”KAU okey?”tanya syafiq.dari awal lagi dia sudah tahu.Mia bukan lagi dengan Aiman.aiman selalu cerita macam macam pada dia,dia saja yang menyimpan biarkan mereka sendiri yang umumkan perkara itu
“okey je.kenapa tak okey?”bohong Aiman.dia tidak mahu sahabatnya risau kan dia.lebih baik dia simpan sendiri,kalau dia kongsi masalah ini sekalipun ,syafiq pasti melindungi dia.dia tidak mahu Syafiq terus begini.dia mahu urus masalah sendiri.
Disedut kopi ais,haus pula tengah panas begini. makan juga di warung biasa,dia tidak biasa di sini.tambah ada ramai orang.
“aiman.kalau kau tak mampu jadi pengapit Faizil,biar aku yang ganti.”tawar Syafiq.tidak mampu dia bayangkan Aiman menjadi pengapit Faizil nanti.melihat orang yang dia sayang bersanding dengan orang lain.
melihat kekasih dia dekat dengan lelaki lain saja sudah buat dia naik hantu.ini kan Aiman,pasti lelaki ini sangat sangat sakit.
“aku okey syafiq.faizil pun kawan aku.aku tak nak,sebab mia.aku ketepikan Faizil.”aiman tersenyum sumbing.entah bagaimana dia nanti.dapat kah dia terima dan melihat Mia bersanding.
“memang dia kawan kau.tapi,aku tak yakin kau mampu tengok mia.kita dah kawan lama tau,Dari kecik lagi.aku kenal kau.”ujar syafiq.naik risau dia dapat tahu Aiman akan jadi pengapit kepada suami mia.dia cukup kenal Aiman.jejaka ini,tidak mampu kawal reaksi sendiri.
“ADIK nak makan apa?”tanya qhalif.mereka
berjalan kaki dari tempat meletak kereta menuju ke warung.tempat ini selalu dikunjungi qhalif untuk mengisi perut.hanya tempat ini saja kena dengan selera.
“apa apa je. abang belanja.”manja jannah.dia tak mahu keluarkan duit sendiri.biar qhalif belanja,kalau tidak asyik bergaduh saja.ini kesempatan yang baik untuk kenakan qhalif balik.
“kau jangan fikir macam macam.aku tahu Jannah.”
Qhalif tahu otak Jannah ligat memikirkan sesuatu,macam dia baru kenal jannah.sudah lama kenal, bibir Jannah yang memamerkan senyum begitu selalunya ada makna.walaupun mereka sering bergaduh tapi dia sangat kenal adik perempuannya ini .
“puan,nasi dua,lauk macam biasa.”pesan qhalif sebaik tiba di warung.
Ditarik Jannah duduk sekali,pasti memakan masa mahu membungkus.
“aku bayar.”laju tangan Aiman menghulurkan beberapa not 10 pada seorang wanita yang berdiri di kaunter.syafiq makan banyak,nampak saja badan dia kecil.
“jannah?”tegur syafiq.dia memandang sekeliling tadi,ternampak pula pasangan adik beradik ini berbual mesra.
“eh,Syafiq?Aiman?”ramah Jannah,tidak dia sangka jumpa mereka di sini.
“kawan kau dik?”suara tegas qhalif kedengaran.dilihat mereka satu demi satu.dalam diam diamati Aiman.
“haah.kenapa pandang diaorang macam tu?”tanya Jannah.pandangan tajam qhalif membuat Syafiq dan Aiman tidak selesa.
“tak ada apa.”jawab qhalif dingin.dia tidak pernah jumpa Aiman mahupun Syafiq,dia hanya pernah jumpa Afieq.
“kami pergi dulu.”syafiq meminta diri.seram dengan pandangan qhalif.Aiman juga menyiku dia agar mereka segera pergi.
“abang.”jannah menuncung sebaik saja figura Aiman dan syafiq hilang dalam kereta milik aiman.baru saja mahu usha Aiman sekejap,sekejap pun jadi la.
“tak betul?”perli qhalif.
Jannah terdiam.dia memang seperti orang tidak betul.dia rasa Aiman kacak,malah sangat mempesona.senyum ditahan Jannah.
Share this novel