32

Romance Completed 30602

PUAN jasmine membelek album lama,masa masih muda.berumur 16 tahun pakaian sekolah juga lengkap dipakai.kenangan demi kenangan bermain di minda dari lupa langsung ingat walaupun semuanya agak kabur namun ada satu yang pasti,dia masih ingat wajah sahabat baiknya itu dengan baiik.

"abang.saya ingat nak cari balik kawan lama saya."cadang puan jasmine.sudah terlalu lama,entah apa khabar sahabat baiknya itu.dia pernah cari sekali,masa itu dia guna sumber dari kampung.tiada yang tahu ke mana perginya nadya.

"awak nak cari dekat mana?"tanya tuan azmi lembut,bukan mudah mencari orang yang sudah lama tidak jumpa.memang menggunakan media sosial sangat mudah tapi sedikit sukar.ramai mempunyai nama yang sama makan masa juga.kendurinya sudah dekat.

"saya ada cara saya sendiri abang,saya teringin sangat nak jemput kawan baik saya."teruja puan jasmine.teringin benar dia berjumpa nadya.ini adalah masanya untuk berjumpa semula mahu tunggu reunion sekolah entah bila.mereka juga sudah berumur.

"ikut awak la.jangan buat yang bukan bukan sudah."pesan tuan azmi.bukan mahu menuduh isterinya itu namun sekarang orang mudah ditipu tambahan pula soal duit.

kata kata mereka seperti benar namun di sebalik kata kata itu tiada siapa tahu.

“WUU.cincin.”usik Jannah pada qhalif yang bersantai di sofa sambil memandang lama sebentuk cincin di dalam bekas baldu merah.
Entah apa yang bermain di fikiran abangnya itu,sejak semalam qhalif kelihatan gelisah.risau benar ke abangnya itu?

“Kau nak apa?tiba tiba usik aku.”sinis qhalif.dipandang wajah adik perempuannya ini,entah apa yang dia mahukan.pasti ada sesuatu Jannah mahu katakan.dia yakin.

“abang kenapa?ada masalah apa lagi ni?”tanya jannah.dia kenal abangnya ini, memang mereka sering bergaduh namun dia tahu kalau ada sesuatu yang menganggu qhalif sekarang.

“kau tak faham kak.macam macam aku tengah fikir ni,dia jodoh aku ke?mampu ke aku jaga dia macam keluarga dia jaga dia?mampu dia terima kekurangan aku?”luah qhalif perlahan.dia gelisah andai tersalah langkah dan menyebabkan semuanya hancur tak seperti diharapkan.

“abang,jawapan tu ada pada abang sendiri.cara abang layan kak Salwa,itu terletak pada abang.kalau dah jodoh tak ada apa yang dapat hancurkan hubungan abang, insyaallah.”lembut Jannah menenangkan abangnya. Entah apa qhalif rasakan sekarang.dia tidak dapat rasa,faham jauh sekali.dia hanya mampu beri semangat.setiap hari dia berdoa agar qhalif berjumpa dengan orang yang baik dan memahami.salwa merupakan orang yang tepat,dia baik malah cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience