MEREKA memandang sesama sendiri.tidak pernah mia ajak berkumpul ramai ramai begini di cafe milik firdaus.selalunya dia mengelak berjumpa di sini.Mia sering merungut, harga air di sini mahal padahal dia tidak tahu betapa susahnya membuat kopi.hari ini dalam sejarah,dia bayarkan air dan melepak di sini.
"kau nak apa jumpa kami?tiba tiba je ajak jumpa dekat sini."tanya iqah,memang dia tahu rancangan mia berkumpul di sini, namun dia tidak tahu mengapa Mia mahu berjumpa ramai ramai begini.rahsia,itu jawapan mia setiap kali dia bertanya.
"aku nak buat rancangan untuk sambutan sempena tujuh bulan kami menjadi suami isteri."teruja mia.aiman dipandang sekilas, berharap ada sedikit kekecewaan pada wajah kacak lelaki itu.
"itu je?apa rancangannya?"tanya syafiq dingin,penat penat dia memandu dari jauh ,ini saja isi perjumpaannya?ini aja?menyesal datang,kawan tetap kawan namun dia ada kerja yang harus diuruskan.ingatkan penting benar perjumpaan ini.
"kita tunggu jannah sekejap.dia tak datang lagi."
mia mengeluh melihat reaksi biasa aiman,dia ingatkan aiman bakal cemburu pada faizil namun hampa.biasa saja riak Aiman seperti selalu.dingin.
"jannah."ujar qiela bersama senyuman,mata tidak lepas dari memandang jannah di luar.dia berjalan masuk dengan laju,mungkin dia sedar sudah terlambat menghadiri perjumpaan ‘penting’ Mia.
"lambat?kau pergi mana?"tanya qiela sudah sepuluh minit berlalu,jannah baru sampai.entah apa dia buat.sejak kebelakangan ini jannah sering sibuk,jawab mesej juga lambat.
"kerja.kenapa nak jumpa?"tanya jannah laju,dia tidak boleh lama.ada kerja yang harus diselesaikan segera.
"ni aku nak.."mia berjeda apabila telefon jannah berdering kuat.
"maaf aku tak boleh lama.ada kerja."ujar jannah sebelum berdiri.dia nak melepak tapi tak ada rezeki duduk di sini lama lama.rindu juga mahu berjumpa qiela,sejak menjadi ibu.qiela selalu tiada masa mahu berjumpa mereka.
"sebelum tu,lusa datang rumah aku.ada kenduri doa selamat,malam.korang datang pukul sembilan.maaf mia."laju jannah keluar dan menghampiri kereta kelabu miliknya yang terletak kemas di hadapan cafe firdaus.
"sibuk sungguh ke jannah tu?"tanya iqah,matanya terarah pada dahlia.mereka tahu,dahlia dan jannah rapat,tidak mustahil dia tahu ada yang dilakukan jannah sekarang.
"dia ganti qhalif sebagai pengarah untuk sementara waktu,mensyuarat dia yang kawal sekarang.sebab tu dia tak ada masa nak jumpa kita."terang dahlia. pernah disuarakan kebimbangan pada jannah,sudah seminggu jannah tidak berehat.risau juga kalau jannah jatuh sakit.gadis itu keras kepala,dia berlagak seperti dia boleh lakukan semua padahal wajahnya tadi jelas menunjukkan dia kepenatan.
"biar betul?"tanya iqah bagaikan tidak percaya.jannah pengurus sementara syarikat besar milik tuan azmi.syarikat itu besar dan dikenali ramai,jannah baru sahaja dua tahun berkerja.pengalaman saja sedikit.ini sungguh mengagumkan.
"qhalif mana?"tanya aiman tiba tiba.penat menunggu jannah memulakan perbualan di telefon namun tiada satu pun mesej masuk, seminggu jannah senyap rupanya dia mengambil alih jawatan pengurus.
"qhalif nak bertunang dengan setiausaha jannah,lagi empat bulan diaorang nikah dan jannah terpaksa cari setiausaha baru,salwa berhenti awal atas permintaan qhalif."terang syafiq,dia tersenyum apabila aiman memberi pandangan tajam.
"mana kau tahu?jannah bagitahu aku je."tanya dahlia.jannah tidak selesa bercerita dengan orang lain melainkan Syafiq kawan baik dia.
"ini untungnya jadi peguam keluarga azmi dan juga kawan baik kepada qayum."bangga syafiq.dia senang berkerja dengan keluarga tuan azmi,mereka semua baik malah sering memberi dia cendera hati setiap kali keluarga itu bercuti.
Share this novel