SEMBILAN bulan kemudian.jannah dimasukkan ke dewan bersalin selepas empat belas jam menahan sakit.sekarang dia berada di hospital,Aiman sentiasa menemaninya.tidur pun sekejap saja kemudian berjaga.empat pagi,Jannah tiba tiba sakit.laju Aiman memanggil doktor.
dia juga ikut masuk ke dewan bersalin.mahu melihat sendiri dan memberi kekuatan pada jannah.kedua belah keluarga ada di sini.sanggup mereka redah jalan yang masih gelap untuk ada bersama jannah.
“keluarga puan Jannah?”tanya doktor perempuan itu pada keluarga yang sedang menunggu di depan wad bersalin.
“ya kami.anak dengan cucu kami macam mana?”tanya puan nadya.dia pula terlebih risau berbanding puan Jasmine.tidak henti hatinya berdoa sepanjang menunggu doktor memberi khabar.
“alhamdulillah,anak puan selamat melahirkan anak lelaki.kami akan pindahkan puan Jannah ke wad biasa.sekali lagi,tahniah.”ucap doktor Yani sebelum berlalu pergi.
“alhamdulillah.”ucap puan Jasmine penuh syukur.tidak sabar mahu melihat wajah cucu.ikut wajah siapa agaknya?Jannah atau Aiman?itu tidak penting,yang penting anaknya selamat dan dia tidak sabar memegang cucu barunya itu.
“SAYANG.”aiman bangun dari duduk.mata isterinya terbuka,dia segera melabuhkan duduk atas kerusi sisi kanan Jannah.
”abang.anak kita macam mana?”tanya Jannah.benda pertama yang dia ingat adalah anak,dia hanya sempat lihat sekejap dalam dewan sebelum semuanya gelap.
“anak kita sihat sayang,lelaki.”teruja aiman.dielus kepala Jannah lembut.
“lelaki?impian abang tercapai.”bibir Jannah mengukir senyuman manis.sebak hatinya melihat Aiman mengalirkan air mata bahagia.
“sayang.”
Air mata Aiman mengalir.dia rasa gembira dan terharu,Jannah sanggup lalui kesakitan demi melahirkan anak mereka.
“abang,kenapa menangis?nanti kawan abang datang,diaorang mengata abang marah.”
Jannah tertawa halus.dia masih ada kekuatan mengusik aiman.dihalau rasa sebak,bila bila masa saja dia boleh mengalirkan air mata.aiman masih menangis di sisi jannah.dia tak tahu bagaimana sakitnya bersalin namun dia tahu Jannah menahan sakit untuk melahirkan bayi mereka.
“tahniah!”ucap syafiq.dia orang pertama tahu Jannah sudah selamat bersalin.alia mesej pagi tadi.
“terima kasih bakal adik ipar.”tekan Aiman di hujung.dia tahu,Alia dan Syafiq sedang menjalin hubungan.jannah yang cerita.
selepas mereka bersanding,Syafiq meluahkan rasa suka pada alia.awalnya,alia menolak namun lepas Syafiq berusaha.alia mula buka hati untuk terima.wad Jannah penuh dengan sahabat mereka berdua.ada yang berbual sesama sendiri untuk beri ruang pada Syafiq bercakap dengan Aiman.
“jannah,tahniah!”datang mia.dia langsung memeluk Jannah yang sedang duduk atas katil.
“terima kasih Mia.”ujar Jannah.dibalas pelukan mia.mereka sudah berbaik,Jannah sudah maafkan kesilapan yang Mia lakukan.makan masa juga namun dia berjaya ikhlaskan hati
terima apa yang terjadi.
“tahniah sayang aku.”ujar iqah pula.dia pula memeluk Jannah selepas Mia.aiman bagitahu dalam kumpulan aplikasi,Jannah selamat lahirkan bayi.dia langsung mintak cuti dan ke mari.
“terima kasih.”balas Jannah.dia tersenyum melihat mereka berbual.bilik yang tadinya senyap kini bising dengan suara mereka bersembilan.afieq tidak dapat hadir,dia dan sara berada di luar negara.
“SAYANG,Terima kasih banyak bersabar dengan abang.terima abang seadanya,faham abang.”ikhlas Aiman.mereka berdua ditinggalkan selepas semua kawan balik.
“abang,sayang yang sepatutnya ucap terima kasih.dah bimbing sayang,jaga sayang .”ujar jannah.bibirnya mengukir senyuman,lama mereka bertentang mata.
“abang, sayang dah janji nak bagitahu abang kan?macam mana sayang boleh suka abang untuk kali kedua.masa tu dekat sekolah ,abang pengawas yang sangat tegas dan berwibawa.lepas tengok abang marah pelajar,sayang langsung jatuh suka.”
“tapi masa tu sayang bagitahu qiela,dia cakap abang dengan Mia dan tak bagi sayang dekat dengan abang.kebetulan,Afieq bagitahu.dia suka sayang, sayang terus lupakan abang dan cuba suka afieq.siapa sangka,abang orang kedua yang buat hati sayang berdebar selepas debaran pertama.”cerita Jannah.
qiela menjadi orang yang menyimpan rahsia dan dipercayai jannah.sebab itu bila dia nikah dengan Aiman,qiela orang pertama tahu.dia tumpang bahagia dan mengucapkan tahniah malah membuka kembali kisah lama.siapa sangka hari ini,Aiman dan dia sudah mempunyai seorang anak lelaki.
“pandai sayang simpan rahsia.abang cintakan sayang.”luah Aiman ikhlas.mata mereka masih bertentang.
“sayang pun cintakan abang.”balas Jannah malu,dialihkan pandangan.dia tidak sanggup bertentang mata dengan aiman.terlalu Malu.
Aiman tertawa perlahan.sifat pemalu Jannah tidak pernah hilang walaupun sudah bergelar ibu.ada saja yang mahu dia malukan.sekarang dia sudah bahagia dengan pilihan hatinya.jannah.mereka sangat bahagia.walaupun ada cabaran yang datang.jannah tetap bersabar dan dia juga harus bersabar.mereka tertawa halus bersama.
Share this novel