tulus afieq.senyuman diberi pada jannah.dia pasti akan rindukan wajah ini.perasaan takut mahu tinggalkan Jannah pasti ada.andai Jannah berjumpa orang lain.mampu ke dia terima nanti?

“okey.jangan lupa aku pulak.”jannah ketawa kecil,malu dengan apa yang dikatakan tadi.kalau boleh dia mahu lari masuk ke dalam dewan menyorok di sebalik langsir yang tergantung di dalam.

“tak akan Nur jannah.”bibir Jannah mengukir senyum.tidak dapat tahan keterujaan dalam hati.dia akan tunggu Afieq walaupun lama.dia sanggup.

new novels!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience